Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum
Memaparkan catatan dengan label Syarahan Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syarahan Hadis. Papar semua catatan

Bagaimana Sapu Kepala Semasa Wudu'

Ringkasan Kuliyah Sunan Abi Daud

Pensyarah: Maulana Mohd Asri Yusoff

Kitab: Bazlul Majhud fi Halli Abi Daud oleh Syiekh Khalil Ahmad Saharanfuri

Bab Sifat Wudu’ Nabi(jilid 1, m/s 297)- kuliyah 28

Tarikh kuliyah : 5/9/2004

Perbincangan mengenai bab sapu kepala

  • Dimulakan dengan perbahasan sanad hadis pertama;

Ada sikit kekeliruan pada kata ganti nama(dhomir) “wahuwa” kembali pada siapa

(tak perlu dibahas detail disini,blh dengar sndiri sbb Maulana bahas detail sanad hadis ini)

Perbahasan

· Asas punca khilaf utama adalah pada ayat Quran tentang wudu’

وامسحوا برءوسِكم........))

Surah al-maidah; ayat 6

· Penjelasan ada pada hadis Abdullah B. Zaid yang merupakan sahabat Nabi SAW(jadi perbahasan utama)-sila check hadis penuh dalam sunan Abi Daud atau sape2 boleh paste kan disini-penulis

v Imam Bukhari, Imam Malik, Imam Ahmad(dalam salah satu pendapat) kata wajib sapu semua kepala dengan berdalilkan hadis diatas yang jelas mengatakan Nabi sapu semua kepala dari depan ke belakang dan ditarik ke depan balik. Jika tak buat, wudu’ tidak sah.

v Imam Bukhari buat bab khas dalam kitabnya: bab sapu kepala keseluruhannya & bab sapu kepala sekali sahaja.

· Berdasarkan ayat wudu’ diatas, disimpulkan;

v -Imam Malik berpendapat ba’(ب) pada ayat tersebut adalah ba’ zaidah((زائدة yang berfungsi untuk menguatkan pernyataan atau taukid.

-Jika hanya guna وامسحوا رءوسَكم tak semestinya semua kepala, jadi fungsi ب adalah untuk menguatkan suruhan sapu kepala kesuluruhannya.

-Tambahan, Nabi SAW dalam hadis tersebut jelas setelah menarik tangan ke belakang, terus tarik kedua-dua tangannya ke depan balik untuk memastikan benar-benar telah rata sapuannnya.

§ Bantahan: pihak yang tidak setuju menyatakan ب di sini adalah ب silah(صلة) yang berfungsi sebagai penyambung sahaja dan sebagai ‘hadiah’ dari Allah.

v - Imam Syafie berpendapat ب dalam ayat tersebut adalah littabi’d (للتبعيض) yang bermaksud sebahagian kepala. Tak kisah sebanyak mana pun, sedikit pun dah dikira sah.

-ب itu digunakan untuk menunjukkan sebahagian sahaja kerana kalau dengan erti kata semua, tentulah perkataan seperti kulla كل atau jami’ جميعَ telah digunakan, tapi Allah guna ب sahaja.

- Lagipun, kita diperintahkan untuk sapu sahaja kepala, bukannya basuh. Jadi nampak keringanan sedikit disitu. Kenapa perlu sapu semua sekali, ini semacam menyusahkan sampai kena tarik tangan kedepan balik semasa sapu kepala.

§ Bantahan : mana boleh berpendapat begitu, ini amat berlawanan dengan nas yang jelas yang sapu semua kepala.

v Imam Ahmad dalam pendapat yang masyhur berpendapat ba’ للتبعيض disini bermaksud betul-betul separuh kepala.

v -Imam Abu Hanifah mengatakan ب dalam ayat tersebut adalah ب lil-ilsaq (للاِلصق) yang bermaksud untuk menyatakan ‘lekatan’ antara tangan dan kepala tanpa ada penghalang. Ini suruhan untuk melekatkan tangan dan kepala sahaja (jadi, hanya suku kepala sahaja wajib disapu)

-mereka berpegang juga kepada hadis Mughirah iaitu sahabat nabi( hadis di tempat lain) dimana dia melihat Nabi hanya sapu dibahagian depan kepala atau jambul sahaja.

