Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Di sini kami belajar(catatan setahun jagung)

Dugaan yang sudah diduga

“Berkuranglah kasih sayang pada parent kau jika kau kahwin masa belajar ni”. Seseorang memberi ingatan padaku.

“Aku taknak kahwin lagi, aku nak berbakti pada mak bapak aku dulu, tak macam kau gila nak kahwin”, sindir seorang rakan.

“Eh, umur 20-25 waktu untuk enjoy dulu lah”, lagi rakan menelah.

Begitulah antara kata-kata yang perlu didengar sebagai bayaran untuk orang yang kahwin muda (betul ke muda?) sepertiku. Tapi entahlah, aku tak pedulikan kata-kata itu semua kerana untuk berjaya memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi.

Dari sehari ke sehari, boleh dikatakan bermula dari 0 mengenai rumahtangga hinggalah sekarang, aku melihat kehidupan aku dan isteri semakin dewasa. Aku bersyukur kepada Tuhan semesta alam atas kurniaan ruang waktu yang mencukupi untuk aku buktikan pada semua yang aku boleh!

p/s: sedutan daripada kisah sebenar yang akan dipaparkan pada 3hb Jun 2010 sempena setahun jagung usia perkahwinan

read more "Di sini kami belajar(catatan setahun jagung)"

Senarai Kitab Hadis 40

Assalamua'laikum WBT

sambil baca buku syarah hadis 40 oleh 4 imam (an-Nawawi,Ibu Daqiq, as-Sa'di,ibnu Utsaimin) ana terjumpa senarai kitab hadis 40 yang lain iaitu:

Senarai kitab al-Arba’in:

1. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Bakr Al-Ajiri
2. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Bakr Al-Ashbahani
3. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Bakr Al-Kalabadzi
4. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Bakr Al-Baihaqi
5. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Sa’id Al-Malini
6. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Abdirrahman Al-Sulami
7. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Nu’aim Al-Ashfahani
8. Kitab Al-Arba’in karangan Ibnu Al-Jazari
9. Kitab Al-Arba’in karangan Ibnu Asakir
10. Kitab Al-Arba’in Al-Buldaniyyah karangan Abu Thahir Al-Salafi
11. Kitab Al-Arba’in karangan Al-Hakim
12. Kitab Al-Arba’in karangan Ad-Daruquthni
13. Kitab Al-Arba’in karangan As-Suyuthi
14. Kitab Al-Arba’in karangan Abu Ismail Abdullah bin Muhammad Al-Anshari Al-Harawi
15. Kitab Al-Arba’in karangan Abdullah bin Al-Mubarak
16. Kitab Al-Arba’in karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani
17. Kitab Al-Arba’in karangan Syeikh Daud al-Fathoni*
18. Kitab Al-Arba’in karangan Syah Waliyullah al-Dehlawi*
19. Kitab Al-Arba’in karangan Syeikh Yasin al-Fadani*
20. Kitab Al-Arba’in karangan Al-Imam An-Nawawi

Kitab al-Imam an-Nawawi adalah yang paling popular secara umum. Yang paling terkenal kitab syarahannya adalah karangan Ibnu Rajab al-Hambali iaitu Jami’ Al-‘Ulum wa al-Hikam. Dalam kitab ini,beliau menambah 8 buah hadis menjadikan kesemuanya 50 hadis.

*merupakan tambahan dari sahabat-sahabat lain


untuk lebih lanjut boleh rujuk: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=14340/postdays=0/postorder=asc/start=0.html
read more "Senarai Kitab Hadis 40"