Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

MABIT [Malam Bina Iman dan Taqwa]

Jumaat 23/10/2009


Tentatif:

900 malam: Kuliah- Dr. Abdul Basit dari Pondok Sungai Durian Kelantan:
Tajuk: Bagaimana Berinteraksi Dengan Kepelbagaian Pendapat Mazhab
Lokasi: ADM LT2 [sesi ini terbuka untuk semua lelaki dan perempuan]

1015 malam: Bergerak ke Musolla Mahallah Bilal [aktiviti selepas ini hanya untuk lelaki sahaja]

1030 malam: Taaruf

1045 malam: Tadarus dan tadabur

1130 malam: Rehat dan minum malam

1145 malam: Ihya as-Sunnah: Adab-adab tidur mengikut sunnah

1200 malam: Tidur

430 pagi: Bangun dari tidur

440 pagi: Qiamullail [sendiri-sendiri]

540 pagi: Azan Subuh

620 pagi: Halaqah Zikir- Hisnul Muslim: Zikir pagi

640 pagi: Tazkirah- Kepentingan Tazkiyatun Nafs

700 pagi: Riadah

730 pagi: Sarapan- Nasi Lemak Sungai Pusu

Pesanan:

a) Sila bawa Hisnul Muslim, kain lapik untuk tidur di surau dan pakaian riadah serta apa-apa barang-barang yang dirasakan relevan.

b) Patuhi adab-adab MABIT yang akan diterangkan di dalam sesi taaruf; antara peraturannya ialah mengurangkan ketawa, berbual-bual kosong, sebaliknya memfokuskan diri untuk taaruf dengan sahabat-sahabat yang baru dikenali serta mendekatkan diri kepada :swt

c) Patuhi segala arahan yang diberikan oleh Amir MABIT - Saudara Abu Muawiah (nick dalam AFN) .

Jika sesat di UIA, hubungi Masri 0132506391 atau Abu Muawiah 0172570843.
read more "MABIT [Malam Bina Iman dan Taqwa]"

Berjihad di atas katil!!

Dipetik dari blog: http://anaktokimam.blogspot.com/2009/10/berjihad-di-atas-katil.html

Berjihad di atas katil? Macamana tu? Bolehkah berjihad di atas katil. Biasanya orang berjihad di medan perang bertarung nyawa melawan musuh samada mendapat kemenangan ataupun gugur sebagai syahid.

Berjihad di atas atas katil ialah salah satu jihad kita pada zaman sekarang. Jihad ini ialah jihad secara senyap tanpa menggunakan senjata perang yang canggih namun kesannya amat besar kepada musuh Allah.

Yang dimaksudkan dengan berjihad di atas katil ialah usaha melahirkan zuriat umat Nabi SAW seramai yang mungkin. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari menukilkan hadis Nabi SAW:

عن بن عمر بلفظ تناكحوا تكاثروا فإني أباهي بكم الأمم

Daripada Ibn Umar dengan lafaz- Bernikah kahwinlah dan berkembang biaklah, sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya umat.

Di antara yang menjadi perhatian musuh Islam sekarang ialah bertambahnya bilangan umat Islam terutama di sebelah Eropah. Dikatakan mereka sedang berusaha menyekat pertambahan ini dengan pelbagai cara antaranya ialah idea merancang keluaraga.

Fikrah merancang keluarga atau dalam Bahasa Arabتحديد النسل telah dicanangkan dengan hujah ianya membawa pelbagai faedah, untuk kesihatan, untuk keseimbangan ekonomi dan macam-macam lagi kelebihan yang direka cipta.

Allah sebut dalam Quran mafhumnya:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.(al- isra':31)

Oleh itu, ayuh saudaraku kita peramaikan umat ini. Yang belum kahwin dan sudah layak untuk kahwin maka kahwinlah. Ramaikan bilangan umat islam di atas dunia ini dengan seramai yang mungkin. Yang tak ada apa-apa masalah untuk beranak ramai janganlah guna perancang keluarga.

Di samping kuantiti umat yang ramai kita juga perlu berjihad untuk melahirkan umat yang berkualiti.Umat yang berkualiti lahir daripada keluarga yang berkualiti. Keluarga berkualiti lahir daripada syaksiah yang berkualiti. Selamat berjihad!
read more "Berjihad di atas katil!!"

Aku pun hilang handset...

Terbaca dalam blog Lobai Tampin mengenai kehilangan telefonnya, teringat pulak akan kehilangan kehilangan telefonku hampir sebulan lepas. Tapi bezanya handset dia hilang kerana terjatuh, tetapi handset ku hilang dicuri orang.

