Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Balik kampung daaa..

SubhanaAllah penatnya hari ini(21/4)... dari pagi tadi bertungkus lumus dalam daurah bahasa arab,akhir setelah 4hari berlalu, tamat juga hari ini.. tapi malangnya tak sempat habis kitab,masuk bab yang ke28(semua ada 34 bab).

Bersama dengan seorang teman, saya bergerak ke Pesta buku KLIBF di PWTC untuk mencari atau hanya berjalan-jalan ke gedung ilmu itu. Duit tak banyak sangat dalam poket. Tapi akhirnya tertewas juga dengan kehendak hati bila berada disana. Ada 2,3 bijik buku yang dibeli yang berkaitan motivasi kehidupan masa depan yang dibeli dan sebuah kitab bahasa arab yang dikirim oleh seorang teman(أخطأ شائعة). Mujurlah tak lama di gerai kitab arab, kalua tak banyak pulak kitab yang dibeli.

Lepas itu, malamnya pergi mengajar matematik di rumah orang(home tuition). Dah lama tak ajar subjek ini secara serius,tapi setakat form 3 bolehlah tanpa ulangkaji terlebih dahulu. Tapi lepas pulang dari cuti semester ini, insyaAllah akan mengajar add math kepada anak seorang anak pensyarah UIAM. Yang ini memang kena study dulu la. Adoi penatlah nanti kepalaku ini. Yang bab kira-kira ini OK lagi la sebab dalam engineering, benda itu basic je. Di matrik ambil 4 subjek math, di Gombak ambil 5 pulak, dah 9 kali math takkan tak boleh ajar kot.hehe.. tapi yang best bila ajar bahasa arab dan orang faham bahasa al-Quran itu. Kenangan tak dapat kulupa bila anak TG Nik Aziz pernah sekali menjadi anak muridku.hehe..ajar yang basic je sebab student Law syariah kena ambil BA. Sekali tu je,tapi sempat ambil kesempatan tanya pasal ayahnya yang ku kagumi dengan ketokohannya serta dalam bahasa arabnya. Buat masa sekarang tak boleh tumpu ajar bahasa lagi,kena powerkan lagi.

Okla dah penat ni, esok nak drive balik Kelantan..

Selamat Bercuti!!!

read more "Balik kampung daaa.."

Daurah Bahasa Arab Terakhir?

Salam..

InsyaAllah saya dan rakan-rakan sekelas akan mengikuti daurah bahasa arab bersama al-Ustaz abu bashir Yazid b. Ismail buat sekalian kalinya..

Dikhabarkan pada kami bahawa beliau akan berusaha menghabiskan talaqqi kitab Durusul lughatil arabiati lighairin naatiqiina biha pada daurah kali ini..

Saya dah pun hampir 2 tahun bertalaqqi dengan beliau dari mula-mula nak kenal tatabahasa arab yang betul sehiggalah boleh membaca sikit-sikit kitab arab. Alhamdulillah Allah dah memudahkan perjalananku ini. Banyak suka duka sepanjang 2 tahun itu.

Kepada rakan-rakan yang masih berminat bolehlah ikut sekali,termasuk yang terasa dirinya sudah power sangat dengan selok belok nahu arab(bukan point sape2).. kelas bermula sabtu ini(18/4-21/4) dari pagi sampai petang setiap hari.

Tak sabar-sabar untuk sama-sama habiskan buku siri ke3 ini kerana buku siri ke4 nanti akan masuk bab-bab halus nahu arab. Masa itu waktu untuk menuai hasil sahaja, kelas untuk perbincangan.

p/s: terasa betul untuk menjejakkan kaki ke bumi arab terutama Mekah dan Madinah(kalau bersama isteri tersayang lagi bermaknaJ)

read more "Daurah Bahasa Arab Terakhir?"

Setiap Yang Datang Akan Pergi Jua Akhirnya

Takziah buat keluarga Allahyarham Syukri(gambar) atas pemergian beliau terlebih dahulu untuk meghadap Ilahi 2hari lepas..

Beliau merupakan bekas presiden persatuan anak-anak Kelantan darul Naim(PERDANA) UIAM.

"Setiap yang bernyawa akan merasai kematian".....
read more "Setiap Yang Datang Akan Pergi Jua Akhirnya"

Abis sebabok!

Semalam selesai 4 paper final exam(CAD/CAM, Quality Control, Decision Science & Manufacturing Automation)..Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Tinggal satu paper lagi(Metrology,18/4). 'abis sebabok'(kelantan language) maksud selesai satu part..

Harapnya kali ini tak berlaku lagi 'tragedi MOM'..hehe. satu istilah digunakn untuk diri ini bilamana pada tahun lepas, subjek Metallic of Material yang diambil telah menjadi tragedi..bukan 'fail', tetapi kejadian pada hari peperiksaan. Malam sebelum exam, saya tak tidur langsung dan study sampai ke pagi.."alang-alang study,tak payah tidur la,tidur lepas exam pagi nanti,qodha nantila".

Bila pergi exam tu,punyala semangat. Bila tegok kertas soalan,semua soalan diberi dah dibuat dan confirm mudah. Tapi bila nak start menulis, "ambik kau,bluuuuuuuuuuuuuuuuurrrrrr!!" Ya Allah,aku tak tau nak start kat mane,otak dah penat,malas nk pikir..mujur lulus jugak..

p/s:ambillah pengajaran daripada cerita diatas,asalnya nak lulus cemerlang(carry mark dah tinggi), tapi hnya lulus 'C'emerlang je(istilah popular kalangan bdk engin,hehe)
read more "Abis sebabok!"