Nasihat daripada Dr Solah al-Khalidi supaya Mengasihi Para Ulama
[Soalan Abu Syifaa' kepada as-Syaikh د.صلاح الخالدي ]
ونحن الآن في ماليزيا نشعر بالقلق جدا لأن بعض طلبة العلم يميل إلى تحذير العلماء المسلمين وتجريحهم. منهم السيد القطب والشيخ الألباني وغيرهما .
من المعلوم، هناك من العلماء الذين يختلفون بينهم في شيء وهم أحيانا يحذرون فيما بينهم كما لاحظت في فيديوهات والمقالات.
لدي سؤال، ما هو موقفنا لهذه الحالة ونحن لسنا مطلعين على هذه الظاهرة؟
Kami di Malaysia sekarang berasa sangat bimbang kerana sebahagian para penuntut ilmu cenderung untuk mentahzir (minta menjauhkan) dan mentajrih (mencela) para ulama Islam. Sebahagiannya(yang menjadi mangsa) ialah Sayyid Qutb, Syaikh al-Albani dan selain daripada mereka berdua.
Sudah maklum, ada dikalangan ulama yang berkhilaf antara mereka mengenai sesuatu isu. Kadang-kadang mereka mentahzir sesama mereka kerana isu itu sebagaimana saya banyak perhatikan pada video dan artikel.
Saya ada satu soalan, apakah pendirian kami untuk menghadapi keadaan ini dalam keadaan kami tidak biasa dengan fenomena ini?
[Syaikh Dr Solah Abd Fattah al-Khalidi menjawab]
الاخ من ماليزيا ...
أشرت في رسالتك الى ظاهرة بدأت تنتشر عندكم، تدعو الى القلق، وهي قيام بعض طلبة العلم عندكم بانتقاد بعض العلماء والمفكرين المعاصرين مثل الشيخ الالباني وسيد قطب.
وهذه ظاهرة خطيرة ، أدعوكم الى الوقوف أمامها ، بأن تنشروا بين الشباب عندكم في ماليزيا بما يسمى أدب الخلاف، وأن يعلم الناس عندكم أن العلماء ليسو معصومين، فقد يخطئون ولكن ما هو موضوع خطئهم؟ وما هو حجمه؟ وما هي نسبة اخطائهم المعدودة الى صوابهم الكثير؟
فقد يخطئ الالباني وقد يخطئ سيد قطب، وقد يخطئ غيرهما ولكن اخطائهم قليلة بجانب صوابهم الكثير، وأجمعوا الناس عندكم على محبه العلماء وليس تجريحهم واتهامهم في علمهم ودينهم..
Wahai saudara dari Malaysia.
Saudara telah menyatakan dalam mesej anda berkenaan fenomena yang mula tersebar di tempat anda yang membawa kebimbangan; iaitulah fenomena dimana sebahagian para penuntut ilmu di kalangan kamu yang mengkritik sebahagian ulama dan pemikir semasa seperti Syaikh al-Albani dan Sayyid Qutb.
Ini merupakan satu fenomena yang bahaya, saya menyeru kamu untuk menghadapinya; iaitu dengan menyeru para pemuda kepada adab semasa khilaf serta menyedarkan orang ramai bahawa para alim Ulama tidak maksum. Mereka juga melakukan kesilapan akan tetapi bagaimana bentuk kesilapan mereka? Saiznya (besar atau kecil)? Apakah nisbah kesalahan mereka lebih banyak daripada apa yang betul?
Syaikh al-Albani dan Sayyid Qutb pernah buat silap, dan begitu juga ulama selain daripada mereka berdua. Akan tetapi kesalahan mereka adalah kecil berbanding jasa baik mereka. Dan serulah untuk sama-sama mengasihi para ulama dan tidak mencela serta mentohmah mereka dalam ilmu dan agama mereka.
Selasa, Julai 05, 2011 | Labels: Nasihat | 0 Comments
Pandangan Ulama' terhadap Sayyid Qutb
Apa yang terpapar pada video tersebut:
“Sayyid Qutb seorang lelaki yang mempunyai ilmu, pengetahuan am serta mendapat tarbiyyah. Beliau mempunyai semangat yang jitu terhadap agama Islam, kitab beliau iaitu “fi zhilalil Quran” mempunyai kedudukan dan kelas yang tinggi serta begitumenarik.
Sebahagian orang percaya bahawa dalam kitab tersebut terdapat kesyirikan dan pencelaan terhadap para Nabi. Jika mereka memerhatikannya dengan mendalam, pasti ia akan mendapatinya mempunyai kebaikan yang banyak.
Dan orang yang mengkritiknya perlulah adil dan insaf(yakni bersifat neutral) serta tidak ‘bias’ terhadapnya.
Perlu insaf dan adil dalam (menilai) buku-buku Sayyid Qutb dan kita tidak meletakkan lafaz-lafaz (dalam bukunya ) itu pada makna-makna yang jauh daripada apa yang jelas padanya dan kita tidak berburuk sangka ketika Sayyid Qutb telah menginsafi akan kesalahannya.
Beliau telah mati sebagai seorang syahid...”
Sabtu, Jun 11, 2011 | Labels: Bahasa Arab, Terjemahan | 0 Comments
Bagaimana Sapu Kepala Semasa Wudu'
Ringkasan Kuliyah Sunan Abi Daud
Pensyarah: Maulana Mohd Asri Yusoff
Kitab: Bazlul Majhud fi Halli Abi Daud oleh Syiekh Khalil Ahmad Saharanfuri
Bab Sifat Wudu’ Nabi(jilid 1, m/s 297)- kuliyah 28
Tarikh kuliyah : 5/9/2004
Perbincangan mengenai bab sapu kepala
- Dimulakan dengan perbahasan sanad hadis pertama;
(tak perlu dibahas detail disini,blh dengar sndiri sbb Maulana bahas detail sanad hadis ini)
Perbahasan
· Asas punca khilaf utama adalah pada ayat Quran tentang wudu’
وامسحوا برءوسِكم........))