Curi,curi,curi dan curi…ape perasaan diaorang ketika mencuri yer..

Yang bestnya, 3,4 hari lepas aku try mesej balik kat no lama ku(0139977386)..tup2 delivered daaa…bukan main terkejut aku dibuatnya. Terus aku menelefon kot2 masuk. Mmg masuk pun,Cuma takde orang angkat.

Petang tu ummu Muawiyah terus menerus menghantar mesej kepada no tersebut. Akhirnya, ‘hantu’ yg mencuri itu me’reply’ jugak..hahaha.lucu betul..siap mintak halal sebab dia nak exam tak lama lagi. Yg menyedihkan handset yg dibeli 2minggu sebelum kejadian telah dijual utk ‘hantu’ tersebut membayar hutang kawannya.untuk pengetahuan,kehilangan handset tersebut berlaku hari ‘belarok’ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan hari tu.

Masalahnya, waktu belarok tu hanya saudara2 yg terdekat dijemput sebelum kenduri bermula. Aku tinggal handset dalam bilik pengantin sebelum solat jumaat dan bila balik solat,handset dah hilang. Boleh agak kan laki ke permpuan yg panjang tangan tu..

Pengajarannya: berhati2 dgn barangan berharga ketika hari keramaian begitu,ramai yg ambil kesempatan buat-buat sibuk nak menolong..

read more "Aku pun hilang handset..."

Mengaitkan Gempa Bumi Dengan Nombor Surah dan Ayat al-Quran? Gempa di Sumatera

Oleh: al-Ustadz Hammad bin Amir Abu Muawiyah al-Makassari

Tanya:

Bismillah. Ana mendapat risalah yang disebar di masjid yang berisi hubungan antara gempa di Sumatera dengan beberapa ayat dalam Al-Qur`an. Disebutkan di situ: Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam. 8.52. Lalu kita disuruh melihat ke Al-Qur`an surah 17 (Al-Isra`) ayat 16, ayat ke 58 dan surah 8 (Al-Anfal) ayat 52, yang mana ketiga-tiga ayat ini berisi keterangan tentang seksaan Allah kepada kaum yang melakukan maksiat.

Apakah hukum mempercayai hal ini dan menyebarkan berita ini, apatah lagi sebahagian teman menyatakan bahawa berita ini juga tersebar melalui sms.

Jawab:

Pertama sekali, kepastian bahawa kejadian ini adalah seksaan atau azab secara mutlak kepada semua korban adalah hal yang kurang tepat, apatah lagi mengarahkan makna ayat-ayat di atas kepada peristiwa di Sumatera. Hal itu kerana yang maut ramai di antaranya kaum muslimin yang Insya Allah baik agamanya. Seandainya ada musibah yang menimpa seorang muslim, maka itu merupakan ujian baginya dan merupakan penghapus dosanya. Ini kerana seksaan kepada orang kafir dipanggil azab sementara seksaan kepada kaum muslimin dipanggil ujian. Jadi ,musibah gempa di Sumatera ini adalah azab bagi orang-orang kafir yang memang selayaknya menerimanya dan merupakan penghapus dosa bagi kaum muslimin yang meninggal, serta penghapus dosa dan peringatan bagi korban yang masih hidup dan bagi selainnya yang tidak mengalaminya.

Ala kulli hal, menghukum secara mutlak bahawa kejadian ini adalah azab yang diperuntukkan untuk mereka semua, adalah hukum yang perlu ditinjau kembali. Ini kerana pada zaman para nabi sebelumnya, azab hanya menimpa orang-orang kafir dan membinasakan mereka semuanya, wallahu a’lam.

Keuda, anggaplah kita menyatakan itu adalah azab, akan tetapi kita tetap tidak menerima seandainya makna ayat-ayat di atas diarahkan kepada kejadian ini. Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengingatkan di dalam Muqaddimah at-Tafsir mengenai salah satu kesalahan di dalam tafsir iaitu: Menafsirkan sebuah ayat dengan kejadian yang datang kemudia, yang mana kejadian tersebut tidak ditunjukkan oleh lafaz dan makna ayat tersebut.

Sementara di sini, manakah hubungan di antara ketiga ayat ini dengan kejadiannya? Betul di dalam ayat-ayat tersebut disebutkan seksaan dan azab, akan tetapi apakah kejadian ini adalah azab secara mutlak untuk mereka semua? Kalaupun azab, kenapa membataskan hubungan kejadian ini hanya pada tiga ayat, bukankah banyak sekali ayat dalam Al-Qur`an yang menyebutkan tentang azab?

