Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Selamat Menghadapi 'Final Exam' !!!

Assalamualaikum WBT.

Kawan-kawan semua dah nak final exam kan. Jangan lupa baca doa supaya Allah mudahkan exam kita. Amin!!

Allah huma la sahla illa ma ja'altahu sahla wanta taj'al al hazn iza shi'ta sahla :

اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

Untuk takhrij hadeeth doa di atas, sila baca di sini:
[TAKHRIJ] Status Hadis doa ketika susah

read more "Selamat Menghadapi 'Final Exam' !!!"

Mimpi Bahasa Arab????



“Kalau kamu nak betul-betul pandai bahasa arab,kamu kena belajarnya sampai kamu termimpi akannya”. lebih kurang kata Xifu Naser pada hari pertama(1/3) minggu lepas. Betul ke apa yang dia cakap ini?. Masa itu ramai pelajar kursus intensif bahasa arabnya macam dah tergelak-gelak dia buat lawak macam itu.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari,salah seorang itu betul-betul termimpi mengajar bahasa arab dan datang mengadu kepada Xifu pada hari ini(8/3). Apa lagi dalam mesejnya, Xifu bagitau “Wah! Syukur Alhamdulillah, hari ni pun dah terjemah teks ulama. Next week byk lg teks. insyaAllah kawen cepat juga, blh ajar anak2 plak cam mimpi”. Mesej habis macam itu..

p/s: salah seorang itu siapa ye? Dia kemungkinan adalah pengembara dalam blog ini. Ameeeen!!

أللهم اجعلني من الناجحين في دراسة هذه اللغة القرنية ! اللهم آمين

read more "Mimpi Bahasa Arab????"

Apa yang aku nak jadi ye?


Usai kelas Manu Auto Lab semalam dan midterm Exam, kadang-kadang terlintas juga di benak fikiran ini apakah nasib yang akan di alami nanti dimana bidang kejuruteraan ini sangat luas dan mencabar. Kali ini masuk makmal Computer Integrated Circuit(CIM) dan belajar mengenai Programmable Logic Controller (PLC). PLC sangat penting dalam penggunaan seharian seperti yang kita lihat bagaimana sebuah komuter dipandu tanpa ada seorang driver dan sekian banyak aplikasinya. Subjek-subjek yang diambil(KEJuT-Tera-An) tak pernah memberi peluang untukku satu senyuman lebar dibibir. Ini merupakan satu fenomena biasa bagi pelajar engineering. Tapi sebolehnya kita tak mahu jadi macam itu,mungkin kena ada pemangkin untuk menaikkan semangat ini.

Sebenarnya cita-cita untuk menjadi seorang jurutera ini telah tertanam dalam diri ini semenjak di bangku sekolah rendah lagi. Bila guru bertanya “apa cita-cita kamu nanti dewasa nanti?” tiada jawapan lain yang diberikan melainkan “nak jadi seorang jurutera”. Apa benda ‘jurutera’ itu pun tak tahu. Dulu, lepas mendapat keputusan cemerlang UPSR,dalam perancangan nak minta masuk MRSM juga tapi kehendak ayah untuk masuk di SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki telah me’lupa’kan sekejap MRSM. Memang dalam masa yang sama, minat terhadap agama sangat mendalam sejak dulu lagi. Bila dah habis SPM, apalah kurusus yang nak dipilih ntuk disambung ke peringkat lebih tinggi. Em, terus dipilih bidang kejuruteraan kerana dah itu cita-cita dari kecil (pantas sungguh masa). Tapi bila dah masuk ke dalam bidang ini, SubhanAllah memang sangat berat untuk dipikul. Berat-berat pun, sekarang dah masuk tahun ke3 dan hanya tinggal setahun untuk subjek kejuruteraan dan setahun untuk bidang minor IRK(kalau diluluskan permohonan). Tapi terasa mahu juga berada dalam keadaan ‘selesa’ dari segi pengajian, tapi entahlah apa yang tak kena.