Surah al-maidah; ayat 6
· Penjelasan ada pada hadis Abdullah B. Zaid yang merupakan sahabat Nabi SAW(jadi perbahasan utama)-sila check hadis penuh dalam sunan Abi Daud atau sape2 boleh paste
v Imam Bukhari, Imam Malik, Imam Ahmad(dalam salah satu pendapat) kata wajib sapu semua kepala dengan berdalilkan hadis diatas yang jelas mengatakan Nabi sapu semua kepala dari depan ke belakang dan ditarik ke depan balik. Jika tak buat, wudu’ tidak sah.
v Imam Bukhari buat bab khas dalam kitabnya: bab sapu kepala keseluruhannya & bab sapu kepala sekali sahaja.
· Berdasarkan ayat wudu’ diatas, disimpulkan;
v -Imam Malik berpendapat ba’(ب) pada ayat tersebut adalah ba’ zaidah((زائدة yang berfungsi untuk menguatkan pernyataan atau taukid.
-Jika hanya guna وامسحوا رءوسَكم tak semestinya semua kepala, jadi fungsi ب adalah untuk menguatkan suruhan sapu kepala kesuluruhannya.
-Tambahan, Nabi SAW dalam hadis tersebut jelas setelah menarik tangan ke belakang, terus tarik kedua-dua tangannya ke depan balik untuk memastikan benar-benar telah rata sapuannnya.
§ Bantahan: pihak yang tidak setuju menyatakan ب di sini adalah ب silah(صلة) yang berfungsi sebagai penyambung sahaja dan sebagai ‘hadiah’ dari Allah.
v - Imam Syafie berpendapat ب dalam ayat tersebut adalah littabi’d (للتبعيض) yang bermaksud sebahagian kepala. Tak kisah sebanyak mana pun, sedikit pun dah dikira sah.
-ب itu digunakan untuk menunjukkan sebahagian sahaja kerana kalau dengan erti kata semua, tentulah perkataan seperti kulla كل atau jami’ جميعَ telah digunakan, tapi Allah guna ب sahaja.
- Lagipun, kita diperintahkan untuk sapu sahaja kepala, bukannya basuh. Jadi
§ Bantahan : mana boleh berpendapat begitu, ini amat berlawanan dengan nas yang jelas yang sapu semua kepala.
v Imam Ahmad dalam pendapat yang masyhur berpendapat ba’ للتبعيض disini bermaksud betul-betul separuh kepala.
v -Imam Abu Hanifah mengatakan ب dalam ayat tersebut adalah ب lil-ilsaq (للاِلصق) yang bermaksud untuk menyatakan ‘lekatan’ antara tangan dan kepala tanpa ada penghalang. Ini suruhan untuk melekatkan tangan dan kepala sahaja (jadi, hanya suku kepala sahaja wajib disapu)
-mereka berpegang juga kepada hadis Mughirah iaitu sahabat nabi( hadis di tempat lain) dimana dia melihat Nabi hanya sapu dibahagian depan kepala atau jambul sahaja.
§ Bantahan: Imam
· Maulana Asri mengulas bahawa lebih baik bagi kita untuk sapu kesemua kepala, tambah-tambah dalam keadaan sihat. Ini kerana adalah disana ada juga pendapat yang mengatakan sampai tidak sah wudu’ seseorang yang tidak sapu semua bahagian kepala.
· Janganlah kita mengecilkan pendapat-pendapat lain dan
Perbahasan kali ini banyak menyentuh persoalan bahasa. Perbezaaan pendapat boleh terjadi dengan berbeza penggunaan huruf-huruf arab. Jadi, sama-sama kita mendalami Bahasa al-Quran ini supaya kita akan dapat tahu mengapa berlaku perbezaan dikalangan ulama’ tanpa merendahkan mana-mana pihak.-penulis
والله أعلم بالصواب
Isnin, Mei 23, 2011 | Labels: Syarahan Hadis | 0 Comments
Apabila Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat
Sunan Abi Daud: Kitab Solat
بَاب إِذَا وَافَقَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ يَوْمَ عِيدٍ
Bab Apabila Hari Raya Berbetulan Dengan Hari Jumaat
904 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ عَنْ إِيَاسِ بْنِ أَبِي رَمْلَةَ الشَّامِيِّ قَالَ شَهِدْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ قَالَ أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَكَيْفَ صَنَعَ قَالَ صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ فَقَالَ مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ
Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Iyaas bin Abi Ramlah as-Syaami berkata, aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan ketika beliau bertanya Zaid bin Arqam dengan katanya, “adakah engkau pernah ikut serta Rasulullah SAW dua hari raya yang berkumpul pada suatu hari? Zaid menjawab “Ya, pernah”. Mu’awiyah berkata “jadi, bagaimana Nabi SAW buat? Zaid menjawab “Nabi SAW sembahyang hari raya kemudian baginda SAW memberi kelonggaran untuk solat Jumaat dengan berkata sesiapa yang mahu,dia boleh sembahyang”
905 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ طَرِيفٍ الْبَجَلِيُّ حَدَّثَنَا أَسْبَاطٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ صَلَّى بِنَا ابْنُ الزُّبَيْرِ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ أَوَّلَ النَّهَارِ ثُمَّ رُحْنَا إِلَى الْجُمُعَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْنَا فَصَلَّيْنَا وُحْدَانًا وَكَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ بِالطَّائِفِ فَلَمَّا قَدِمَ ذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ أَصَابَ السُّنَّةَ
Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada ‘Atha bin Abi Rabah, beliau berkata “Pernah Ibn Zubair pada suatu hari raya telah menjadi imam kepada kami pada hari Jumaat di awal siang, kemudian kami pergi pula ke masjid untuk solat Jumaat tetapi dia tidak keluar kepada kami, maka kami bersembahyang masing-masing, ketika Ibnu Abbas berada di Thaif. Apabila beliau datang, kami pun menyebutkan perkara itu kepadanya terus beliau berkata “Dia(Ibnu Zubair) telah menepati sunnah”.
