Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Aku jadi saksi bahawa...

Assalamua’laikum WBT.

Alhamdulillah, hari ini pengalaman pertama diriku menjadi saksi akad nikah sepasang warga Maldives.

Usai solat Jumaat di Masjid UIA, diriku terus mencapai kereta kawan untuk bergerak menuju ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Waktu yang dijanjikan adalah tepat pukul 3.30 ptg tetapi aku dan seorang lagi sahabat menuju lebih awal bimbang terlambat pula.

Sesampai di sana,pasangan itu memang belum muncul lagi sebab katanya pemandu teksi berputar-putar mencari pejabat agama itu(logik ke seorang pemandu yang cekap dengan jalan boleh juga keliru??).

Syukur, akhirnya mereka tiba pada pukul 4.15ptg. kami cepat-cepat bertanyakan tentang imam yang akan membuat lafaz akad nikah tersebut. Bila dah sedia semua termasuk isi borang yang belum terisi lagi,tandatangan saksi dan sebagainya, dengan hanya berbajukan t-shirt sahaja, pengantin lelaki tersebut akhirnya berjaya menjadi seorang suami yang sah kepada perempuan itu setelah kami berdua menge’sah’kan akad itu.hehe

Selasai sahaja acara itu, kami berdua terus mengucapkan doa sebagaimana sunnah Nabi SAW ajarkan;

بارَك اللهُ لك, وبارك عليك, وَجَمَعَ بَينكُما فِي خَيرٍ

(Allah memberkati untukmu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.)

(HR. Ashabus Sunan kecuali An Nasai dan lihat Shahih Tirmidzi 1/317)

p/s: bila agaknya orang nak bacakan doa ini untukku??

read more "Aku jadi saksi bahawa..."

Bab 1(Kembara Sepasang Kekasih).

Bermula sebuah pengembaraan yang jauh

“Haah,kau nak pergi ke Yaman? Biar betul kau!! Kenapa aku lambat tahu?? Sampai hati kau Ziyad tak bagitau aku. Tiadalah rakan yang lebih baik yang aku ada melainkan kau,tapi senyap-senyap je kau pergi ye. Apa tujuan kau kesana bersama-sama Qammurah[1] tersayang kau tu?”. Salman mula bertanya pada sahabat karibnya.

“Maaf kan aku,aku ke sana bukan untuk bersukaria bersama kekasih intan berlian aku ni(Ziyad pernah memanggil begitu), tapi pemergianku ke sana adalah demi sebuah pengorbanan. Mungkin di sana adalah penentu nasib hidup kami. Hanya kepadaNYA kami mampu berserah. Bayangkanlah betapa peritnya perasaan zaujah[2]ku yang tak pernah berpisah dengan puteri sulung kami ini akan berpisah jua buat seketika waktu demi pengorbanan sebuah cinta”. Panjang keluhan Ziyad padaku.

Salman merenung wajah si Abu Unaisah[3] ini yang penuh dengan kerutan di dahi sambil beliau mengesat pipi zaujahnya yang sudah berlinangan air mata kasih seorang ibu. Pada mulanya agak sukar bagi si ibu ini nak berjauhan dengan si Unaisah tetapi mengenangkan keadaan kesihatan puteri mereka agak kurang memuaskan mencetuskan titik perpisahan sementara ini. Mungkin bagi seorang ibu, ini merupakan semacam pertemuan terakhir dengan anak, tetapi bagi seorang bapa ianya bukanlah titik terakhir bersama(kerna orang lelaki pandai control perasaan walaupun hati sangat sayu).

Tepat pukul 2pagi,pintu bilik Salman diketuk oleh sesorang. “Oh ya,Ziyad telah memanggilku”. Salman fikir sejenak. Memang daripada tadi Salman yang menyuruh supaya mengingatkan akan tugasnya untuk menghantar mereka ke lapangan terbang kos rendah(LCCT) di Sepang. Setelah bersiap, Salman pun turun ke bilik mereka yang berhampiran dengan bilikku.

