Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Adakah Nabi SAW meragui keimanan Abu Bakr r.a? Tuduhan dan Jawapan

Tuduhan

(Hadis yang diputar belit oleh Tijani)


وحدثني عن مالك عن أبي النضر مولى عمر بن عبيد الله أنه بلغه ان رسول
الله صلى الله عليه و سلم قال لشهداء أحد هؤلاء اشهد عليهم فقال أبو بكر
الصديق ألسنا يا رسول الله بإخوانهم أسلمنا كما أسلموا وجاهدنا كما
جاهدوا فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم بلى ولكن لا أدري ما تحدثون
بعدي فبكى أبو بكر ثم بكى ثم قال أإنا لكائنون بعدك:


Yahya menyampaikan kepadaku (hadis) dari Malik dari Abu’n Nadr mawla
Umar bin Ubaidillah bahwa Rasulullah SAW berkata mengenai para Syuhada
Uhud “Aku bersaksi untuk mereka”. Abu Bakar As Shiddiq berkata “Wahai
Rasulullah, Apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam
sebagaimana mereka masuk islam dan kami berjihad sebagaimana mereka
berjihad”. Rasulullah SAW berkata “Ya, tapi A
ku tidak tahu Apa yang
akan kamu lakukan sepeninggalKu”. Abu Bakar menangis sejadi-jadinya
dan berkata ”Apakah kami akan benar-benar hidup lebih lama daripada
Engkau!”. (Hadis Dalam Al Muwatta Imam Malik Kitab Jihad Bab Para
Syuhada di Jalan Allah hadis no 987)

Jawapan

1. Hadis ini adalah hadis mursal dan munqati’ di sisi sekalian perawi kitab Muwatto’. Dan telah maklum bahawa hadis mursal adalah tertolak di sisi majoriti ahli hadis dan fuqaha’ kerana keadaan perawi yang tidak diketahui. Maka syarat untuk satu hadis menjadi sahih telah hilang. Dan ianya menjadi hujjah di sisi Abu Hanifah, Malik dan Ahmad (pendapat yang kuat dalam mazhabnya).

2. Dari segi ulasan terhadap hadis itu pula, ia sebenarnya sama sekali tidak sama dengan apa yang diputar belit oleh si Tijani. Kefahamannya adalah terbalik kerana sabdaan Nabi SAW “Hanya orang-orang ini sahaja yang aku bersaksi(mengakuinya) ke atas mereka” adalah penyaksian atas keimanan dan pengorbanan mereka di jalan Allah SWT. Dan ketika Baginda SAW berkata demikian, lalu Saidina Abu Bakr r.a bertanyakan kepada Baginda SAW: “Wahai Rasulallah, apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”.

Rasulullah SAW bersabda: “Benar (iaitu kamu orang Islam seperti mereka dan berjihad di jalan Allah SWT), tetapi aku tidak tahu apa yang kalian akan lakukan sepeninggalanku nanti” (iaitu aku tidak tahu apa yang kamu akan lakukan selepas kewafatanku nanti), sedangkan Abu Bakr r.a bukan bertanyakan mengenai dirinya akan tetapi beliau bertanyakan dalam lafaz jamak(kami). Lantas Nabi SAW telah menjawab dengan menggunakan lafaz tersebut (iaitu dalam bentuk jamak-kami) iaitu bahawasanya Baginda SAW tidak mengetahui apa yang akan berlaku selepas kewafatannya.

Sudah maklum bahawa Baginda SAW tidak mengetahui perkara ghaib Baginda SAW tidak megetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan dan selepas kewafatannya, kecuali apa yang Allah SWT khabarkan kepadanya, sebagaimana firman Allah SWT “katakanlah(wahai Muhammad!): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah SWT. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang Yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". [al-A’raaf: 188.].

Maka Abu Bakr r.a menangis kerana beliau mengetahui bahawa Baginda SAW akan meninggalkan mereka dan ini dapat dilihat jelas pada kata-kata beliau (sesungguhnya apakah kami benar-benar akan hidup selepas kamu?) iaitu kami akan hidup selepas (kewafatan)mu wahai Rasulullah SAW dan sudah pasti Abu Bakr r.a tidak menangis (setelah mendapat tahu bahawa akan ada penyelewengan di kalangan mereka), kerana beliau tidak tahu bahawa ia pasti akan berlaku selepas kewafatan Nabi SAW!!