906 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ قَالَ عَطَاءٌ اجْتَمَعَ يَوْمُ جُمُعَةٍ وَيَوْمُ فِطْرٍ عَلَى عَهْدِ ابْنِ الزُّبَيْرِ فَقَالَ عِيدَانِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ فَجَمَعَهُمَا جَمِيعًا فَصَلَّاهُمَا رَكْعَتَيْنِ بُكْرَةً لَمْ يَزِدْ عَلَيْهِمَا حَتَّى صَلَّى الْعَصْرَ
Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada ‘Atha, pernah berhimpun/bertemu hari Jumaat dengan hari Fitr(raya puasa) di zaman Ibnu Zubair, maka beliau berkata “Dua hari raya telah berkumpul pada suatu hari, maka dia telah mengumpulkan kedua-duanya sekali dengan mengerjakan dua rakaat sahaja di waktu pagi, beliau tidak menambahkan apa-apa rakaat lagi lebih daripada 2 rakaat itu sehinggalah beliau bersolat ‘asar(iaitu pada petang hari itu).
907 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُصَفَّى وَعُمَرُ بْنُ حَفْصٍ الْوَصَّابِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْمُغِيرَةِ الضَّبِّيِّ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ رُفَيْعٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ
قَالَ عُمَرُ عَنْ شُعْبَةَ
Dengan sanandnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Rasulillah SAW , baginda SAW bersabda “Pada hari ini telah terhimpun 2 hari raya, sesiapa yang ingin berpada dengan sembahyang hari raya ini sahaja tanpa mengerjakan sembahyang Jumaat, boleh dia lakukan begitu. “Walaubagaimanapun kami akan bersembahyang Jumaat”. ‘Umar berkata daripada Syu’bah.
Syarahan
Hadis Pertama:-
· Bagi golongan yang berpendapat bahawa tak wajib solat Jumaat yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan hari raya, hadis inilah yang dipegang.
· Yang berlaku khilaf adalah pada Zohor; satu pendapat mengatakan Jumaat tak wajib tapi Zohor wajib. Satu pendapat lagi Jumaat dan Zohor tak wajib kerana Zohor hanya ganti pada hari Jumaat (kalaulah Zohor sebagai ganti, maka lebih-lebih lagi tak wajib kerana Jumaat pun diberi kelonggaran). Solat Jumaat adalah solat yang asal bagi pendapat golongan kedua tadi berdasarkan ayat ke 9 surah al-Jumu’ah. Tapi pendapat ini telah dibantah kerana asal solat setiap hari dengan adanya waktu Zohor,ini disokong dengan peristiwa israa’ mikraj Nabi SAW dimana Nabi SAW telah menerima kefardhuan solat 5 kali sehari,dan tiada kefardhuan waktu solat Jumaat lagi.
· Mereka berpegang sahih untuk hadis ini seperti Syaikh al-Albani dan lain-lain. Tetapi sebahagian ulama’ tidak menerima kesahihan hadis ini. Dari segi perawi:-
-Iyaas dihukum tsiqah oleh Ibnu Hibban tetapi Ibnu Munzir berkata ianya majhul dan dipersetujui oleh Yahya bin Said al-Qattan. Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab Khulasah dan at-Taqrib berkata: Dia majhul. Al-Amir al-Yamani(pengarang kitab Subulussalam) berkata: Ibnu Khuzaimah menghukum sahih pada hadis ini. Syaukani berkata: Ali Ibn Madini menghukum sahih padahal pada sanadnya ada Iyaas bin Abi Ramlah yang majhul. Al-Hakim pun kata sahih, begitu juga az-Zahabi dalam kitab Talkhisnya.
· Jadi status hadis ini menjadi khilaf di kalangang ulama’.
Hadis Kedua:-
· Sanad hadis ini baik tetapi terhenti setakat Ibnu Zubair.
· Dari segi zahirnya, Ibnu Zubair dilihat tidak pergi mengerjakan solat Jumaat dan hanya berpada dengan solat Zohor di rumah. Ini dapat dilihat juga berdasarkan perbuatan para makmum yang bersolat di masjid sendiri-sendiri. Solat apa lagi kalau bukan solat Zohor. Sudah tentu bukan solat Jumaat kerana ianya dilakukan sendiri-sendiri. Bilangan paling minumun untuk solat Jumaat adalah dua orang berdasarkan satu pendapat ulama’.
Hadis Ketiga:-
· Berdasarkan hadis sahih inilah,‘Atha berpendapat jika sudah solat hari raya, maka tiada Jumaat dan Zohor dengan berpada untuk itu sahaja.
· Tetapi Ibnu Taimiyyah(pengarang kitab al-Muntaqa & datuk kepada syaikul Islam Ibnu Taimiyyah) berpandangan sebenarnya Ibnu Zubair sudah mengerjakan solat Jumaat, dan bukan solat hari raya pada pagi itu. Ini kerana sesetengah ulama mengatakan boleh solat Jumaat di pagi hari.
Hadis Keempat:-
· Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW memberi pilihan bagi sesiapa yang ingin berpada dengan sembahyang hari raya sahaja tanpa mengerjakan sembahyang Jumaat, maka dia boleh lakukan begitu.
· Persoalannya, kepada siapa Nabi SAW tujukan pilihan itu?
-pendapat pertama: pilihan ini ditujukan kepada semua.
- pendapat kedua: pilihan ini ditujukan kepada orang datang dari tempat-tempat yang jauh berdasarkan akhir hadis dimana Nabi SAW berkata “Walaubagaimanapun kami akan bersembahyang Jumaat(kerana kami orang tempatan)”. Inilah dalil bagi golongan mengatakan solat Jumaat tetap wajib pada hari itu.
· Namun, hadis ini dipertikaikan kerana terdapat perawi yang bernama Baqiyyah yang dipertikaikan oleh Ulama’ dan hadis ini telah menjadi dhaif
· Bagi ‘Atha, beliau berpegang kewajipan solat Jumaat dan Zohor telah gugur berdasarkan amalan Ibnu Zubair. Bagi beliau, boleh saja kalau nak solat juga.
· Bagi Imam Syafie, tidak menjadi rukhsas(kelonggaran) untuk meninggalkan Jumaat atau Zohor. Kena lakukan juga salah satu kerana beliau berpegang solat Zohor adalah yang asal. Beliau mengatakan hadis-hadis dan atsar itu tidak kuat untuk mengkhususkan hadis umum tentang kewajipan kena solat Zohor atau Jumaat itu kerana sanad-sanadnya dipertikaikan.