“Semua dah ada?passport,handset,kamera,dokumen dan IC?”. Salman cuba ingatkan mereka berdua. “Ziyad,ke mana si Unaisah[4]?”.Dia saja-saja tanya. “Oh,dari tadi aku dah hantar kat jiran sebelah”, Ziyad terus menjawab. Salman saja nak tengok macamana perasaan seorang ibu. Memang mata si ibu itu seakan mencari-cari sesuatu. Dalam hati Salman “nak cari buat apa,Unaisah dah kat jiran sebelahla”. Jadi, Unaisah sekarang mempunyai ibu susuan jugalah. Apa yang dihairankan, Nabi Muhammad SAW pun ada ibu susuan sendiri.

Di Lapangan Terbang

“Ya Aba Unaisah,atuhibbu bintaka?[5]” Salman cuba nak praktis Bahasa Arab di kala orang tengah stress untuk meniggalkan anak berjauhan.

“Man,kalau kau nak tahu, sekarang baru aku tahu apa perasaan ibu bapa kita terhadap anak-anak mereka. Nanti kau ada anak sendiri, barulah kau tahu betapa peritnya bila nak berjauhan. Cuba kau bayangkan ‘darah daging’ berpisah dengan tubuh,boleh ke,boleh ke??” Panjang pula syarahan Ziyad pada soalan kurang cerdik Salman itu.

Ziyad sambung lagi “memang benar seteruk manapun ibubapa itu,pasti dia akan ‘tewas’ dengan naluri kasih seorang ibu atau bapa kepada seorang anak,kecuali jika ia tidak normal atau paranormal”. “ish,sempat lagi dia nak melawak dalam keadaan sedih macam ini”. Getus hati Salman.

“Betul3x”. Salman membalas lawakan sahabatnya itu. Dalam fikirannya,bila disebut tentang ibubapa,teringat pula akan ayat al-Quran dimana Allah ada menyebut

"Dan Rabb-mu telah memerintahkan kepada manusia janganlah ia beribadah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kepada keduanya 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya" [Al-Isra : 23]

Wajah isteri Ziyad, Mustatirah[6] agak lesu. Jauh renungannya kearah kereta terbang[7] di situ. Anak sudah tiada di sisi, perjalanan tinggal sejam lagi.

Satu pengumuman kedengaran bahawa penerbangan ke Yaman akan bertolak setengah jam lagi. Masa itu, semua penumpang perlu berada dalam keadaan siap sedia di tempat menunggu.

Setengah jam kemudian iaitu tepat pukul 4.45 pagi, mereka berdua sudah menaiki tangga pesawat Boieng 767 milik sistem penerbangan Malaysia(MAS). Salman cuba buat-buat lambai,manalah tahu mereka nampak. Tapi malangnya pasangan itu nampak macam tergesa-gesa. Mungkin mereka ingin cepat melupakan apa yang telah berlaku,umpama seorang kekasih yang baru berputus cinta,ingin lari secepat dan sejauh mungkin daripada keadaan tersebut.

Bersambung..



[1] Bermaksud sayangku. Rujuk kamus Tematik Maulana Mohd Asri Yusoff

[2] Zaujah bermaksud isteri

[3] Ini dinamakan kuniyah(menajadi sunnah kepada kita untuk memberi pangkat “abu” kepada anak sulung)

[4] Dalam bahasa ini dinamakan isim tasghir(asalnya Anisah)

[5] “wahai abu Unaisah,adakah kamu sayang anak permpuan kamu?”

[6] Bermaksud yang tersembunyi

[7] panggilan budak kampung kepada kapal terbang

read more "Bab 1(Kembara Sepasang Kekasih)."

Kisah Sepasang Kekasih..(percubaan saja)

“Assalamualaikum WBT,hang ada idea tak nak bagi hadiah ape utk *** sempena ulangtahun perkahwinan kami?” bunyi mesej yang dihantar seorg isteri kpd ku di pagi hari..

