Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Dedikasi Buat Seorang Yang Setia 2

Memanglah pada awalnya ibuku amat keberatan untuk melepaskan anaknya yang masih belajar ni untuk kahwin lebih awal,tambah-tambah lagi abang ku yang no2 belum berkahwin lagi. Kata orang “langkah bendul”. Apa benda bendul pun aku tak tahu.hehe. Ayah pula tak de masalah sangat, asalkan study “tak talaa”(tak terbantut) katanya. insyaAllah aku akan berusaha untuk lebih fokus pada study lepas kahwin nanti sebab dah ada orang jagaJ.

Setelah dapat meyakinkan ibuku, balik cuti sempena raya cina lepas, aku mengikat tali pertunangan dengan si dia. Kataku, aku hanya buat dalam keadaan ringkas sahaja,tak perlu grand2 pun. Tapi sebelum tu,aku cuba juga minta pendapat saudara-saudara kandungku. Bagi abang-abang,mereka tiada masalah langsung,siap nak bagi bantuan lagi. Cuma sebelah saudara perempuan agak kurang yakin dengan kemampuanku. Penat juga untuk meyakinkan mereka. Tapi akhirnya, mereka akur dengan keputusan ku.

Pada malam nak pulang ke kampung untuk bertunang, kami satu kereta telah ditimpa musibah. Kereta jatuh gaung. Pada masa itu, fikiranku bercelaru. Macam-macam difikirkan. Apakah ini kesudahan hidupku? Aku tak nampak apa-apa pada waktu itu,gelap sangat. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu itu. Lihat pada gambar di bawah


Inilah ujian pertama yang perlu aku tempuhi. Tapi bila aku fikir, aku balik ini untuk membuat satu benda yang baik, insyaAllah kesudahannya yang elok. Alhamdulillah aku tak hadapi kecederaan yang teruk, hanya luka kecil di siku.

Majlis pertunangan diadakan dengan penuh ringkas tapi adat-adat melayu masih ada. Nak buat macamana, nak jaga hati keluarga. Ada juga barang hantaran dibuat siap. Tapi kos untuk majlis tersebut tidak banyak sangat. Ibuku yang sebelum ini agak ‘menentang’, tapi pada hari tersebut dia juga yang sibuk-sibuk dan semangat. Siap beli cincin pertunangan lagi. Aku pun tak tahu menahu akan cincin tersebut. Aku asalnya cadang tak perlu pun nak bagi cincin, tapi biarlah dah dia beli.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar(ibuku yang bertudung ungu).


Maka bermulalah kehidupan yang dah ada ikatan..bersambung episod akad nikah.

read more "Dedikasi Buat Seorang Yang Setia 2"

Simpatilah pada mereka...

Aku sangat simpati pada malam ini. Melihatkan ramainya couple-couple dikawasan terbuka ini. Tika aku tengah online sambil menunggu habisnya waktu halaqah ummu Muawiyah(Dia sebagai salah seorang naqibah study circle UIA. Setiaku menunggumu..hehehe), mereka tanpa segan silu bermesra-mesra ditempat awam..

Boleh pembaca sekalian memberi sedikit cadangan bagaimana untuk memberi nasihat kepada mereka. Lagipun kebanyakan mereka kawan-kawanku juga. Malang sungguh, percintaan diluar nikah amat melalaikan. Hebat betulkan belitan iblis(talbis iblis). Mana taknya, orang azan pun tak diherankan, asyik bermesra hingga orang habis solat.

Jangan takut dengan perkahwinan, hadapi susah senang bersama. Waktu percintaan amat berbeza dengan alam perkahwinan. Boleh dikatakan ia amat menipu seseorang. Wallahul musta’an…

read more "Simpatilah pada mereka..."