· Imam Syafie berkata dalam kitab al-Umm: daripada Umar Abd Aziz berkata bahawa pernah dua hari raya berhimpun di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda “bagi orang berada jauh di pinggir Bandar tidak mengapa untuk tidak hadir”. Jadi, yang diberi kebenaran ini hanyalah untuk orang yang berada di tempat yang jauh, bukan untuk orang tempatan. Imam Syafie menyimpulkan bahawa untuk orang tempatan, kewajipan solat Jumaat tetap diperintahkan. Baginya lagi, seorang imam pada hari raya boleh memberi rukhsas kepada orang bukan tempatan sama ada untuk mereka balik kalau mereka mahu atau mahu tetap menunggu di situ
· Bagi pengarang kitab ini(Bazlul Majhud) yang mewakili mazhab Hanafi telah memetik kata-kata Maulana Muhammad Yahya daripada huraian gurunya, Maulana Rasyid Ahmad al-Gangoohi, kesimpulannya:-
-pernah berkebetulan berlaku hari raya jatuh pada hari Jumaat, bilangan jemaah pada solat hari raya itu lebih ramai di masjid Nabi SAW termasuk yang datang dari tempat yang jauh. Ini menjadi kesukaran bagi mereka untuk menunggu sehingga masuk waktu solat Jumaat.
- Lalu usai solat, maka Nabi SAW memerintah seseorang bagi memberitahu kepada orang ramai “sesiapa diantara kamu yang mahu solat, maka ia dibolehkan. Sesiapa nak balik, bolehlah balik”. Ucapan ini untuk mereka yang datang dari pinggir-pinggir kampung yang jauh.
-Buktinya, berdasarkan akhir hadis dimana Nabi SAW berkata “Walaubagaimanapun kita akan bersembahyang Jumaat(kerana kami orang tempatan)”. Yang dimaksudkan dengan ‘kita’ ialah penduduk Madinah.
-Maulana Rasyid Ahmad berkata bahawasanya Ibnu Zubair dan Ibnu Abbas pada ketika itu masih kecil lagi. Mereka dengar ucapan itu (iaitu “sesiapa diantara kamu yang mahu solat, maka ia dibolehkan. Sesiapa nak balik, bolehlah balik”.) tetapi tidak cukup faham apa yang dimaksudkan dengan ucapan itu. Ibnu Zubair telah mengakhirkan solat hari raya dan mengawalkan solat Jumaat daripada waktu zawal(gelincir matahari). Beliau telah memasukkan solat hari raya ke dalam solat Jumaat. Sebab itulah dia tidak solat Zohor seperti dapat dilihat daripadad zahir riwayat. Dan pandangannya dipersetujui oleh Ibnu Abbas kerana waktu itu Ibnu Abbas pun masih kecil(masa mendengar ucapan tadi).
-Jadi mengikut Imam Abu Hanifah, solat Jumaat wajib dikerjakan juga walaupun sudah mengerjakan solat hari raya sama dengan pendapat Imam Syafie.
-Tapi bagi Imam Ahmad berkata bahawasanya, kalau sudah dikerjakan solat hari raya, maka solat Jumaat tidak wajib lagi(nak solat pun boleh). Namun, solat Zohor tidak boleh ditinggalkan(ada satu pendapat mazhab Syafie yang sama dengan pendapat Imam Ahmad ini)
-Bagi mazhab ‘Atha, kedua-dua solat Zohor dan Jumaat sudah tidak wajib. Boleh saja nak solat tapi tak wajib.
-Bagi mazhab Malik ada 2 pendapat. Bagi pendapat pertama,melalui riwayat Mutarrif, sudah berpada hanya solat hari raya tanpa solat Jumaat. Pendapat kedua, melalui riwayat Ibn Qasim daripada Imam Malik bahawasanya tidak dapat tidak perlu solat Jumaat (untuk orang tempatan). Pendapat yang kedua inilah yang masyhur dalam Mazhab Malik dan sama pendapat dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie.
Isnin, Mei 23, 2011 | Labels: Syarahan Hadis | 0 Comments
[Komen Ulama'] Pembunuhan Usamah Laden
أما ألأمر الثاني فهو الخبر الذي بلغنا اليوم وقد أحزنني وأحزن كل مسلم غيور ألا وهو وفاة الشيخ أسامة بن لادن رحمه الله تعالى وأسأل الله عز وجل أن يتقبله من الشهداء.
Perkara yang kedua ialah mengenai berita yang telah sampai kepada kita pada hari ini, berita yang menyedihkan aku dan semua muslim yang taat iaitu tentang kewafatan Syeikh Usamah Bin Laden rhm. Aku doakan semoga Allah SWT menerima beliau daripada kalangan para syuhada’
هذا الرجل الذي قضى حياته يحارب الكفار والمشركين وترك حياة رفاهية وحياة الغنى واختار لنفسه طريق الجهاد إلى الله تبارك وتعالى وكأنه كان يشتاق إلى الشهادة بعدما وصل إلى هذه السن
Lelaki ini (Usamah) telah menghabiskan hidupnya memerangi para kuffar dan musyrikin. Beliau telah meninggalkan kehidupan yang mewah dan kekayaan hidup. Beliau telah memilih jalan jihad kepada Allah SWT untuk diri beliau. Dan seolah-olah beliau sangat rindu untuk mendapat syahid setelah dia sampai ke usia ini.
والكفار يتعقبونهم أكثر من عشرين سنة يحولون قتله والله عز وجل يحفظه أو يحاولون أسره وأخيرا نال ما يتمنى نال الشهادة كما حدثنا بعض الناس أنه خارج من صلاة الفجر فأصابته قذائف العدو قذائف الكفار أصابت الشيخ أسامة بن لادن رحمه الله تعالى وهو خارج لصلاة الفجر
Golongan kuffar telah menjejaki mereka lebih dari 20 tahun dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya atau cuba menangkapnya- Allah SWT telah melindungi beliau.
Dan akhirnya beliau telah mendapat apa yang beliau cita-citakan, iaitu mendapat syahid sebagaiman yang telah diceritakan kepada kami oleh sebahagian orang bahawasanya beliau telah keluar untuk solat subuh, maka beliau dibedil dengan bom musuh dan kuffar yang kena pada Syeikh Usamah Bin Laden rhm yang pada ketika itu keluar untuk solat subuh.