Huuh,ape la dia ni pagi2 ganggu waktu rehatku..malas aku layan sbb ku takde idea yg bernas.. selang beberapa jam kemudian mesej berbunyi lagi “boleh tak hang tolong belikan hadiah utk ***?nanti amik duit dgnku” lebih kurang gitulah bunyi mesej..

Pikir dipikir,ape ye hadiah sesuai diberi pd *** kali ni..ape yg laki nak sgt sbg hadiah.. biasanya jam atau set lelaki yg lain..oh,stlh berbincang dgnya aku dpt idea utk bg hadiah sebuah pen parker sbb ianya sesuai bg seorg businessman spt ***.. Kali ni *** tdk tahu bhw isterinya buat komplot dgn ku utk mengenakannya..hehe

Setelah diberi wang secukupnya,tanpa berlengah aku menunggang motor EX5 ku mencari harta ‘karun’ yg perlu dibeli itu..sebenarnya kebetulan aku mmg nk keluar cari buku rujukan matematik(utk mngajar)..sesampai disana, ada lg mesej dr isterinya..ape lg nih??? Dia suruh belikan kek pulak.okla Queen,hamba akan turut ape yg kau mahukan..

Setelah setel semua,balik UIA jap utk amik barang yg masih tertinggal.. “eh,hang hantar hadiah tu kul 11 yer,dah mngantuk ni” msj baru masuk..sblum beli td dia suruh ketuk pintu kul 12pg ,nk bg kejutan..dlm hati ni dpt idea utk bg surprise utk kedua2 sahabatku ini..

Aku balas mesej “ala,aku tido luar la mlm ni,esk ptg la yer”;ringkas je aku bls yg pasti “memeritkan” buat si isteri yg mahu buat kejutan utk suaminya itu..tak senang duduk si isteri,berayat2 dia buat utk memujukku agar pulang spy program berjalan lancar.

“Maafla,aku kat shah alam ni..hidup tdk selalunya indah,langit tak selalu cerah,suram mlm tak berbintang,itulah lukisan alam”-siap bg lirik lagu Hijjaz lg utk kenakan KOW2..bnyk songeh sgt..haha,ku gelak seorng diri..dia terus jwb “sampai hati hang”..confirm stress tahap ape dah..

Ttuk2,bunyi kuketuk pintu rmh mereka berdua..*** keluar utk melihat siapa yg dtg..aku terus tnya dia utk bg panas lg “isterimu ada?aku nk jumpa jap”..dia jwb “ada,tp tk boleh jmpe”..aku frust,ok ku tunjuk brg yg dibawa,*** terus senyum tp masih tertanya2 ape bnda yg ku bawa ni. “Panggil jap isterimu tu”..kusengih tak abis2 mmbuatkan dia kepeningan..

Si isteri keluar dan sngja bertanya knape tak pergi ‘shah alam’ dan ape yg ku bawa itu.. dia terus berikan brg itu kpd suaminya yg masih pening dgn masalah yg berlaku seharian ditmpt kerja dan ditambah lg isterinya buat komplot ape plk dgn aku..

“Bi,ni utk Bi smpena ulangtahun perkahwinan kita” (Bi singkatan Habibi-kekasihku).. terus berubah wajah *** ku lihat.. tiba2 air mata mngalir dr wajah *** kerana terlalu terharu diraikan.. “Qammurah,maafkan Bi sbb lupa pasal tarikh ni”-si suami mula berkata2 perlahan2(Qammurah bermaksud SAYANGKU)..aku ada waktu tu dan hampir nk mgalir jugak air mata sbb melihatkan kasih isteri pd suami mmg tak terhingga..mana pernah sebelum ni aku melihat air mata mengalir dr wajah *** selama aku kenal dia,akhirnya dia tertewas jua dek “pukulan” kasih seorang wanita bernama isteri yg solehah.

dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa”.

(al-Furqan:74)

P/s: -kali ni gaya penulisan agak bebas sikit


read more "Kisah Sepasang Kekasih..(percubaan saja)"