Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Menyepi Seketika(sedikit coretan)

Melihatkan blog-blog sahabat yang aktif membuatkan penulis terasa diri ini semakin nampak semacam ‘malas’.

Penulis akui, hari-hari yang dilalui semakin hari semakin sibuk tetapi ianya bukan suatu alasan yang patut diberikan kerana semua orang ada kesibukan tersendiri.

Entah, mungkin dengan kehadiran ‘orang ketiga’ memungkinkan diri ini untuk tidak dapat aktif menulis buat sementara waktu. Maklumlah banyak perkara perlu disesuaikan dengan hidup yang baru.

Rasanya, membesarkan anak yang baru lahir adalh lebih penting daripada menyibukkan benda lain. Kalau boleh ibu bapa pasti mahu memberi tumpuan sepenuhnya tumbesaran anak yang baru lahir.

Tak boleh dinafikan awal kelahiran bayi adalah amat memcabar kesabaran ibu bapa kerana bayi tersebut baru saja singgah ke dunia barunya. Dan dia lebih ‘sayangkan’ tangisannya daripada lena ibu bapanya.

Alhamdulillah semua itu dapat ditempuhi dengan baik sekali,walaupun tak sampai tahap cemerlang dek kerana pertama kali menimang cahaya mata ini.

Siapa kata kahwin masa belajar akan membebankan pelajaran?? Perkahwinan tak membebankan tapi diri sendiri yang menyusahkan diri sendiri. Dan yang kami berdua boleh jadi tersenyum adalah orang lain yang rasa terbeban dan susahJ.

“Tak susah ke kahwin masa belajar? “

“Macam mana nak bayar pinjaman kereta dan sewa rumah? Makan minum macam mana?”

“Anak yang lahir nanti nak letak di mana?”

Dialog-dialog seperti itu hanyalah menjadikan orang lemah semangat…sepatutnya berkata begini

“baguslah kalau dah bertekad nak kahwin awal-awal, nanti apa-apa berlaku susah senang bersama ye.”

“sebenarnya yang couple2 tu orang yang tak bertanggungjawab pada pasangan masing2,buat apa nak seronok2 sebelum kahwin,nak ke diaorang buat dosa dulu sebelum kahwin”

“Mesti dah ada tempat pengasuh atau educare centre ye untuk letak baby nanti”

Kan sedap cakap begitu..orang yang couple2 tak tanya pulak soalan yang melemahkan semangat mereka untuk keluar dating.

Syukur pada ALLAH SWT, akhirnya penulis dapat menamatkan pelajaran sekarang setelah berakhirnya Final Year Priject presentation 2,3 hari lepas. Sekarang pula sedang mengikuti kursus AutoCAD software untuk mendapatkan sijil associate professional . Dan lepas ini akan menyiapkan poster projek tahun akhir. Dikhabarkan professor minta tajuk projek kami masuk dalam University Competition. Entahlah nak masuk ke tidak.

Part time job alhamdulillah semakin banyak, jadi tak perlu dirisaukan sangat tentang rezeki. Hanya perlu ada satu perkataan dalam diri iaitu KESABARAN.

Mok,Abah…anakmu dah realisasikan cita-cita untuk menamatkan pelajaran peringkat Ijazah sarjana muda dalam bidang Engineering..

“Qayyum,apa cita-cita kamu?”. Cikgu sekolah rendahku bertanya

“Nak jadi jurutera”. Aku menjawab dengan tidak tahu apa makna jurutera itu..

Semoga ALLAH permudahkan lagi hidup ini..

Rabbi Yassir, wa la tu’assir..

Inna ma’al ‘usri yusraa

read more "Menyepi Seketika(sedikit coretan)"

Mawar Penawar (WardatusSyifaa’)



Alhamdulillah, ALLAH SWT telah memudahkan urusan kami. Tepat pukul 5.31 pagi hari Jumaat 30hb Julai 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431H,anak sulung kami telah diputerikan. Semoga anakanda menjadi anak yang berguna pada agama,keluarga dan negara serta kakak yang membimbing adik-adik:-)


dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

[al-Furqan:74]

read more "Mawar Penawar (WardatusSyifaa’)"

Pembahagian Syirik

Assalamua’laikum WBT,

InsyaALLAH saya sekadar kemampuan akan menterjemah satu pelajaran penting untuk masyarakat umum yang dipetik daripada risalah الدروس المهمّة لعامة الأمة (Pelajaran-pelajaran penting untuk masyarakat umum) oleh Samahatu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin ‘Abdullah Bin Baaz rhm., mantan ketua mufti Arab Saudi .

