Maaf: mengapa sukar dilafazkan?
Maafkan diriku,
Mengapa aku perlu mulakan dulu,
Sedangkan huru-hara engkaulah pertama yang palu,
Janganlah egkau memaksa diriku,
Untuk berbuat begitu.
Maafkan diriku,
Aku perlu menjaga hatiku,
Ku rasa diri ini pemenang nombor satu,
Dalam semua hal yang berlaku,
Kerna bukan semua engkau tahu,
Atas apa yang didiamkan oleh lidahku.
Tetapi,
Yang sebetulnya pada diriku,
Toleransi menjadi perencah kehidupanku,
Dalam hidup di dunia persahabatanku,
Yang telah berlaku biarkan ia berlalu,
Kerna ku tahu diriku jua amat memerlu,
Sahabat yang dapat membimbing kearah redha TuhanKU.
Jumaat, Mei 15, 2009 | | 0 Comments
Apa yang tak kena pada 'agama' syiah?
Syiah merupakan ajaran sesat paling lama bertahan di muka bumi ini. Banyak penyelewengan yang telah dilakukan syiah pelampau ini. Lihat sahaja video-video kesesatan mereka sudah pun cukup untuk membuktikan bahawa mereka bukanlah suatu mazhab tetapi agama baru.
Adakah kita boleh terima bagaimana mereka boleh melaknat sahabat Nabi SAW yang merupakan pembawa agama Islam, hatta dalam qunut solat. Cukuplah dengan video berikut sebagai peringatan.
Jom Download Risalah syiah di sini:
http://www.mediafire.com/?lyjhzozanhm
p/s: jika kita tahu betapa gelapnya Syiah, nescaya kita akan merasai nikmat cahaya ahli Sunnah wal jamaah
Ahl Sunnah VS Syiah
Isnin, Mei 11, 2009 | | 0 Comments
Pengalaman pertama..
Alhamdulillah akhirnya ku dapat merasai bagaimana pelajar jurusan agama belajar dalam formal. Semalam(7/5) ku cuba masuk kelas Qawaid wa Furuq Fiqhiyyah(RKFQ4131A) yang diajar oleh Dr Abd Bari Awang. Itulah pengalaman pertama menyertai mereka.
Jika ikutkan kod subjek itu,ianya akan diajar dalam bahasa arab kerana diakhir kod itu ditulis ‘A’. Tapi masa sampai di kelas, rupanya ustaz banyak cakap bahasa melayu juga.
Memang asalnya kalau boleh nak belajar dalam bahasa arab kerana nak tingkatkan penguasaan bahasa arab,tapi tak mengapalah ilmu yang baru banyak dipelajari dalam kelas semalam.
Sebenarnya kemasukanku hanyalah sebagai mustami’ iaitu pendengar tanpa ada credit hour diberikan. Sepanjang kelas ku lihat kelas tak ubah macam kuliah malam yang biasa budak-budak ini jalankan(para pelajar nampaknya ‘tak bermaya’-mungkin kelas itu sahaja). Ingatkan ada perbincangan hangat.hehe
Selepas kelas,kira-kira lepas solat zohor, kawanku ajak pergi cari kitab yang dipelajari di Fajar ulung tapi tak jumpai. Semester ini agak sibuk sikit dengan kelas engineering management, qawaid fiqhiyyah, bahasa arab dan mengajar matematik sains di luar.
Sedang kawan-kawan satu geng sibuk buak praktikal ditempat masing-masing,ku sibuk berjuang untuk mengahadapi satu praktikal yang tidak kurang pentingnya. Apa ye.......
Isnin, Mei 11, 2009 | | 0 Comments
Balik kampung daaa..
SubhanaAllah penatnya hari ini(21/4)... dari pagi tadi bertungkus lumus dalam daurah bahasa arab,akhir setelah 4hari berlalu, tamat juga hari ini.. tapi malangnya tak sempat habis kitab,masuk bab yang ke28(semua ada 34 bab).
Bersama dengan seorang teman, saya bergerak ke Pesta buku KLIBF di PWTC untuk mencari atau hanya berjalan-jalan ke gedung ilmu itu. Duit tak banyak sangat dalam poket. Tapi akhirnya tertewas juga dengan kehendak hati bila berada disana. Ada 2,3 bijik buku yang dibeli yang berkaitan motivasi kehidupan masa depan yang dibeli dan sebuah kitab bahasa arab yang dikirim oleh seorang teman(أخطأ شائعة). Mujurlah tak lama di gerai kitab arab, kalua tak banyak pulak kitab yang dibeli.