3. Kalaulah penafsiran aya-ayat al-Quran serta pemahaman nas-nas hadis hanya bergantung pada hawa nafsu dan pendustaan yang bersifat murahan sahaja, nescaya hujjah-hujjah para orientalis lebih kuat dan kukuh daripada hujjah-hujjah si Tijani dan pastilah tuduhan menggunakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai hujjah kepada orang dungu sepertinya. Yang anehnya,dia sendiri telah menyebutkan dalam kitabnya {al-Quran bersifat diam(statik), membawa banyak makna , di dalamya terdapat ayat yang jelas dan samar-samar, dan untuk memahaminya perlulah merujuk kepada ar-rosikhin(orang yang kuat, yakin dan utuh dalam ilmu) berkaitan perumpamaan/istilah al-Quran dan perlu merujuk kepada ahlul bayt(ahli keluarga Nabi SAW) berkaitan penafsiran melalui hadis Nabi SAW (tidak syak lagi bahawa pernyataan ini adalah batil, tetapi aku mengambilnya supaya aku dapat menerangkan percanggahan yang Tijani lakukan berulang-ulang).

Adakah engkau merujuk kepada ahlul bayt untuk tafsiran hadis ini? Dan kerana selemah-lemah iman, (sekurang-kurangnya) adakah kamu merujuk kepada orang yang teguh ilmunya sehingga kamu faham makna hadis ini? Jika engkau mengatakan bahawa hadis itu diriwayatkan melalui jalan Ahli Sunnah, maka sama ada engkau terpaksa menolak hadis itu atau engkau terpaksa merujuk kepada huraian para ulama’ Ahli Sunnah mengenainya. Silalah engkau lihat syarahan-syarahan mereka:

4. Ini apa yang telah disyarahkan oleh sebilangan ahli ilmu kepada kitab Muwatto’ al-Imam Malik dan kita perlulah membawakan pandangan dan syarahan mereka untuk hadis ini.

i) Zarqani berkata (..“hanya orang2 ini sahaja yang aku bersaksi (mengakuinya) ke atas mereka”) adalah kerana apa yang telah mereka lakukan, iaitu mereka mengorbankan jiwa raga mereka serta (sanggup) meninggalkan anak-anak mereka sendiri. (Abu Bakr r.a berkata “Wahai Rasulallah, apakah kami bukan saudara-saudara mereka? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad”) dan lantas kenapakah hanya mereka ini yang kamu (Wahai Rasulullah) mengkhususkan dalam penyaksiaanmu? Nabi SAW bersabda “Benar, kalian merupakan saudara mereka…(akan tetapi aku tidak tahu apa yang akan kamu semua lakukan sepeninggalanku nanti). Oleh itu, aku(Nabi SAW) mengkhususkan mereka dengan penyaksian itu,(dalam bab Nahu/Balaghah) disebut mengkhususkan mubtada’ dengan khobar, iaitu; mengkhususkan mereka dengan syahadah yang dibuat oleh Nabi SAW dengan sabdanya: "هؤلاء أشهد عليهم" (..“hanya orang2 ini sahaja yang aku bersaksi (mengakuinya) ke atas mereka”)

Maka Abu Bakar menangis dan terus menangis. Diulang (tangisannya) kerana kesedihannya atas petunjuk perpisahan dengan al-Mustofa-Nabi SAW- (kemudian beliau berkata “apakah kami benar-benar hidup?”) iaitu hidup (selepas kamu) adalah merupakan istifham ‘taassuf’( pertanyaan berbentuk kekesalan dan kesedihan yang teramat sangat), bukannya pertanyaan ‘hakiki’(untuk mendapatkan jawapan) kerana mustahil ia ditanya oleh Abu Bakr r.a setelah Nabi SAW memberitahunya. (Zarqani, jil 3, ms 49-50)

ii) Menurut Ibnu Abdil Barr (…makna sabda Nabi SAW: aku bersaksi ke atas mereka- iaitu aku bersaksi (mengakui) kepada mereka atas keimanan mereka yang sahih lagi selamat daripada dosa dan maksiat, dan daripada sebarang pengubahsuaian dan perubahan, serta daripada berlumba-lumba mengejar keduniaan. Wallahu’alam..