Pelajaran yang dimaksudkan adalah أقسام الشرك (bahagian-bahagian syirik). Walaupun ada sebahagian kita sudah tahu, tapi ini sebagai peringatan untuk kita dan kita boleh menambah perkataan arab. Kalau ada faedah tatabahasa yang mudah, insyaAllah saya akan jelaskan.

أقسامُ الشركِ ثلاثةٌ[1]

Bahagian-bahagian syirik ada tiga:

1) شِركٌ أكبرُ [2]

Syirik besar

2) وشِركٌ أصغرُ

Syirik kecil

3) وشِركٌ خفيٌّ

Syirik tersembunyi

read more "Pembahagian Syirik"

[sambungan akhir] Di Sini Kami Belajar

Penantian suatu penyeksaan, tetapi menggembirakan

Seminggu selepas itu berlalu, masih tiada orang menghubungi kami. Kadang-kadang rasa terkilan di hati membuah. Usaha dah dilakukan,doa pun sudah tetapi hasil belum kunjung tiba. Adakah orang tidak mempedulikan iklan tersebut? Oh Tuhan, timpakanlah ujian yang sesuai dengan keupayaan hambaMu ini ya ALLAH. Di saat itu, pujukan isteri telah meredakan ke’sakit’an dalam diri ini.

Di suatu tengahari, aku tertidur di surau bangunan Engineering UIA selepas kelas. Sedang aku asyik dibuai tidur itu, telefon aku berbunyi dengan kuatnya dan mengejutkan aku yang sedak nyenyak itu. Aku menjawab telefon dari nombor yang tidak dikenali itu dengan mamai sahaja. Hendak saja aku off telefon itu. Selepas memperkenalkan diri dengan nama Kak Nor, dia menyatakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat mengaji al-Quran. Aku yang nyenyak tadi terus bingkas bangun dengan lajunya. Aku tanya bagaimana dapat tahu nombor aku ini. Dia katakan bahawa dia ada terbaca iklan aku dalam timbunan surat di rumahnya. Bukan kepalang aku gembira. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana menggerakkan hatinya untuk membaca iklan aku itu.

Dalam perbualan tersebut, kami saling berkenalan dalam rangka memudahkan perjumpaan nanti. Katanya, dia hanya memerlukan Ustazah dan bukan ustaz. Dalam kotak fikiranku, memang dah nampak wajah ‘orang rumah’ aku yang boleh mengajar kerana dia pun punyai asas bacaan al-Quran yang baik melalui siri tadarus al-Quran kami di rumah. Tapi hairan juga, aku hanya letakkan nama aku sebagai orang yang perlu dihubungi. Tiada nama perempuan tetapi dia tetap menghubungiku. Di situ kesyukuranku bertambah.

dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(surah Ibrahim: 7)

Katanya lagi, dia dah pernah ada guru lelaki sebelum ini,tapi ada masalah sikit. Aku tak mahu bertanya lebih. Dia juga ada tanyakan bagaimana dengan bayarannya. Pada waktu itu, aku katakan bahawa kami tak kisah dengan bayaran, ikut kemampuan yang dapat diberi. Dia beritahu bahawa dia kerja dengan suaminya yang meniaga.

