Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Dedikasi Buat Seorang Yang Setia 3(akhir)

Alhamdulillah, setelah hampir 5 bulan tempoh pertunangan antara ku dan dia, akhirnya pada 3hb Julai adalah merupakan hari akad nikahku. Pada mulanya, majlis walimah nak dibuat sekaligus,tetapi memandangkan ada beberapa masalah yang berlaku majlis tersebut ditangguhkan pada 25 dan 26 hb September nanti.

Segala persiapan untuk akad nikah sudah disiapkan lebih awal dan tiada masalah sangat,hanyalah mengenai duit maskahwin. Tapi akhirnya semua berjalan lancar. Pada mulanya aku ingin memakai jubah putih untuk majlis akad tersebut, tetapi memandangkan ada pihak yang kurang senang dengan pemakaian itu, terpaksalah ku menukar kepada baju melayu putih sahaja. Tak mengapalah,adat orang melayu.

Sebelum sampai ke masjid tempat berlangsungnya akad nikah tersebut, aku dan beberapa saudaraku bersolat Jumaat di sebuah masjid. Masa khutbah jumaat tersebut,hati ini duk tak sabar-sabar je. .”lambat pulak khatib ni”. Tapi isi khutbah memang best masa tu. Bukan apa, kalau boleh nak cepatkan benda yang elok ni. Aku tak ‘takut’ pun pada imam nanti. Hehe

Sebaik sahaja solat Jumaat selesai,aku bergegas turun dari masjid menuju kereta yang membawaku ke sebuah masjid dimana tempat akad nikah tersebut. Sesampai sahaja di sana,ku dapati sudah ada tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi datang terutama pada jurugambar tak berbayar.

Imam masjid mahukan majlis dilakukan dengan segera,tanpa berlengah-lengah. Lama betul menunggu pengantin perempuan. Entahlah, bimbang juga kalau-kalau di “make-up” 2,3 inci di muka. Malulah pada orang ramai disamping benda itu dilarang dalam agama.

Lebih kurang pukul 3 lebih, pengantin perempuan pun tiba dengan pakaian serba putih. Orang kata bila dah berdepan imam,kita akan berdebar-debar. Sungguh, pada hari tersebut, tiada rasa berdebar pun di hati ini. Tak sabar-sabar adalah untuk membuktikan akad nikah itu mudah je. Buat simple je. Sebaik sahaja imam selesai habis membaca khutbah nikah yang agak perlahan itu, dia bertanyakan adakah aku sudah bersedia. Aku pn cuba tanya dia macamana cara jawab ijab qabul ditempat tersebut. Sebagai menghormati adat setempat. Tapi aku ada cara jawab sendiri dah,yang ditiru dari sahabat yang kahwin sebelum ini.


“aku nikahkan dikau…………”. Imam mewakili wali pengantin perempuan. Aku pun dengan yakin menjawab “aku terima nikahnya dengan maskahwin seperti yang tersebut”. Memang takde gagap ke apa ke. Aku pun lega seketika hinggalah ada seorang saksi cuba pertikai “tak jelas tu,kita taknak ‘seperti’,yang jelas ‘sebanyak’”. Pada masa itu,Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini. Geramnya!! Mujur masa itu dapat kawal perasaan, nak je syarahkan segi tatabahasa bahasa melayu apa beza ‘seperti’ dan ‘sebanyak’. Dahla aku ambil lafaz itu dari orang yang dah kahwin,lagipun aku tak gagap pun. Sebenarnya semua yang hadir dalam majlis tersebut merupakan SAKSI akad nikah,yang dua orang tersebut hanyalah pelengkap untuk isi borang nikah je,dan jika ada apa-apa kes selepas itu,dirujuk pada mereka berdua(untuk hukum semasa je).

Kali kedua lafaz akad, aku menyebut “aku terima nikah dengan maskahwin sebanyak yang tersebut”. Saksi kata OK, tapi ada pertikaian sedikit dari imam bahawa ada masalah sikit kerana aku tak menyebut ‘nya’ pada ‘nikah’. Ya Allah,adakah aku perlu melafaz sekali lagi. Syukur, setelah berbincang sikit, semua dapat ‘approve’ lafaz tadi. Adoiii..

Terpaksalah aku mendapat malu kerana perlu mengulang akad nikah akibat perbuatan ‘bidaah’ tersebut. Buat pengetahuan pembaca, semua yang duk ulang-ulang lafaz nikah itu adalah karut semata-mata. Asalkan dengan bahasa yang difahami, ijab qabul sah je. Tiada dalam sirah Nabi SAW benda ulang-ulang macam ni. Tiba-tiba je bila dah tiba saat akad nikah, bahasa baku perlu digunakan.

Ada yang teruk lagi, seorang imam di sebuah kampung mahukan perkataan ‘nikah’ perlu disebut ‘nikahh’. Maksudnya dia tak mahu huruf ه pada ‘nikah’ tersebut tapi ح. Pada masa lain hanya sebut ‘nikoh’ pulak(bahasa Kelantan). Teruk betul masyarakat kita, benda-benda sunnah Nabi saw yang lain banyak lagi yang tak ditekankan.. benda yang mudah pulak nak dipayahkan pulak. Banyak je contoh-contoh lain yang berlaku.

Apa-apa pun, aku bersyukur kerana semua berjalan dengan kerjasama semua pihak yang memudahkan urusan yang baik ini. Hanyalah kes tadi je. Mungkin ada hikmahnya supaya aku dapat terangkan pada orang lain mengenai cara yang sebenar. Lainlah aku ni gagap pada masa tersebut. Alhamdulillah, mereka dapat menerima apa yang ku jelaskan mengenai insiden tersebut. Lepas itu, rombonganku ke rumah pengantin perempuan dan majlis makan-makan bermula disitu dan acara bergambar pun diadakan juga.

Majlis itu tamat lepas sesi bergambar tetapi perlu diingatkan pada diri ini bahawa kehidupanku baru je bermula pada saat itu bersama isteri@makwe yang disayangi.

Firman Tuan Punya Dunia ini:

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. [al-Furqan: 74.]


read more "Dedikasi Buat Seorang Yang Setia 3(akhir)"