Dan dapat difahami dalam hadis tersebut ianya sebagai petunjuk bahawa para Syuhada’ medan Uhud dan para sahabat Nabi SAW yang mati sebelumnya adalah lebih utama daripada orang-orang yang mengikuti mereka selepas itu. Bagiku, ini sebagai ungkapan yang mengandungi petunjuk pengkhususan kerana di antara para sahabatnya itu ada yang memilih dunia dan mereka memperolehinya.

Adapun pengkhususan dan penentuan itu, tiada sebarang jalan untuk menentukannya kecuali dengan kita berdiam diri (tanpa menunjukkan sebarang petunjuk atau hukum lain). Manakala para sahabat Nabi SAW yang mengikuti Nabi SAW selepas itu, maka yang paling utama: Abu Bakr r.a dan ‘Umar r.a mengikut pandangan kesepakatan Ulama’ Islam kecuali yang sesat. Banyak golongan daripada ahli ilmu telah berpegang: “Sesungguhnya sahabat yang paling utama adalah Abu Bakr r.a dan ‘Umar r.a, tidak termasuk (dalam lingkungan hadis) sesiapa yang mati sebelum dan selepas mereka. (Tamhid lima fil muwatto, jil 21 ms 228).

Menurutnya(Ibn Abd Barr) lagi, berkenaan sabda Nabi SAW “Aku bersaksi kepada mereka” dan “Aku menjadi saksi kepada mereka” dan seumpamanya, maka banyak jalan yang meriwayatkan lafaz dan makna seperti ini.

Pelbagai riwayat yang ada, salah satunya adalah “Khalaf bin al-Qasim menceritakan kepada kami, dia berkata Ibnu Abi al-Aqib menceritakan kepada kami, Abu Zur’ah menceritakan pada kami, al-Hakm bin Nafi’ Abu Sulaiman menceritakan kepada kami, Syu’aib Bin Az-Zuhri menceritakan kepada kami, Ayyub bin Basyir al-Ansari menceritakan kepada aku dari sebahagian sahabat Nabi SAW bahawasanya Nabi SAW ketika keluar pada kali itu, baginda duduk di atas mimbar dan bertasyahhud. Tatkala baginda selesai, ucapan yang pertama yang keluar adalah istighfar (meminta pengampuanan) untuk para syuhada’ yang terkorban di medan Uhud”.

Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya seorang daripada hamba-hamba Allah SWT telah memilih antara kesenangan dunia dan apa yang ada pada Tuhannya, lalu dia memilih apa yang ada di sisi Tuhannya. Maka Abu Bakr r.a orang yang mula-mula memahaminya dan beliau tahu Nabi SAW memaksudkannya. Lalu Abu Bakr r.a menangis. Nabi SAW bersabda: "Sabar Ya Aba Bakar! (wahai sekalian jemaah) Sekatlah (Tutuplah) semua pintu jalan utk masuk ke masjid ini (Masjid Nabawi) kecuali pintu Abu Bakar. Sesungguhnya aku tidak mendapati seseorang pun yang paling baik dari kalangan sahabatku melainkan Abu Bakr r.a(at-Tamhid, jil 21,ms 230)

Kemudian si Tijani telah muntah dan ia berkata bahawa Nabi SAW telah syak (meragui) Abu Bakar?? Aduhai, pelik sungguh! (kerana hadis itu jelas menunjukkan yang Nabi SAW mengiktiraf Abu Bakr r.a)

iii) Al-Baji berkata ( kata-kata Abu Bakar r.a “Bukankah kami saudara mereka wahai Rasululallah? Kami masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami berjihad sebagaimana mereka berjihad” adalah merupakan satu bentuk kebimbangan.