Pada hari yang dijanjikan, aku pergi ke rumahnya bersama isteri untuk berkenal-kenal dengan lebih dekat berpandukan alamat yang diberikannya. Aku masih ingat,aku pergi pada waktu malam kerana petang dia agak sibuk sikit. Aku tak kisah bila-bila pun. Agak susah juga nak cari rumahnya kerana kami tak biasa dengan kawasan Taman Melati. Seperti alamat yang tertera, aku cuba menekan loceng rumah hampir 2,3 kali juga. Tiba-tiba seorang perempuan keluar, aku kira orang gajinya. Dia cuba memberitahu

“Kenapa masuk rumah melalui pintu belakang? Masuk dari depan la”

Ya Allah, aku ingat pintu depan dah. Rupanya yang kawasan tepi jalan itu masih rumahnya. Aku lihat dari jauh sikit, besarnya rumah! Oh ,aku ingatkan suaminya ‘meniaga’ rupanya businessman. Haishh….

Kita tinggalkan kisah rumahnya, itu hal dia. Itu rezeki dia, masing-masing dah ada rezeki yang Allah tentukan. Tapi syukurlah mereka bukanlah orang yang sombong dan mereka layan kami dengan baik sekali sebagai tetamu bukan sebagai pekerja. Agak asyik sekali bersembang dengan mereka berdua. Dia ada juga menceritakan mengapa lebih memilih ustazah dan bukannya seorang ustaz.

Kelas bermula seminggu lepas itu dan tidak lama selepas itu rezeki kami datang lagi. Kali ini seorang berpangkat kakak juga yang menghubungi kami. Dan seperti biasa kami mengatur pertemuan untuk berkenalan. Kakak itu dalam umur lewat 20-an. Kami berjumpa di sebuah restoran pada suatu petang.

Kejutan kali ini lain sikit kerana kami berjumpa dengan kakak yang free-hair. Kami pada mulanya agak terkejut tetapi buat selamba saja. Dia mahukan anaknya dan dia sendiri untuk diajar ilmu mengaji al-Quran. Aku awalnya boleh saja nak mengajar tetapi memandangkan kakak itu agak muda lagi dan untuk membendung apa-apa kemungkinan, aku serahkan pada isteriku untuk mengajarnya.

Dan lepas-lepas itu,Alhamdulillah rezeki datang lagi. Seorang peniaga menghubungiku untuk mendapatkan khidmat mengajar al-Quran untuk dua orang anak perempuannya. Cerita anak-anaknya pernah ku coretkan di http://abu-muawiyah.blogspot.com/2009/12/realiti-masyarakat-yang-sebenar.html

Perjalanan jauh tak terkira

Hari demi hari, perjalanan hidup kami makin sibuk. Pagi sampai petang belajar di kuliah, sebelah malam keluar bekerja. Walaupun nampak agak letih, tapi perasaan kami semakin gembira kerana sekurang-kurangnya kami dapat buat sesuatu untuk keluarga,bukannya bergantung pada orang tua di kampung. Dengan kandungan isteriku makin membesar, begitulah semangatnya makin mem’besar’ juga mengingatkan persediaann untuk anak dalam perut.

Bila kandungan makin membesar, baru terlintas untuk memiliki kereta pula. Ini fenomena biasa bila berkeluarga. Ramai yang menasihati kami untuk memiliki kereta dan tak kurang yang tak menyokong. Biasalah asam garam kehidupan,mana ada semua orang puashati apa yang kita rancangkan. Bagi yang tak menyokong, aku katakan bahawa tak perlu bimbang mengenai wang bayaran,aku hanya memerlukan sokongan dari segi moral sahaja. Nak memiliki kerta pun bukan untuk bermewah-mewah,tapi memandangkan kami sibuk dengan bgergerak ke sana-sini ditambah lagi isteri sedang berbadan dua pula. Adalah sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka tidak menyokong.

Seingat aku, usaha untuk mendapatkan kereta dilakukan akhir tahun lepas lagi. Selaku berstatus pelajar, amatlah susah untuk mendapatkan pinjaman bank. Pinjaman telah dimohon dari beberapa bank tapi tak berjaya kerana aku mengalami masalah penjamin. Aku dimaklumkan bahawa penjamin yang aku cadangkan telah ditolak oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu. Alahai, aku ingatkan polisi bank sama dengan dulu, tapi polisi sekarang agak ketat berbanding dulu. Penyata buku bank sudah tak dapat digunakan lagi. Kena ada slip gaji. Ada juga yang ingin membantu untuk guna nama syarikatnya, tapi janji tinggal janji.

