Rehlah Makkiyah 1
19 Julai
· Melakukan umrah yang pertama
· Menghadiri kuliah maghrib Ketua Mufti Arab Saudi as-Syaikh Abdul Aziz ‘alu Syaikh hafizahullah. Sudah lama ingin berdepan dengan beliau kerana selama ini hanya sempat mendengar ceramah melalui internet sahaja.
· Gambar di bawah menunjukkan tempat dimana Kibar Ulama menyampaikan kuliah selepas maghrib. Kerusi ini terletak menghadap maqam Nabi Ibrahim a.s.
20 Julai
· Menghadiri kuliah maghrib salah seorang Kibar Ulama(ulam senior) Arab Saudi as-Syaikh Solah al-Luhaidan hafizahullah.
21 Julai
· Bermusafir ke Kota Madinah Nabawiyyah pada malam hari.
222 Julai
· Bersolat Jumaat pertama kali di Masjid Nabawiyy.
· Bertemu dengan seorang pelajar Malaysia yang sedang menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang hadis, Ust Abdul Rahman @IbnuAbihi dan mengambil isitifadah dengan beliau.
· Kenangan berada dalam majlis ilmu seorang lagi daripada anggota jawatankuasa kibar Ulama Arab Saudi iaitu as-Syaikh Mukhtar as-Syanqithi hafizahullah. Beliau memberi kuliah lepas solat Asar dengan mensyarahkan kitab Umdatul Ahkam yang menghuraikan hadis-hadis hukum.
· Mengadakan liqa tertutup bersama ulama Bahasa Arab yang banyak berjasa kepada umat seluruh dunia terutama kepada pelajar-pelajar Universiti Islam Madinah iaitu Dr V. Abdur Raheem hazfizahullah. Sudah lama hajat di hati ingin bersemuka dengan beliau. Pada hari ini, bukan sahaja dapat bertemu malah dapat berkongsi-kongsi pengalaman dan bertanya secara langsung dengan beliau.
23 Julai
· Bersiar-siar sekitar bandar Madinah dan tempat-tempat bersejarah tempat berlakunya perang Uhud, pernag Khandak dan sebagainya. Aktiviti ini telah dipandu oleh pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Islam Madinah, saudara Shafiq.
Sabtu, September 17, 2011 | | 0 Comments