§ Bantahan: Imam Malik dan Bukhari tidak terima hujah hadis Mughirah kerana Nabi sapu jambul tersebut hanya masa musafir dan bermungkinan sedang uzur, bukannya amalan baginda selalu. Sedangkan solat pun boleh dijamakkan dan diqasarkan kalau kita bermusafir.

· Maulana Asri mengulas bahawa lebih baik bagi kita untuk sapu kesemua kepala, tambah-tambah dalam keadaan sihat. Ini kerana adalah disana ada juga pendapat yang mengatakan sampai tidak sah wudu’ seseorang yang tidak sapu semua bahagian kepala.

· Janganlah kita mengecilkan pendapat-pendapat lain dan orang yang mengamalkan pendapat lain. Walaupun kita kata pendapat Imam Syafie paling lemah, kita boleh guna hasil ijtihad beliau. Ijtihad itu sendiri adalah satu binaan yang kukuh, bukan pendapat main-main.

Perbahasan kali ini banyak menyentuh persoalan bahasa. Perbezaaan pendapat boleh terjadi dengan berbeza penggunaan huruf-huruf arab. Jadi, sama-sama kita mendalami Bahasa al-Quran ini supaya kita akan dapat tahu mengapa berlaku perbezaan dikalangan ulama’ tanpa merendahkan mana-mana pihak.-penulis

والله أعلم بالصواب

read more "Bagaimana Sapu Kepala Semasa Wudu'"

Apabila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat

Sunan Abi Daud: Kitab Solat


بَاب إِذَا وَافَقَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ يَوْمَ عِيدٍ

Bab Apabila Hari Raya Berbetulan Dengan Hari Jumaat

904 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ عَنْ إِيَاسِ بْنِ أَبِي رَمْلَةَ الشَّامِيِّ قَالَ شَهِدْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ قَالَ أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَكَيْفَ صَنَعَ قَالَ صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ فَقَالَ مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ

Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Iyaas bin Abi Ramlah as-Syaami berkata, aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan ketika beliau bertanya Zaid bin Arqam dengan katanya, “adakah engkau pernah ikut serta Rasulullah SAW dua hari raya yang berkumpul pada suatu hari? Zaid menjawab “Ya, pernah”. Mu’awiyah berkata “jadi, bagaimana Nabi SAW buat? Zaid menjawab “Nabi SAW sembahyang hari raya kemudian baginda SAW memberi kelonggaran untuk solat Jumaat dengan berkata sesiapa yang mahu,dia boleh sembahyang”

905 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ طَرِيفٍ الْبَجَلِيُّ حَدَّثَنَا أَسْبَاطٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ صَلَّى بِنَا ابْنُ الزُّبَيْرِ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ أَوَّلَ النَّهَارِ ثُمَّ رُحْنَا إِلَى الْجُمُعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْنَا فَصَلَّيْنَا وُحْدَانًا وَكَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ بِالطَّائِفِ فَلَمَّا قَدِمَ ذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ أَصَابَ السُّنَّةَ

Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada ‘Atha bin Abi Rabah, beliau berkata “Pernah Ibn Zubair pada suatu hari raya telah menjadi imam kepada kami pada hari Jumaat di awal siang, kemudian kami pergi pula ke masjid untuk solat Jumaat tetapi dia tidak keluar kepada kami, maka kami bersembahyang masing-masing, ketika Ibnu Abbas berada di Thaif. Apabila beliau datang, kami pun menyebutkan perkara itu kepadanya terus beliau berkata “Dia(Ibnu Zubair) telah menepati sunnah”.

906 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ قَالَ عَطَاءٌ اجْتَمَعَ يَوْمُ جُمُعَةٍ وَيَوْمُ فِطْرٍ عَلَى عَهْدِ ابْنِ الزُّبَيْرِ فَقَالَ عِيدَانِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ فَجَمَعَهُمَا جَمِيعًا فَصَلَّاهُمَا رَكْعَتَيْنِ بُكْرَةً لَمْ يَزِدْ عَلَيْهِمَا حَتَّى صَلَّى الْعَصْرَ

Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada ‘Atha, pernah berhimpun/bertemu hari Jumaat dengan hari Fitr(raya puasa) di zaman Ibnu Zubair, maka beliau berkata “Dua hari raya telah berkumpul pada suatu hari, maka dia telah mengumpulkan kedua-duanya sekali dengan mengerjakan dua rakaat sahaja di waktu pagi, beliau tidak menambahkan apa-apa rakaat lagi lebih daripada 2 rakaat itu sehinggalah beliau bersolat ‘asar(iaitu pada petang hari itu).