. وقد روى مسلم في صحيحه أنّ النبي صلى الله عليه وسلم قال "من صلى الفجر فهو في ذمة الله حتى يمسي". فأكرمه الله بالشهادة وأكرمه الله بالموت وهو في ذمته سبحانه وتعالى، فهنيئا له الشهادة ثم هنيئا له الشهادة ثم هنيئا له الشهادة .
Imam Muslim telah meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang solat subuh, maka dia telah berada dalam lindungan Allah SWT sehingga petang”. Semoga Allah SWT memuliakan beliau dengan syahid dan semoga Allah SWT memuliakan beliau dengan kematian ketika beliau berada dalam lindunganNYA.
Maka berbahagialah beliau dengan (mati) syahid, berbahagialah beliau dengan (mati) syahid, berbahagialah beliau dengan (mati) syahid!
وأقول لكم أيها الأحباب، إن الأمة الإسلامية ولادة، تلد العلماء وتلد المجاهدين وتلد المتصدقين وتلد الفقهاء وتلد الشجعان الأبطال الأمة الإسلامية فيها خير كثير إلى يوم القيامة
Aku katakan pada kalian, sesungguhnya ummat Islam ummat yang subur (iaitu melahirkan ramai anak-pent). Ummat yang melahirkan Ulama, melahirkan para mujahidin, melahirkan para pemurah, melahirkan para fuqaha’ dan melahirkan para pejuang yang berani. Banyak kebaikan daripadanya sehingga hari kiamat.
Terjemahan bebas: Abu Syifaa'
video asal: http://www.youtube.com/watch?v=56KomydBCpQ&feature=player_embedded
Selasa, Mei 17, 2011 | Labels: Bahasa Arab, Terjemahan | 0 Comments
Faedah-faedah Perkahwinan Awal!
نسأل الله - سبحانه وتعالى - أن يبصرهم في دينهم ، وأن يكفيهم شر أعدائهم
وصلى الله وسلم على نبينا محمد ، وعلى آله وأصحابه أجمعين ، والحمد لله رب العالمين
Isnin, Mei 16, 2011 | Labels: Bahasa Arab, Terjemahan | 0 Comments
Adakah Nabi SAW meragui keimanan Abu Bakr r.a? Tuduhan dan Jawapan
(Hadis yang diputar belit oleh Tijani)
وحدثني عن مالك عن أبي النضر مولى عمر بن عبيد الله أنه بلغه ان رسول
الله صلى الله عليه و سلم قال لشهداء أحد هؤلاء اشهد عليهم فقال أبو بكر
الصديق ألسنا يا رسول الله بإخوانهم أسلمنا كما أسلموا وجاهدنا كما
جاهدوا فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم بلى ولكن لا أدري ما تحدثون
بعدي فبكى أبو بكر ثم بكى ثم قال أإنا لكائنون بعدك:
Yahya menyampaikan kepadaku (hadis) dari Malik dari Abu’n Nadr mawla
Umar bin Ubaidillah bahwa Rasulullah SAW berkata mengenai para Syuhada
Uhud “Aku bersaksi untuk mereka”. Abu Bakar As Shiddiq berkata “Wahai
Rasulullah, Apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam
sebagaimana mereka masuk islam dan kami berjihad sebagaimana mereka
berjihad”. Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi A ku tidak tahu Apa yang
akan kamu lakukan sepeninggalKu”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya
dan berkata ”Apakah kami akan benar-benar hidup lebih lama daripada
Engkau!”. (Hadis Dalam Al Muwatta Imam Malik Kitab Jihad Bab Para
Syuhada di Jalan Allah hadis no 987)
Jawapan
1. Hadis ini adalah hadis mursal dan munqati’ di sisi sekalian perawi kitab Muwatto’. Dan telah maklum bahawa hadis mursal adalah tertolak di sisi majoriti ahli hadis dan fuqaha’ kerana keadaan perawi yang tidak diketahui. Maka syarat untuk satu hadis menjadi sahih telah hilang. Dan ianya menjadi hujjah di sisi Abu Hanifah, Malik dan Ahmad (pendapat yang kuat dalam mazhabnya).
2. Dari segi ulasan terhadap hadis itu pula, ia sebenarnya sama sekali tidak sama dengan apa yang diputar belit oleh si Tijani. Kefahamannya adalah terbalik kerana sabdaan Nabi SAW “Hanya orang-orang ini sahaja yang aku bersaksi(mengakuinya) ke atas mereka” adalah penyaksian atas keimanan dan pengorbanan mereka di jalan Allah SWT. Dan ketika Baginda SAW berkata demikian, lalu Saidina Abu Bakr r.a bertanyakan kepada Baginda SAW: “Wahai Rasulallah, apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”.
Rasulullah SAW bersabda: “Benar (iaitu kamu orang Islam seperti mereka dan berjihad di jalan Allah SWT), tetapi aku tidak tahu apa yang kalian akan lakukan sepeninggalanku nanti” (iaitu aku tidak tahu apa yang kamu akan lakukan selepas kewafatanku nanti), sedangkan Abu Bakr r.a bukan bertanyakan mengenai dirinya akan tetapi beliau bertanyakan dalam lafaz jamak(kami). Lantas Nabi SAW telah menjawab dengan menggunakan lafaz tersebut (iaitu dalam bentuk jamak-kami) iaitu bahawasanya Baginda SAW tidak mengetahui apa yang akan berlaku selepas kewafatannya.
Sudah maklum bahawa Baginda SAW tidak mengetahui perkara ghaib Baginda SAW tidak megetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan dan selepas kewafatannya, kecuali apa yang Allah SWT khabarkan kepadanya, sebagaimana firman Allah SWT “katakanlah(wahai Muhammad!): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah SWT. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang Yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". [al-A’raaf: 188.].
Maka Abu Bakr r.a menangis kerana beliau mengetahui bahawa Baginda SAW akan meninggalkan mereka dan ini dapat dilihat jelas pada kata-kata beliau (sesungguhnya apakah kami benar-benar akan hidup selepas kamu?) iaitu kami akan hidup selepas (kewafatan)mu wahai Rasulullah SAW dan sudah pasti Abu Bakr r.a tidak menangis (setelah mendapat tahu bahawa akan ada penyelewengan di kalangan mereka), kerana beliau tidak tahu bahawa ia pasti akan berlaku selepas kewafatan Nabi SAW!!