Ketika beliau mendapati keistimewaan pengkhususan dengan sesuatu ganjaran hukum, beliau mengharapkan akan mendapat peluang menjadi menjadi salah seorang daripada sahabat teguh (dalam keimanan) itu dan dalam masa yang sama, beliau juga mengharapkan agar semua sahabat mendapat peluang yang sama. Abu Bakr r.a berkata “Dari segi asalnya, amalan kami seperti amalan mereka dalam keimanan. Cuma amalan mereka berakhir dengan jihad (iaitu syahid di jalan Allah). Adakah kamu akan buat penyaksian kepada kami sebagaimana kamu bersaksi kepada mereka?”

Nabi SAW bersabda “Benar, tapi aku tidak tahu apa yang kalian akan lakukan sepeninggalanku”. Satu golongan mengatakan bahawa walaupun kata-kata itu ditujukan kepada Abu Bakr r.a, yang dimaksudkan dengannya ialah orang lain yang tidak diketahui keadaannya, amalannya dan kesudahan oleh Nabi SAW. Adapun Abu Bakr r.a maka telah diketahui oleh Nabi SAW bahawasanya beliau merupakan penghuni syurga, Nabi SAW menjadi saksi untuknya dengan ganjaran itu melalui jelas amalan solehnya dan sebagaimana yang telah diwahyukan kepada Baginda SAW oleh Allah SWT tentangnya(Abu Bakr r.a) akan tetapi ketika Abu Bakr r.a bertanyakan dengan menggunakan lafaz umum dan beliau tidak mengkhususkan soalan untuk situasinya sahaja,maka jawapan juga dalam bentuk umum.

Sesungguhnya Nabi SAW telah menerangkan pengkhususan kepada Abu Bakr yang mana beliau (Abu Bakr r.a) tidak termasuk dikalangan orang yang melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan terhapusnya amalan, baik yang dahulu mahupun yang kemudian setelah kewafatan Nabi SAW adalah melalui keutamaan yang ditunjukkan oleh baginda SAW secara khusus untuknya serta melalui pengkhabaran jaminan ganjaran yang tersedia untuknya di sisi Allah SWT berupa kebaikan, pahala yang besar dan tempat kembali yang mulia.

Qadhi Abu Wulaid r.a berkata: bagi pendapatku, satu jawapan dari sudut yang lain iaitu Nabi SAW berkata: “Aku menjadi saksi kepada mereka dengan apa yang aku telah menyaksikan perjuangan di medan jihad yang menyebabkan mereka gugur di jalan Allah SWT.

Oleh yang demikian, seseorang yang ada pada hari ini tidak dianggap seorang syahid; ia berjuang dan terselamat daripada terkorban seperti Ali, Talhah, Abu Talhah dan yang lain-lain yang tercedera pada hari itu dan siapa yang lebih utama daripada kebanyakan mereka yang terkorban pada hari itu? Akan tetapi hukum ini hanya dikhususkan kepada sesiapa yang perjuangan jihadnya disaksikan oleh Nabi SAW sehingga mereka terkorban.

Ini semakna dengan sabda Nabi SAW kepada Abu Bakr r.a “Benar, tetapi aku tidak tahu apa yang kalian lakukan sepeninggalan aku nanti, tidak beerti perbuatan itu bertentangan dengan syariat tetapi Nabi SAW maksudkan adalah segala perbuatan, baik yang selari dengan syariat mahupun tidak. Bermakna, apa yang kalian kerjakan selepas kewafatanku, aku tidak dapat melihatnya. Maka aku tidak dapat bersaksi (mengakuinya di hadapan Allah SWT kelak) kepada kalian sungguhpun aku yakin ada dalam kalangan kalian yang mati dalam keadaan membawa amalan yang diredhaiNya. Kecuali amal perbuatan itu tidak dijelaskan kepadaku satu persatu oleh Allah SWT perilaku mereka seperti: si fulan ini akan berjuang di sekian tempat, si fulan itu pula akan membunuh Zaid atau ia dibunuh oleh ‘Amar.