907 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُصَفَّى وَعُمَرُ بْنُ حَفْصٍ الْوَصَّابِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْمُغِيرَةِ الضَّبِّيِّ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ رُفَيْعٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

قَالَ عُمَرُ عَنْ شُعْبَةَ

Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Rasulillah SAW , baginda SAW bersabda “Pada hari ini telah terhimpun 2 hari raya, sesiapa yang ingin berpada dengan sembahyang hari raya ini sahaja tanpa mengerjakan sembahyang Jumaat, boleh dia lakukan begitu. “Walaubagaimanapun kami akan bersembahyang Jumaat”. ‘Umar berkata daripada Syu’bah.

Syarahan

Hadis Pertama:-

· Bagi golongan yang berpendapat bahawa tak wajib solat Jumaat yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan hari raya, hadis inilah yang dipegang.

· Yang berlaku khilaf adalah pada Zohor; satu pendapat mengatakan Jumaat tak wajib tapi Zohor wajib. Satu pendapat lagi Jumaat dan Zohor tak wajib kerana Zohor hanya ganti pada hari Jumaat (kalaulah Zohor sebagai ganti, maka lebih-lebih lagi tak wajib kerana Jumaat pun diberi kelonggaran). Solat Jumaat adalah solat yang asal bagi pendapat golongan kedua tadi berdasarkan ayat ke 9 surah al-Jumu’ah. Tapi pendapat ini telah dibantah kerana asal solat setiap hari dengan adanya waktu Zohor,ini disokong dengan peristiwa israa’ mikraj Nabi SAW dimana Nabi SAW telah menerima kefardhuan solat 5 kali sehari,dan tiada kefardhuan waktu solat Jumaat lagi.

· Mereka berpegang sahih untuk hadis ini seperti Syaikh al-Albani dan lain-lain. Tetapi sebahagian ulama’ tidak menerima kesahihan hadis ini. Dari segi perawi:-

-Iyaas dihukum tsiqah oleh Ibnu Hibban tetapi Ibnu Munzir berkata ianya majhul dan dipersetujui oleh Yahya bin Said al-Qattan. Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab Khulasah dan at-Taqrib berkata: Dia majhul. Al-Amir al-Yamani(pengarang kitab Subulussalam) berkata: Ibnu Khuzaimah menghukum sahih pada hadis ini. Syaukani berkata: Ali Ibn Madini menghukum sahih padahal pada sanadnya ada Iyaas bin Abi Ramlah yang majhul. Al-Hakim pun kata sahih, begitu juga az-Zahabi dalam kitab Talkhisnya.

· Jadi status hadis ini menjadi khilaf di kalangang ulama’.

Hadis Kedua:-

· Sanad hadis ini baik tetapi terhenti setakat Ibnu Zubair.

· Dari segi zahirnya, Ibnu Zubair dilihat tidak pergi mengerjakan solat Jumaat dan hanya berpada dengan solat Zohor di rumah. Ini dapat dilihat juga berdasarkan perbuatan para makmum yang bersolat di masjid sendiri-sendiri. Solat apa lagi kalau bukan solat Zohor. Sudah tentu bukan solat Jumaat kerana ianya dilakukan sendiri-sendiri. Bilangan paling minumun untuk solat Jumaat adalah dua orang berdasarkan satu pendapat ulama’.

Hadis Ketiga:-

· Berdasarkan hadis sahih inilah,‘Atha berpendapat jika sudah solat hari raya, maka tiada Jumaat dan Zohor dengan berpada untuk itu sahaja.

· Tetapi Ibnu Taimiyyah(pengarang kitab al-Muntaqa & datuk kepada syaikul Islam Ibnu Taimiyyah) berpandangan sebenarnya Ibnu Zubair sudah mengerjakan solat Jumaat, dan bukan solat hari raya pada pagi itu. Ini kerana sesetengah ulama mengatakan boleh solat Jumaat di pagi hari.