Kami jawab: Hubungan erat antara ayat-ayat ini dengan kejadian di Sumatera -di mata orang yang pertama kali menimbulkan hal ini- adalah di dalam hal nombor surah dan ayatnya dan jam terjadinya gempa bumi. Bukankah ini lebih dekat kepada bentuk dugaan dan ramalan berbanding tafsiran ayat? Orang ini berusaha menunjukkan kebenaran isi Al-Qur`an dengan cara-cara seperti ini, padahal apa yang dia sebutkan tidak ada hubungannya dengan Al-Qur`an kecuali sekadar angkanya.

Isi pentingnya, kami tidak mengingkari penggunaan ayat-ayat ini sebagai peringatan kepada kaum muslimin sekalian akan apa yang terjadi di Sumatera, akan tetapi yang kami ingkari adalah menghubungkan antara keduanya dengan hubungan yang tidak diterima di dalam ilmu tafsir Al-Qur`an, iaitu angka-angka. Seandainya mahu mengingatkan kaum muslimin, maka ingatkanlah mereka dengan semua ayat yang berisi ancaman kepada pelaku maksiat, janganlah hanya terbatas pada ayat-ayat ini dan jangan pula menonjolkan kaitan di antara ayat dan sebuah peritiwa (baik/buruk) dengan sesuatu yang tidak ada hubungannya. Ini kerana membiarkan hal-hal seperti ini berkembang akan membuka pintu-pintu ramalan dan penafsiran Al-Qur`an dengan penafsiran yang tidak dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Kembali kepada pertanyaan:

1. Hukum mempercayainya? Oleh kerana tidak ada kaitan sama sekali antara ketiga ayat ini dengan peristiwa di Sumatera, maka tentunya kita tidak mempercayai kalau ayat yang diturunkan 15 abad yang lalu ini merupakan peringatan bagi orang-orang yang hidup 15 abad selepasnya bahawa akan terjadi peristiwa pada jam sekian lewat sekian. Ini kerana sama sekali tidak ada dalil yang menunjukkan hal itu, dan mengaitkannya (melalui angka-angka) adalah perbuatan berkata ke atas nama Allah tanpa ilmu dan itu diharamkan.

2. Hukum menyebarkannya? Tidak boleh menyebarkannya dengan alasan di atas, kerana ia membuka pintu dugaan, ramalan, dan penafsiran Al-QUr`an dengan penafsiran yang salah. Ditambah lagi dia adalah perbuatan membazir harta(kredit sms) untuk hal-hal yang tidak ada manfaatnya.

Sebagai nasihat, hendaklah setiap muslim tidak sibuk dengan hal-hal seperti ini, akan tetapi hendaklah dia mengambil pelajaran dan peringatan daripada apa yang terjadi di sana dan berusaha memberikan bantuan kepada para korban sesuai dengan kemampuannya. Insya Allah ini jauh lebih bermanfaat.

http://al-atsariyya h.com/?p= 956

diedit bahasa oleh Mohd Masri
read more "Mengaitkan Gempa Bumi Dengan Nombor Surah dan Ayat al-Quran? Gempa di Sumatera"

Kelas Talaqqi Ulum Hadis

Bermula Jumaat lepas, kelas halaqah talaqqi Ulum Hadis secara MINGGUAN telah diadakan;

Butir-butir seperti berikut

Hari : Sabtu(tertakluk pada perubahan)

Masa: 2.15-3.30 ptg

Tempat: EDU LR5 (UIAM)

Kitab: Tadribu Rawi syarah Taqrib al-Nawawi (al-Imam Suyuthi)

Tenaga pengajar: Sdr Muhammad Hameedullah B. Mohd Asri (Darul Kautsar)

Sasaran: Peminat ulum hadis dan bahasa arab

Berminat,sila hubungi :

Abu Muawiyah : 017-2570843

Ummu Muawiyah : 017-2570943


read more "Kelas Talaqqi Ulum Hadis"

Taqabballahu Minna waminkum!

Assalamualaikum WBT..

Belum terlambat untuk saya mengucapkan eid Mubarak kepada seluruh pembaca sekalian dan tidak terlambat juga saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi meluangkan masa untuk datang ke kenduri kesyukuran sempena perkahwinan saya baru-baru ini..

Inilah kali pertama saya menyambut syawal bersama orang ‘baru’ dalam hidup saya..memang tersangat indah kenangan itu..

كل عام وأنتم بخير!!

read more "Taqabballahu Minna waminkum!"