Lantaran itu, aku tidak dapat menjadi saksi setiap perbuatan dan segala amalan yang kamu akan lakukan sebagaimana yang ku lakukan untuk ahli Uhud kerana aku telah mengetahui perihal mereka.. Kalaupun ada beberapa perbuatan kamu yang telah ku tahu (sebelum ia dilakukan), hanyalah kerana wahyu dan maklumat yang disampaikan oleh Allah SWT kepadaku”. Atas sebab ini, maka Nabi SAW bersabda sebegitu : “akan tetapi aku tidak tahu apa yang kalian lakukan selepas kewafatanku” sebagai merujuk kepada seluruh sahabat termasuk Abu Bakr r.a dan selainnya.

(Bahagian) kata-katanya “ lalu Abu Bakr r.a menangis dan menangis kemudian beliau berkata, adakah kami betul-betul akan hidup selepas kamu? beliau ingin menangis lagi dan mengulanginya dan nampak jelas dengan kata-katanya: “apakah kami akan benar-benar hidup selepas kamu seolah-olah beliau sangat risau untuk hidup sepeninggalan Nabi SAW dan akan keseorangan tanpa baginda. Keberkatan dan nikmat untuk ummatnya akan pergi jua.

Ini menunjukkan bahawa Abu Bakr r.a sangat faham akan sabdaan Nabi SAW: “Benar, akan tetapi aku tidak tahu apa yang kalian lakukan sepeninggalanku nanti” kerana tidak patut bagi Abu Bakr r.a untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat dan lari dari jalan Nabi SAW. Ini kerana tangisannya itu adalah sangat bersesuaian baginya (yang mana difahami oleh Nabi SAW apa yang ditangisi oleh Abu Bakr r.a) dan hukumnya atas perkara tersebut (pemahaman Nabi SAW itu) berdasarkan kepada apa yang telah Abu Bakr r.a ungkapan sebelum ini (iaitu; Adakah kami masih wujud selepas peninggalan mu??), sedangkan (Abu Bakr r.a tidak katakan): sesungguhnya kami telah mengadakan perkara baru sepeninggalanmu yang menghalang dari jalanmu dan kami menyalahi jalanmu??

Oleh itu jelas beliau tidak berkata sedimikian dan bukan menangis kerana itu. Beliau menangis disebabkan akan berlaku perpisahan dengan Nabi SAW dan beliau pula akan hidup selepas kewafatan baginda SAW dan kita akan sedar bahawa beliau faham akan berlaku seperti itu sebagaimana kita sebutkan di awal tadi. Wallahu’alam.(al-Baji, Syarah Muwatto’, jil 3, ms207-208). Inilah pandangan ahli ilmu mengenai hadis ini dan nampak terang lagi bersuluh kejahilan Tijani terhadap kefahaman hadis ini dan sikap prejudis terhadap sahabat-sahabat Nabi SAW yang agung.

Adapun kata-katanya(Tijani): (aku katakan “ Nabi SAW adalah orang yang mula-mula meragui akan Abu Bakr r.a dan baginda tidak bersaksi ke atas Abu Bakr r.a kerana baginda tidak mengetahui apa yang Abu Bakr r.a akan lakukan sepeniggalannya nanti”) (Tsumma ihtadaitu, ms 129)

Maka aku menjawab:

1) Maka jelaslah bagi orang yang berakal bahawa Nabi SAW tidak memaksudkan Abu Bakar r.a dengan sabdanya: “aku tidak tahu apa yang kalian lakukan sepeninggalanku”. Akan tetapi pernyataan ini adalah umum ke atas sekalian sahabat selain daripada mereka yang mendapat penyaksian Nabi SAW.