Akhirnya, ada saudara aku sanggup membantu untuk jadi penjamin dan aku berjanji untuk tidak menghampakannya. Ini kerana jika aku gagal bayar pinjaman bulanan, masalah akan berlaku pada akaun penjamin. Aku kena buktikan bahawa aku dapat bayar tiap-tiap bulan. Aku berdoa,jika niat aku membeli kereta untuk sesuatu yang perlu, moga ALLAH akan membantuku dari setiap sudut. Kali ini, permohonan untuk mendapatkan pinjaman telah berjaya. Aku terus membayar wang pendahuluan melalui wakil jualan kereta merangkap sahabatku.

Setelah urusan perjanjian selesai, sahabatku telah menghantar kereta berjenama Perodua VIVA 1.0 EZ kepadaku. Masa aku menerima kereta tersebut, aku tengah sibuk menyiapkan projek akhir tahun untuk pelajar kejuruteraan. Bercampur baur perasaan pada waktu itu antara nak menyiapkan projek yang banyak lagi dan menerima ‘orang’ baru dalam hidup. Tapi apapun,perasaan gembira tak dapat disembunyikan kerana inilah pertama kali aku dapat membeli kereta baru. Apalagi, aku terus memandu kereta yang berautomasi automatik itu dan menghantar pulang Ummu Muawiyah ke rumah. Dia hanya senyum memanjang bilamana menaiki kereta tersebut.

“Alhamdulillah bolehlah kita pergi ke tempat kerja dengan kereta ni ye bang”, katanya dalam nada gembira

Bukannya mudah untuk memiliki kereta tersebut. Lebih 2 bulan diusahakan untuk dapatkan dan kadang-kadang hampir putus asa untuk meneruskan. Tapi mengingatkan orang tengah mengandung, kesian pula ke sana-sini membonceng motorsikal.

Latihan industri

Bermula awal bula April, aku ditempatkan di syarikat Perunding Azfar sebagai tempat latihan industri. Ianya satu kursus yang wajib untuk pelajar kejuruteraan. Aku pernah coretkan mengenainya di http://abu-muawiyah.blogspot.com/2010/04/latihan-industri.html

Sepanjang tempoh latihan industri, banyak masa aku habiskan di dalam pejabat. Masuk kerja pukul 9 pagi dan balik 6 petang. Sebelah malam kami berdua mengajar dan hari minggu pun ada juga mengajar. Boleh dikatakan masa agak padat. Kalau ada hari kelas dibatalkan, kami akan pergi ke kuliah-kuliah agama anjuran sahabat-sahabat INTIS dan biasanya akan diberitahu melalui SMS oleh http://lobaitampin.blogspot.com/

Semakin padat jadual,semakin bijak masa digunakan. Mungkin inilah pelajaran yang aku dan isteri dapati bila kahwin masa belajar ini. Aku kena pandai mengurus rumahtangga dengan pembacaan dan khidmat nasihat daripada ahli keluarga dan sahabat handai.

3 bulan hampir berlalu membawa makna latihan industri hampir tamat. Aku sibuk untuk buat persediaan nak balik kampung untuk menenangkan fikiran sekejap sambil merehatkan sedikit adik kecik dalam perut yang selalu menendang ibunya. Sekali sekala sakit juga perut ibu kerana ianya tersangat aktif. Tunggulah nanti keluar,ayah nak cubit kaki yang kuat menendang itu. Nak balik kampung untuk urusan mengurut dan menyiapkan rumah sebagai persediaan menyambut ‘orang ketiga’ ini.

Sehingga hari ini aku masih belajar erti kehidupan ini. Kekhilafan dalam hubungan suami isteri mesti wujud dan aku belajar untuk bijak mengatasinya. Keegoan mesti dikurangkan kerana ianya boleh ‘membunuh’!! tapi sape tak sayang bini woiiii.. sedangkan pungguk rindukan bulan,inikan pula suami isteri(macam salah je peribahasa ni dan memang salah pun)

“oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.”

(Al-Hud: 112)

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”

(Al-Ankabut: 69)

read more "[sambungan akhir] Di Sini Kami Belajar"