Hadis Keempat:-

· Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW memberi pilihan bagi sesiapa yang ingin berpada dengan sembahyang hari raya sahaja tanpa mengerjakan sembahyang Jumaat, maka dia boleh lakukan begitu.

· Persoalannya, kepada siapa Nabi SAW tujukan pilihan itu?

-pendapat pertama: pilihan ini ditujukan kepada semua.

- pendapat kedua: pilihan ini ditujukan kepada orang datang dari tempat-tempat yang jauh berdasarkan akhir hadis dimana Nabi SAW berkata “Walaubagaimanapun kami akan bersembahyang Jumaat(kerana kami orang tempatan)”. Inilah dalil bagi golongan mengatakan solat Jumaat tetap wajib pada hari itu.

· Namun, hadis ini dipertikaikan kerana terdapat perawi yang bernama Baqiyyah yang dipertikaikan oleh Ulama’ dan hadis ini telah menjadi dhaif

· Bagi ‘Atha, beliau berpegang kewajipan solat Jumaat dan Zohor telah gugur berdasarkan amalan Ibnu Zubair. Bagi beliau, boleh saja kalau nak solat juga.

· Bagi Imam Syafie, tidak menjadi rukhsas(kelonggaran) untuk meninggalkan Jumaat atau Zohor. Kena lakukan juga salah satu kerana beliau berpegang solat Zohor adalah yang asal. Beliau mengatakan hadis-hadis dan atsar itu tidak kuat untuk mengkhususkan hadis umum tentang kewajipan kena solat Zohor atau Jumaat itu kerana sanad-sanadnya dipertikaikan.

· Imam Syafie berkata dalam kitab al-Umm: daripada Umar Abd Aziz berkata bahawa pernah dua hari raya berhimpun di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda “bagi orang berada jauh di pinggir Bandar tidak mengapa untuk tidak hadir”. Jadi, yang diberi kebenaran ini hanyalah untuk orang yang berada di tempat yang jauh, bukan untuk orang tempatan. Imam Syafie menyimpulkan bahawa untuk orang tempatan, kewajipan solat Jumaat tetap diperintahkan. Baginya lagi, seorang imam pada hari raya boleh memberi rukhsas kepada orang bukan tempatan sama ada untuk mereka balik kalau mereka mahu atau mahu tetap menunggu di situ

· Bagi pengarang kitab ini(Bazlul Majhud) yang mewakili mazhab Hanafi telah memetik kata-kata Maulana Muhammad Yahya daripada huraian gurunya, Maulana Rasyid Ahmad al-Gangoohi, kesimpulannya:-

-pernah berkebetulan berlaku hari raya jatuh pada hari Jumaat, bilangan jemaah pada solat hari raya itu lebih ramai di masjid Nabi SAW termasuk yang datang dari tempat yang jauh. Ini menjadi kesukaran bagi mereka untuk menunggu sehingga masuk waktu solat Jumaat.

- Lalu usai solat, maka Nabi SAW memerintah seseorang bagi memberitahu kepada orang ramai “sesiapa diantara kamu yang mahu solat, maka ia dibolehkan. Sesiapa nak balik, bolehlah balik”. Ucapan ini untuk mereka yang datang dari pinggir-pinggir kampung yang jauh.

-Buktinya, berdasarkan akhir hadis dimana Nabi SAW berkata “Walaubagaimanapun kita akan bersembahyang Jumaat(kerana kami orang tempatan)”. Yang dimaksudkan dengan ‘kita’ ialah penduduk Madinah.

-Maulana Rasyid Ahmad berkata bahawasanya Ibnu Zubair dan Ibnu Abbas pada ketika itu masih kecil lagi. Mereka dengar ucapan itu (iaitu “sesiapa diantara kamu yang mahu solat, maka ia dibolehkan. Sesiapa nak balik, bolehlah balik”.) tetapi tidak cukup faham apa yang dimaksudkan dengan ucapan itu. Ibnu Zubair telah mengakhirkan solat hari raya dan mengawalkan solat Jumaat daripada waktu zawal(gelincir matahari). Beliau telah memasukkan solat hari raya ke dalam solat Jumaat. Sebab itulah dia tidak solat Zohor seperti dapat dilihat daripadad zahir riwayat. Dan pandangannya dipersetujui oleh Ibnu Abbas kerana waktu itu Ibnu Abbas pun masih kecil(masa mendengar ucapan tadi).