Ada satu contoh,diri penulis ini ada beberapa kenalan wanita daripada waktu matrikulasi di Petaling Jaya lagi. Nak diceritakan beberapa kenalan ini, penulis baru mengetahui sudah mempunyai pasangan masing-masing. Boleh dikatakan “bercinta dalam sangkar yang sama”. Mereka semua asal dari matrik dah kira cemerlang, tapi penulis dapat rasakan selepas mereka bercinta, keputusan mereka sangat cemerlang sampai sudah beberapa kali tersenarai dalam senarai dekan kuliyah.

Nah, inikah eloknya bercinta sebelum kahwin; result exam semakin cemerlang? Bagi diri penulis, apa-apa benda pun akan kembali kepada ilmu. Islam tertegak atas dasar hujjah. Bercinta tak salah sebab ia merupakan satu fitrah manusia. Sesiapa yang tak ada perasaan cinta,maka ia ada something tak kena. Tapi kita sepatutnya ada garis panduan yang agama tetapkan. Kebimbangan terhadap perubahan yang berlaku pada diri seseorang daripada dulunya malu-malu untuk buat kesalahan di depan khalayak ramai kepada menjadi ‘muka tebal’ banyak terjadi selepas cinta luar kahwin ini. Dalam buku Kisah Cinta Dalam Al-Quran oleh TG Nik Abdul Aziz;

“Teknologi masa kini boleh dimanfaatkan untuk menyemarakkan rasa cinta. Ada yang menyemai rasa cinta menerusi internet, emel, SMS, bahkan terkini, teknologi 3G yang baru diperkenalkan jugak boleh digunakan untuk menyemarakkan rasa cinta. Sungguhpun, cara lama seperti berutus surat masih lagi diamalkan. Perbuatan menghantar SMS atau surat tidak membawa dosa ke atas ndividu pengirimnya, namun apa yang perlu diambil kira ialah adakah dia boleh menjamin bahawa SMS atau surat yang dikirim itu tidak membawa kemudaratan kepada dirinya ataupun kepada si penerima. Ini semua bergantung kepada hidayah Allah untuk mengelak dirinya daripada kemudaratan.”

Maka cinta yang sebenar adalah cinta kita kepada Rabbuna.

Al-Quran berpesan;

“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah mengasihimu”

Ali-Imran: ayat 31

Seseorang yang mendakwa mencintai Allah,selazimnya bagi orang itu menyintai Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya,serta mengikuti dan melaksanakan petunjuknya.

Penulis rasakan bahawa cinta luar kahwin dapat menyebabkan result semakin tinggi adalah merupakan satu ujian bagi kita. Ini semua talbis iblis(perangkap syaitan) untuk kita. Kadang-kadang kita merasakan kekayaan itu suatu nikmat tetapi hakikat sebenarnya jika kita tak gunakan ia sebagai suatu kebajikan,maka jadilah ia suatu ujian untuk melalaikan lagi kita kepada yang Maha Kaya.

Oh, bilakah diri ini akan dapat merasai cinta yang sebenar?

Pengembara perjalanan yang jauh......

read more "Apa yang aku nak jadi ye?"

apa yang perlu disyukuri..















kejadian yang hampir membawa diri ini menghadap kepadaNYA terlebih awal. Tetapi Maha Besar Mu Ya Rabbi telah memberi peluang dan ruang untuk mengetuk pintu taubatMu..

kenapa diri ini sungguh degil?

p/s: Berlaku sewaktu pulang ke kampong sempena cuti tahun baru cina. kereta hilang kawalan dan terjunam kedalam gaung yang mempunyai ketinggian sebuah rumah.



read more " apa yang perlu disyukuri.."

Sifat 20 Ibarat Ubat. Sesuai untuk mengubat penyakit

penulis sengaja bawa isu ini kerana banyak polemik mengenainya...




read more "Sifat 20 Ibarat Ubat. Sesuai untuk mengubat penyakit"