2) Seseorang Muslim perlu yakin tanpa sebarang keraguan, dan sudah maklum bahawa Nabi SAW telah bersaksi bahawa Abu Bakar r.a akan masuk syurga yang terdapat dalam banyak riwayat, salah satunya adalah apa yang diriwayatkan oleh al-Termizi dan at-Tobrani dalam Mu’jam Kabir daripada ‘Aaisyah: sesungguhnya Abu Bakar masuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan baginda bersabda: “ Engkau telah Allah selamatkan daripada neraka”(Sunan Termizi:3679) dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abu Musa al-‘Asya’ari dalam satu bahagian(hadis itu) : “ Abu Bakr r.a telah datang lalu mengetuk pintu, dan aku bertanya “siapakah itu?” Maka beliau menjawab “Abu Bakar…… kemudian aku pergi maka aku katakana: “Wahai Rasulallah, Abu Bakr r.a datang meminta izin (untuk masuk). Lalu baginda menjawab: “Berilah keizinan padanya dan sampaikan berita gembira kepadanya bahawa beliau akan masuk Syurga”. Aku pun kembali dan berkata kepada Abu Bakr r.a: “Masuklah, Nabi SAW telah memberi berita gembira padamu dengan ganjaran syurga” (Sahih al-Bukhari, jil 3 no 3471)

Diriwayatkan oleh Imam Termizi dari Abdur Rahman Bin ‘Auf beliau berkata: Nabi SAW telah bersabda “Abu Bakr r.a di dalam syurga dan…..” (Sunan Termizi:3746). Diriwayatkan juga oleh Imam Termizi daripada ‘Ali bin Abi Talib r.a beliau berkata: “Aku telah bersama Rasulullah SAW , ketika Abu Bakr r.a dan ‘Umar muncul, Nabi SAW telah bersabda : “Dua orang ini akan menjadi ketua orang-orang yang senior daripada kalangan penduduk syurga, daripada kalangan terdahulu dan kemudian selepas para anbiya’ dan rasul-rasul. Wahai Ali, jangan beritahu mereka.” (Sunan Termizi:3665).

Allah SWT telah menetapkan sahabat Nabi SAW yang agung ini menjadi pendamping baginda seperti yang terdapat dalam firmanNya “kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita…..". (Surah at-taubah:40)

Dalam ayat al-Quran tersebut, ia menunjukkan kelebihan dan keutamaan yang ada pada Abu Bakr r.a kerana beliau sahaja yang mengiringi Nabi SAW pada perjalanan itu dan melindunginya (Nabi SAW) (Fathul Bari, jil 7, ms 12). Kerana itu, Sufyan Bin ‘Uyainah rhm dan selainnya berkata: “Sesungguhnya Allah SWT pernah menegur kelakuan mereka semua kepada Nabi SAW kecuali Abu Bakr r.a. (Allah SWT tak pernah tegur)”.

Dan beliau berkata lagi: “Sesiapa yang mengingkari bahawa Abu Bakr r.a sebagai sahabat, maka ia telah kafir kerana ia telah mendustai al-Quran!!”

Sumber: بل ضللت كشف أضاليل التيجاني في كتابه ثم اهتديت karangan خالد العسقلاني

read more "Adakah Nabi SAW meragui keimanan Abu Bakr r.a? Tuduhan dan Jawapan"

Kesenian al-Quran 1

بسم الله الرحمن الحيم

Saya ambil bahagian-bahagian yang dirasakan menarik yang terdapat dalam kitab Lathoif Quraniyyah(karangan Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi):

Pada mukasurat 38, Dr Solah membicarakan mengenai kedudukan permulaan surah yang dimulai dengan berpakataan "Tasbih"

-Ada 6 surah yang bermula dengan "Tasbih"

-Yang menarik, 6 surah ini tersusun baik dari segi bagaimana ianya di"derived"(tak tahu nak terjemah derive ke BM)

- 6 surah tersebut adalah(ikut susunan): al-Israa', al-Hadid, al-Hasyr, al-Saff, al-Jumu'ah,al-Taghaabun dan al-A'alaa.

- Asal perkataan yang di'derived' bermula dengan Masdar(kata terbitan) > Fe'el Madhi > Fe'el Mudhori'> Fe'el Amar.

1) Masdar:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

[Al-Israa:1]

2) Fe'el Madhi:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

[Al-Hadid:1]

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

[Al-Hasyr: 1]

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

[Al-Saff: 1]


3) Fe'el Mudhori'

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
[Al-Jumu’ah: 1]

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
[Al-Taghaabun:1]

4) Fe'el Amar

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى
[Al-A’alaa:1]
read more "Kesenian al-Quran 1"