-Jadi mengikut Imam Abu Hanifah, solat Jumaat wajib dikerjakan juga walaupun sudah mengerjakan solat hari raya sama dengan pendapat Imam Syafie.

-Tapi bagi Imam Ahmad berkata bahawasanya, kalau sudah dikerjakan solat hari raya, maka solat Jumaat tidak wajib lagi(nak solat pun boleh). Namun, solat Zohor tidak boleh ditinggalkan(ada satu pendapat mazhab Syafie yang sama dengan pendapat Imam Ahmad ini)

-Bagi mazhab ‘Atha, kedua-dua solat Zohor dan Jumaat sudah tidak wajib. Boleh saja nak solat tapi tak wajib.

-Bagi mazhab Malik ada 2 pendapat. Bagi pendapat pertama,melalui riwayat Mutarrif, sudah berpada hanya solat hari raya tanpa solat Jumaat. Pendapat kedua, melalui riwayat Ibn Qasim daripada Imam Malik bahawasanya tidak dapat tidak perlu solat Jumaat (untuk orang tempatan). Pendapat yang kedua inilah yang masyhur dalam Mazhab Malik dan sama pendapat dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie.

Audio atau Video asal boleh didapati di: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3561

read more "Apabila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat"

[Maulana 'Asri] Wajib mentaati pemerintah!

Assalamu'alakum WBT..


Sebelum pergi jauh, kena dengar penjelasan mengenai pemerintah yang dasarnya al-Quran dan as-Sunnah terlebih dahulu..



seterusnya kita beralih pada syarahan Hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim:




3434 - حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ حَدَّثَنِي بُسْرُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْحَضْرَمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُ كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّونَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ




3435 - و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سَهْلِ بْنِ عَسْكَرٍ التَّمِيمِيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَسَّانَ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ أَخْبَرَنَا يَحْيَى وَهُوَ ابْنُ حَسَّانَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ سَلَّامٍ عَنْ أَبِي سَلَّامٍ قَالَ قَالَ حُذَيْفَةُ بْنُ الْيَمَانِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا بِشَرٍّ فَجَاءَ اللَّهُ بِخَيْرٍ فَنَحْنُ فِيهِ فَهَلْ مِنْ وَرَاءِ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ هَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الشَّرِّ خَيْرٌ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ فَهَلْ وَرَاءَ ذَلِكَ الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ كَيْفَ قَالَ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لَا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جُثْمَانِ إِنْسٍ قَالَ قُلْتُ كَيْفَ أَصْنَعُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ قَالَ تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ

Dan boleh dimuat turun di sini(untuk mendapatkan lebih penjelasan): http://www.mediafire.com/?ji14bmpwtk0xddj#2

Makna Jama’ah?

1) Jam’ah muslimeen dengan membawa aqidah yang betul

2) Jama’ah ahl sunnah wal jama’ah

3) Tetap dipanggail Jama’ah(sebagaimana dalam hadis) walaupun ada kekurangan pada Jama’ah tersebut.

4) Ada kalangan kumpulan yang mendakwa Jama’ah yang terdapat dalam hadis tersebut adalah bermaksud jama’ah yang mereka anuti. Bukan dimaksudkan jama’ah tersebut dengan apa yang ada pada hari ini seperti Ihkwanul Muslimeen,tabligh dan lain-lain.

Bukti:

- Syeikh Said Hawwa keluar dari Ikhwanul muslimeen dan meninggal dunia pun tidak ada yang kata beliau mati dalam jahiliyyah. Beliau masih diiktiraf

- Amin Ahsan Islahi keluar dari Jama’atul Islam di Pakistan sebab dirasakan beliau buat kerja tidak sesuai dengan parti

5) Tidak mengapa berbeza kumpulan,mungkin gerak kerja berbeza tapi matlamat adalah sama. Asal matlamat adalah seperti yang Nabi SAW gariskan "ما أنا عليه وأصحابي"

6) Walaupun orang kafir sekalipun, kena taat selagi ada kebaikan padanya; seperti jika seorang kafir mengarahkan agar peraturan langgar traffic light dikuatkuasakan, ianya perlu dipatuhi dan ditaati.