Lepas itu, malamnya pergi mengajar matematik di rumah orang(home tuition). Dah lama tak ajar subjek ini secara serius,tapi setakat form 3 bolehlah tanpa ulangkaji terlebih dahulu. Tapi lepas pulang dari cuti semester ini, insyaAllah akan mengajar add math kepada anak seorang anak pensyarah UIAM. Yang ini memang kena study dulu la. Adoi penatlah nanti kepalaku ini. Yang bab kira-kira ini OK lagi la sebab dalam engineering, benda itu basic je. Di matrik ambil 4 subjek math, di Gombak ambil 5 pulak, dah 9 kali math takkan tak boleh ajar kot.hehe.. tapi yang best bila ajar bahasa arab dan orang faham bahasa al-Quran itu. Kenangan tak dapat kulupa bila anak TG Nik Aziz pernah sekali menjadi anak muridku.hehe..ajar yang basic je sebab student Law syariah kena ambil BA. Sekali tu je,tapi sempat ambil kesempatan tanya pasal ayahnya yang ku kagumi dengan ketokohannya serta dalam bahasa arabnya. Buat masa sekarang tak boleh tumpu ajar bahasa lagi,kena powerkan lagi.
Okla dah penat ni, esok nak drive balik Kelantan..
Selamat Bercuti!!!
Selasa, April 21, 2009 | | 0 Comments
Daurah Bahasa Arab Terakhir?
Salam..
InsyaAllah saya dan rakan-rakan sekelas akan mengikuti daurah bahasa arab bersama al-Ustaz abu bashir Yazid b. Ismail buat sekalian kalinya..
Dikhabarkan pada kami bahawa beliau akan berusaha menghabiskan talaqqi kitab Durusul lughatil arabiati lighairin naatiqiina biha pada daurah kali ini..
Saya dah pun hampir 2 tahun bertalaqqi dengan beliau dari mula-mula nak kenal tatabahasa arab yang betul sehiggalah boleh membaca sikit-sikit kitab arab. Alhamdulillah Allah dah memudahkan perjalananku ini. Banyak suka duka sepanjang 2 tahun itu.
Kepada rakan-rakan yang masih berminat bolehlah ikut sekali,termasuk yang terasa dirinya sudah power sangat dengan selok belok nahu arab(bukan point sape2).. kelas bermula sabtu ini(18/4-21/4) dari pagi sampai petang setiap hari.
Tak sabar-sabar untuk sama-sama habiskan buku siri ke3 ini kerana buku siri ke4 nanti akan masuk bab-bab halus nahu arab. Masa itu waktu untuk menuai hasil sahaja, kelas untuk perbincangan.
p/s: terasa betul untuk menjejakkan kaki ke bumi arab terutama Mekah dan Madinah(kalau bersama isteri tersayang lagi bermaknaJ)
Khamis, April 16, 2009 | | 0 Comments
Setiap Yang Datang Akan Pergi Jua Akhirnya
Takziah buat keluarga Allahyarham Syukri(gambar) atas pemergian beliau terlebih dahulu untuk meghadap Ilahi 2hari lepas..Beliau merupakan bekas presiden persatuan anak-anak Kelantan darul Naim(PERDANA) UIAM.
"Setiap yang bernyawa akan merasai kematian".....
Rabu, April 15, 2009 | | 0 Comments
Abis sebabok!
Harapnya kali ini tak berlaku lagi 'tragedi MOM'..hehe. satu istilah digunakn untuk diri ini bilamana pada tahun lepas, subjek Metallic of Material yang diambil telah menjadi tragedi..bukan 'fail', tetapi kejadian pada hari peperiksaan. Malam sebelum exam, saya tak tidur langsung dan study sampai ke pagi.."alang-alang study,tak payah tidur la,tidur lepas exam pagi nanti,qodha nantila".
Bila pergi exam tu,punyala semangat. Bila tegok kertas soalan,semua soalan diberi dah dibuat dan confirm mudah. Tapi bila nak start menulis, "ambik kau,bluuuuuuuuuuuuuuuuurrrrrr!!" Ya Allah,aku tak tau nak start kat mane,otak dah penat,malas nk pikir..mujur lulus jugak..
p/s:ambillah pengajaran daripada cerita diatas,asalnya nak lulus cemerlang(carry mark dah tinggi), tapi hnya lulus 'C'emerlang je(istilah popular kalangan bdk engin,hehe)
Isnin, April 13, 2009 | | 0 Comments