3. Kalaulah penafsiran aya-ayat al-Quran serta pemahaman nas-nas hadis hanya bergantung pada hawa nafsu dan pendustaan yang bersifat murahan sahaja, nescaya hujjah-hujjah para orientalis lebih kuat dan kukuh daripada hujjah-hujjah si Tijani dan pastilah tuduhan menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai hujjah kepada orang dungu sepertinya. Yang anehnya,dia sendiri telah menyebutkan dalam kitabnya {al-Quran bersifat diam(statik), membawa banyak makna , di dalamya terdapat ayat yang jelas dan samar-samar, dan untuk memahaminya perlulah merujuk kepada ar-rosikhin(orang yang kuat, yakin dan utuh dalam ilmu) berkaitan perumpamaan/istilah al-Quran dan perlu merujuk kepada ahlul bayt(ahli keluarga Nabi SAW) berkaitan penafsiran melalui hadis Nabi SAW (tidak syak lagi bahawa pernyataan ini adalah batil, tetapi aku mengambilnya supaya aku dapat menerangkan percanggahan yang Tijani lakukan berulang-ulang).
Adakah engkau merujuk kepada ahlul bayt untuk tafsiran hadis ini? Dan kerana selemah-lemah iman, (sekurang-kurangnya) adakah kamu merujuk kepada orang yang teguh ilmunya sehingga kamu faham makna hadis ini? Jika engkau mengatakan bahawa hadis itu diriwayatkan melalui jalan Ahli Sunnah, maka sama ada engkau terpaksa menolak hadis itu atau engkau terpaksa merujuk kepada huraian para ulama’ Ahli Sunnah mengenainya. Silalah engkau lihat syarahan-syarahan mereka:
4. Ini apa yang telah disyarahkan oleh sebilangan ahli ilmu kepada kitab Muwatto’ al-Imam Malik dan kita perlulah membawakan pandangan dan syarahan mereka untuk hadis ini.
i) Zarqani berkata (..“hanya orang2 ini sahaja yang aku bersaksi (mengakuinya) ke atas mereka”) adalah kerana apa yang telah mereka lakukan, iaitu mereka mengorbankan jiwa raga mereka serta (sanggup) meninggalkan anak-anak mereka sendiri. (Abu Bakr r.a berkata “Wahai Rasulallah, apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”) dan lantas kenapakah hanya mereka ini yang kamu (Wahai Rasulullah) mengkhususkan dalam penyaksiaanmu? Nabi SAW bersabda “Benar, kalian merupakan saudara mereka…(akan tetapi aku tidak tahu apa yang akan kamu semua lakukan sepeninggalanku nanti). Oleh itu, aku(Nabi SAW) mengkhususkan mereka dengan penyaksian itu,(dalam bab Nahu/Balaghah) disebut mengkhususkan mubtada’ dengan khobar, iaitu; mengkhususkan mereka dengan syahadah yang dibuat oleh Nabi SAW dengan sabdanya: "هؤلاء أشهد عليهم" (..“hanya orang2 ini sahaja yang aku bersaksi (mengakuinya) ke atas mereka”)
Maka Abu Bakar menangis dan terus menangis. Diulang (tangisannya) kerana kesedihannya atas petunjuk perpisahan dengan al-Mustofa-Nabi SAW- (kemudian beliau berkata “apakah kami benar-benar hidup?”) iaitu hidup (selepas kamu) adalah merupakan istifham ‘taassuf’( pertanyaan berbentuk kekesalan dan kesedihan yang teramat sangat), bukannya pertanyaan ‘hakiki’(untuk mendapatkan jawapan) kerana mustahil ia ditanya oleh Abu Bakr r.a setelah Nabi SAW memberitahunya. (Zarqani, jil 3, ms 49-50)
ii) Menurut Ibnu Abdil Barr (…makna sabda Nabi SAW: aku bersaksi ke atas mereka- iaitu aku bersaksi (mengakui) kepada mereka atas keimanan mereka yang sahih lagi selamat daripada dosa dan maksiat, dan daripada sebarang pengubahsuaian dan perubahan, serta daripada berlumba-lumba mengejar keduniaan. Wallahu’alam..
Dan dapat difahami dalam hadis tersebut ianya sebagai petunjuk bahawa para Syuhada’ medan Uhud dan para sahabat Nabi SAW yang mati sebelumnya adalah lebih utama daripada orang-orang yang mengikuti mereka selepas itu. Bagiku, ini sebagai ungkapan yang mengandungi petunjuk pengkhususan kerana di antara para sahabatnya itu ada yang memilih dunia dan mereka memperolehinya.
Adapun pengkhususan dan penentuan itu, tiada sebarang jalan untuk menentukannya kecuali dengan kita berdiam diri (tanpa menunjukkan sebarang petunjuk atau hukum lain). Manakala para sahabat Nabi SAW yang mengikuti Nabi SAW selepas itu, maka yang paling utama: Abu Bakr r.a dan ‘Umar r.a mengikut pandangan kesepakatan Ulama’ Islam kecuali yang sesat. Banyak golongan daripada ahli ilmu telah berpegang: “Sesungguhnya sahabat yang paling utama adalah Abu Bakr r.a dan ‘Umar r.a, tidak termasuk (dalam lingkungan hadis) sesiapa yang mati sebelum dan selepas mereka. (Tamhid lima fil muwatto, jil 21 ms 228).
Menurutnya(Ibn Abd Barr) lagi, berkenaan sabda Nabi SAW “Aku bersaksi kepada mereka” dan “Aku menjadi saksi kepada mereka” dan seumpamanya, maka banyak jalan yang meriwayatkan lafaz dan makna seperti ini.
Pelbagai riwayat yang ada, salah satunya adalah “Khalaf bin al-Qasim menceritakan kepada kami, dia berkata Ibnu Abi al-Aqib menceritakan kepada kami, Abu Zur’ah menceritakan pada kami, al-Hakm bin Nafi’ Abu Sulaiman menceritakan kepada kami, Syu’aib Bin Az-Zuhri menceritakan kepada kami, Ayyub bin Basyir al-Ansari menceritakan kepada aku dari sebahagian sahabat Nabi SAW bahawasanya Nabi SAW ketika keluar pada kali itu, baginda duduk di atas mimbar dan bertasyahhud. Tatkala baginda selesai, ucapan yang pertama yang keluar adalah istighfar (meminta pengampuanan) untuk para syuhada’ yang terkorban di medan Uhud”.
Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya seorang daripada hamba-hamba Allah SWT telah memilih antara kesenangan dunia dan apa yang ada pada Tuhannya, lalu dia memilih apa yang ada di sisi Tuhannya. Maka Abu Bakr r.a orang yang mula-mula memahaminya dan beliau tahu Nabi SAW memaksudkannya. Lalu Abu Bakr r.a menangis. Nabi SAW bersabda: "Sabar Ya Aba Bakar! (wahai sekalian jemaah) Sekatlah (Tutuplah) semua pintu jalan utk masuk ke masjid ini (Masjid Nabawi) kecuali pintu Abu Bakar. Sesungguhnya aku tidak mendapati seseorang pun yang paling baik dari kalangan sahabatku melainkan Abu Bakr r.a(at-Tamhid, jil 21,ms 230)
Kemudian si Tijani telah muntah dan ia berkata bahawa Nabi SAW telah syak (meragui) Abu Bakar?? Aduhai, pelik sungguh! (kerana hadis itu jelas menunjukkan yang Nabi SAW mengiktiraf Abu Bakr r.a)
iii) Al-Baji berkata ( kata-kata Abu Bakar r.a “Bukankah kami saudara mereka wahai Rasululallah? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad” adalah merupakan satu bentuk kebimbangan.
Ketika beliau mendapati keistimewaan pengkhususan dengan sesuatu ganjaran hukum, beliau mengharapkan akan mendapat peluang menjadi menjadi salah seorang daripada sahabat teguh (dalam keimanan) itu dan dalam masa yang sama, beliau juga mengharapkan agar semua sahabat mendapat peluang yang sama. Abu Bakr r.a berkata “Dari segi asalnya, amalan kami seperti amalan mereka dalam keimanan. Cuma amalan mereka berakhir dengan jihad (iaitu syahid di jalan Allah). Adakah kamu akan buat penyaksian kepada kami sebagaimana kamu bersaksi kepada mereka?”
Nabi SAW bersabda “Benar, tapi aku tidak tahu apa yang kalian akan lakukan sepeninggalanku”. Satu golongan mengatakan bahawa walaupun kata-kata itu ditujukan kepada Abu Bakr r.a, yang dimaksudkan dengannya ialah orang lain yang tidak diketahui keadaannya, amalannya dan kesudahan oleh Nabi SAW. Adapun Abu Bakr r.a maka telah diketahui oleh Nabi SAW bahawasanya beliau merupakan penghuni syurga, Nabi SAW menjadi saksi untuknya dengan ganjaran itu melalui jelas amalan solehnya dan sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Baginda SAW oleh Allah SWT tentangnya(Abu Bakr r.a) akan tetapi ketika Abu Bakr r.a bertanyakan dengan menggunakan lafaz umum dan beliau tidak mengkhususkan soalan untuk situasinya sahaja,maka jawapan juga dalam bentuk umum.
Sesungguhnya Nabi SAW telah menerangkan pengkhususan kepada Abu Bakr yang mana beliau (Abu Bakr r.a) tidak termasuk dikalangan orang yang melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan terhapusnya amalan, baik yang dahulu mahupun yang kemudian setelah kewafatan Nabi SAW adalah melalui keutamaan yang ditunjukkan oleh baginda SAW secara khusus untuknya serta melalui pengkhabaran jaminan ganjaran yang tersedia untuknya di sisi Allah SWT berupa kebaikan, pahala yang besar dan tempat kembali yang mulia.
Qadhi Abu Wulaid r.a berkata: bagi pendapatku, satu jawapan dari sudut yang lain iaitu Nabi SAW berkata: “Aku menjadi saksi kepada mereka dengan apa yang aku telah menyaksikan perjuangan di medan jihad yang menyebabkan mereka gugur di jalan Allah SWT.
Oleh yang demikian, seseorang yang ada pada hari ini tidak dianggap seorang syahid; ia berjuang dan terselamat daripada terkorban seperti Ali, Talhah, Abu Talhah dan yang lain-lain yang tercedera pada hari itu dan siapa yang lebih utama daripada kebanyakan mereka yang terkorban pada hari itu? Akan tetapi hukum ini hanya dikhususkan kepada sesiapa yang perjuangan jihadnya disaksikan oleh Nabi SAW sehingga mereka terkorban.
Ini semakna dengan sabda Nabi SAW kepada Abu Bakr r.a “Benar, tetapi aku tidak tahu apa yang kalian lakukan sepeninggalan aku nanti, tidak beerti perbuatan itu bertentangan dengan syariat tetapi Nabi SAW maksudkan adalah segala perbuatan, baik yang selari dengan syariat mahupun tidak. Bermakna, apa yang kalian kerjakan selepas kewafatanku, aku tidak dapat melihatnya. Maka aku tidak dapat bersaksi (mengakuinya di hadapan Allah SWT kelak) kepada kalian sungguhpun aku yakin ada dalam kalangan kalian yang mati dalam keadaan membawa amalan yang diredhaiNya. Kecuali amal perbuatan itu tidak dijelaskan kepadaku satu persatu oleh Allah SWT perilaku mereka seperti: si fulan ini akan berjuang di sekian tempat, si fulan itu pula akan membunuh Zaid atau ia dibunuh oleh ‘Amar.
Lantaran itu, aku tidak dapat menjadi saksi setiap perbuatan dan segala amalan yang kamu akan lakukan sebagaimana yang ku lakukan untuk ahli Uhud kerana aku telah mengetahui perihal mereka.. Kalaupun ada beberapa perbuatan kamu yang telah ku tahu (sebelum ia dilakukan), hanyalah kerana wahyu dan maklumat yang disampaikan oleh Allah SWT kepadaku”. Atas sebab ini, maka Nabi SAW bersabda sebegitu : “akan tetapi aku tidak tahu apa yang kalian lakukan selepas kewafatanku” sebagai merujuk kepada seluruh sahabat termasuk Abu Bakr r.a dan selainnya.