Hadis pertama

1) Tidak boleh tinggalkan pemerintah yang mahukan Islam, bukan yang menyeru kepada undang-undang orang kafir(kena keluar daripada ketaatan itu dengan saluran yang betul)

2) Siapakah penyeru kepada pintu-pintu neraka seperti dalam hadis?: mereka yang menyeru kepada hukum orang kafir/selain Islam.

3) Perlu bersama Jama’ah Islam dan pemerintahnya. Perlu taat pada pemimpin yang menjalankan hukum Islam walaupun dia tidak adil/zalim.

4) Jika tidak ada seperti itu(yang menjalankan hukum Islam), jangan masuk mana-mana kumpulan seperti sosialis, komunis dan sebagainya. Walaupun terpaksa menggigit umbi pokok(kinayah Nabi SAW)

5) Bukan masalah makan khinzir sahaja perlu dititikberatkan, malah isu politik pun tidak boleh main-main.

Hadis kedua

1) Sanad dikritik oleh ad-Daraquthni kerana Abu Sallam tidak mendengar apa-apa daripada Huzaifah.

2) Abu Sallam tidak kata “aku mendengar dari Huzaifah” tapi dia terus kata “Huzaifah berkata bahawa..”

3) Hadis ini jadi hadis mursal dan ia diakui oleh al-Imam Nawawi tetapi menurut Imam Nawawi matan hadis kedua ini sahih, manakala sanad lemah.

4) Hadis ini sebagai mutaba’ah kepada hadis pertama dalam tajuk bab.

5) Dalam sahih Muslim, hadis usul adalah paling kuat.

6) Jika hadis mursal diriwayat dari jalan yang lain(yang muttasil/bersambung) maka hadis mursal itu dikira sahih juga.

7) Boleh dinyatakan kedua-dua hadis adalah sahih, tapi jika dikira hadis kedua sahaja, ia adalah dhaif.(antara hadis-hadis dhaif dalam Sahih Muslim)

8) Jika pemerintah menzalimi kita secara peribadi, kita kena bersabar sebagaiman terdapat dalam hadis tapi boleh saja menuntut bela/hak.

9) Tidak boleh mudah-mudah nak buat pemberontakan.

10) Mati jahiliyyah bukan bermakna mati dalam kekufuran tapi mati dalam keadaan tiada pedoman panduan hidup. Tapi ia boleh melarat jadi kufur jika dia mengiktiraf hukum inggeris lebih baik daripada hukum Islam.

11) Perjuangan bangsa mesti disokong jika bangsa tersebut memperjuangkan agama.

Komen Maulana Asri terhadap apa yang berlaku di Mesir

1) Menyokong apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir tersebut.

2) Hadis-hadis yang mewajibkan mengikut dan mentaati pemerintah itu jika pemerintah itu mahukan Islam dan daulatkan Islam.

3) Jika tidak sedemikian, perlu dilihat situasi. Memandangkan di Mesir, rakyat sudah ditindas berpuluh tahun lamanya sedangkan pemerintah bersenang lenang, maka itu sahaja cara yang boleh dilakukan.

4) Dasar Kerajaan Mesir terhadap zionis sudah jelas bahawa mereka tidak mahukan Islam.

5) Berbeza dengan keadaan kita di sini(Malaysia), kerajaan kita tidak sampai tahap seperti Mesir. Polisi kita pada zionis berbeza dengan Mesir dan jika ada pemberontakan berlaku kemungkinan tidak berjaya.

6) Ketika rakyat Mesir bertindak sedemikian, ramai juga yang bersimpati dengan mereka kerana sedar masalah yang melanda rakyat Mesir sebelum ini. Pihak tentera sendiri sudah ada tanda simpati pada rakyat Mesir.

Disediakan oleh: Abu Syifaa' Abdul Qayyum Hadi

read more "[Maulana 'Asri] Wajib mentaati pemerintah!"