(Bahagian) kata-katanya “ lalu Abu Bakr r.a menangis dan menangis kemudian beliau berkata, adakah kami betul-betul akan hidup selepas kamu?” beliau ingin menangis lagi dan mengulanginya dan nampak jelas dengan kata-katanya: “apakah kami akan benar-benar hidup selepas kamu seolah-olah beliau sangat risau untuk hidup sepeninggalan Nabi SAW dan akan keseorangan tanpa baginda. Keberkatan dan nikmat untuk ummatnya akan pergi jua.
Ini menunjukkan bahawa Abu Bakr r.a sangat faham akan sabdaan Nabi SAW: “Benar, akan tetapi aku tidak tahu apa yang kalian lakukan sepeninggalanku nanti” kerana tidak patut bagi Abu Bakr r.a untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan lari dari jalan Nabi SAW. Ini kerana tangisannya itu adalah sangat bersesuaian baginya (yang mana difahami oleh Nabi SAW apa yang ditangisi oleh Abu Bakr r.a) dan hukumnya atas perkara tersebut (pemahaman Nabi SAW itu) berdasarkan kepada apa yang telah Abu Bakr r.a ungkapan sebelum ini (iaitu; Adakah kami masih wujud selepas peninggalan mu??), sedangkan (Abu Bakr r.a tidak katakan): sesungguhnya kami telah mengadakan perkara baru sepeninggalanmu yang menghalang dari jalanmu dan kami menyalahi jalanmu??
Oleh itu jelas beliau tidak berkata sedimikian dan bukan menangis kerana itu. Beliau menangis disebabkan akan berlaku perpisahan dengan Nabi SAW dan beliau pula akan hidup selepas kewafatan baginda SAW dan kita akan sedar bahawa beliau faham akan berlaku seperti itu sebagaimana kita sebutkan di awal tadi. Wallahu’alam.(al-Baji, Syarah Muwatto’, jil 3, ms207-208). Inilah pandangan ahli ilmu mengenai hadis ini dan nampak terang lagi bersuluh kejahilan Tijani terhadap kefahaman hadis ini dan sikap prejudis terhadap sahabat-sahabat Nabi SAW yang agung.
Adapun kata-katanya(Tijani): (aku katakan “ Nabi SAW adalah orang yang mula-mula meragui akan Abu Bakr r.a dan baginda tidak bersaksi ke atas Abu Bakr r.a kerana baginda tidak mengetahui apa yang Abu Bakr r.a akan lakukan sepeniggalannya nanti”) (Tsumma ihtadaitu, ms 129)
Maka aku menjawab:
1) Maka jelaslah bagi orang yang berakal bahawa Nabi SAW tidak memaksudkan Abu Bakar r.a dengan sabdanya: “aku tidak tahu apa yang kalian lakukan sepeninggalanku”. Akan tetapi pernyataan ini adalah umum ke atas sekalian sahabat selain daripada mereka yang mendapat penyaksian Nabi SAW.
2) Seseorang Muslim perlu yakin tanpa sebarang keraguan, dan sudah maklum bahawa Nabi SAW telah bersaksi bahawa Abu Bakar r.a akan masuk syurga yang terdapat dalam banyak riwayat, salah satunya adalah apa yang diriwayatkan oleh al-Termizi dan at-Tobrani dalam Mu’jam Kabir daripada ‘Aaisyah: sesungguhnya Abu Bakar masuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan baginda bersabda: “ Engkau telah Allah selamatkan daripada neraka”(Sunan Termizi:3679) dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Musa al-‘Asya’ari dalam satu bahagian(hadis itu) : “ Abu Bakr r.a telah datang lalu mengetuk pintu, dan aku bertanya “siapakah itu?” Maka beliau menjawab “Abu Bakar…… kemudian aku pergi maka aku katakana: “Wahai Rasulallah, Abu Bakr r.a datang meminta izin (untuk masuk). Lalu baginda menjawab: “Berilah keizinan padanya dan sampaikan berita gembira kepadanya bahawa beliau akan masuk Syurga”. Aku pun kembali dan berkata kepada Abu Bakr r.a: “Masuklah, Nabi SAW telah memberi berita gembira padamu dengan ganjaran syurga” (Sahih al-Bukhari, jil 3 no 3471)
Diriwayatkan oleh Imam Termizi dari Abdur Rahman Bin ‘Auf beliau berkata: Nabi SAW telah bersabda “Abu Bakr r.a di dalam syurga dan…..” (Sunan Termizi:3746). Diriwayatkan juga oleh Imam Termizi daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a beliau berkata: “Aku telah bersama Rasulullah SAW , ketika Abu Bakr r.a dan ‘Umar muncul, Nabi SAW telah bersabda : “Dua orang ini akan menjadi ketua orang-orang yang senior daripada kalangan penduduk syurga, daripada kalangan terdahulu dan kemudian selepas para anbiya’ dan rasul-rasul. Wahai Ali, jangan beritahu mereka.” (Sunan Termizi:3665).
Allah SWT telah menetapkan sahabat Nabi SAW yang agung ini menjadi pendamping baginda seperti yang terdapat dalam firmanNya “kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita…..". (Surah at-taubah:40)
Dalam ayat al-Quran tersebut, ia menunjukkan kelebihan dan keutamaan yang ada pada Abu Bakr r.a kerana beliau sahaja yang mengiringi Nabi SAW pada perjalanan itu dan melindunginya (Nabi SAW) (Fathul Bari, jil 7, ms 12). Kerana itu, Sufyan Bin ‘Uyainah rhm dan selainnya berkata: “Sesungguhnya Allah SWT pernah menegur kelakuan mereka semua kepada Nabi SAW kecuali Abu Bakr r.a. (Allah SWT tak pernah tegur)”.
Dan beliau berkata lagi: “Sesiapa yang mengingkari bahawa Abu Bakr r.a sebagai sahabat, maka ia telah kafir kerana ia telah mendustai al-Quran!!”
Sumber: بل ضللت كشف أضاليل التيجاني في كتابه ثم اهتديت karangan خالد العسقلاني
Ahad, April 24, 2011 | Labels: Bahasa Arab, Terjemahan | 0 Comments