Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Pembahagian Syirik

Assalamua’laikum WBT,

InsyaALLAH saya sekadar kemampuan akan menterjemah satu pelajaran penting untuk masyarakat umum yang dipetik daripada risalah الدروس المهمّة لعامة الأمة (Pelajaran-pelajaran penting untuk masyarakat umum) oleh Samahatu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin ‘Abdullah Bin Baaz rhm., mantan ketua mufti Arab Saudi .

Pelajaran yang dimaksudkan adalah أقسام الشرك (bahagian-bahagian syirik). Walaupun ada sebahagian kita sudah tahu, tapi ini sebagai peringatan untuk kita dan kita boleh menambah perkataan arab. Kalau ada faedah tatabahasa yang mudah, insyaAllah saya akan jelaskan.

أقسامُ الشركِ ثلاثةٌ[1]

Bahagian-bahagian syirik ada tiga:

1) شِركٌ أكبرُ [2]

Syirik besar

2) وشِركٌ أصغرُ

Syirik kecil

3) وشِركٌ خفيٌّ

Syirik tersembunyi

فالشرك الأكبر يوجب:

Syirik besar mengakibatkan;

حبوطَ العملِ, والخلودَ في النّارِ لمَن ماتَ عليه كما قال الله تعالى:

Amalan menjadi sia-sia, dan kekalnya di dalam neraka bagi sesiapa yang mati kerananya sebagaimana firman Allah Ta’ala:

[ الأنعام: ٨٨] ( وَلَوْ أَشرَكُوا لَحَبِطَ عَنَّهُم ما كانُوا يَعمَلُونَ )

“Dan sekiranya mereka mempersekutukan Allah, nescaya sia-sialah amalan mereka(yang telah dikerjakan)”

: وقال سبحانه

(( ما كان لِلمُشرِكينَ أَن يَعمُرُوا مَساجِدَ اللهِ شاهِدِينَ على أَنفُسِهم بالكُفرِ أولئك حَبِطَت أَعمَلُهم وفِي

النّارِهم خالِدونَ))[التوبة:١٧]

Dan FirmanNYA lagi : “Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.

وأنّ مَن ماتَ عليه فلَن يغفِرْ له، والجنّة عليه حرامٌ، كما قال اللهُ عزّ وجلّ

Dan sesungguhnya sesiapa yang mati kerananya(dalam kesyirikin), maka Allah tidak mengampuni baginya, dan syurga haram baginya, sebagaimana firman Allah azza wa jalla:

إِنّ اللهَ لا يَغْفِرُ أنْ يُشرَكَ بِهِ ے ويَغفِرُ ما دُوْنَ ذالك لِمن يَشآءُ [النساء: ٤٨]

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).

وقال سبحانه: إنه, مَن يُشرِكْ باللهِ فقد حَرَّمَ اللهُ عليهِ الجنَّةَ ومأْوٮهُ النّارُ وما لِلظالِمينَ مِن أنصارٍ[المائدة: ٧٢]

“Bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".

ومِن أنواعه: دعاءُ الأموات والأصنام، والاستِغاثة بهم، والنذر لهم، والذبح لهم ونحو ذالك.

Dan antara jenis-jenisnya : berdoa kepada orang yang sudah mati dan berhala-berhala, meminta pertolongan dengan mereka, bernazar kerana mereka, melakukan korban kerana mereka dan seumpama itu.

أمّا الشرك الأصغر: فهو ما ثبت بالنصوص من الكتاب أو السنة تسميته شركًا، ولكنه ليس من جِنسِ الشّركِ ألأكبرِ: كالرياءِ في بعض الأعمالِ، والحلفِ بغيرِ اللهِ، وقولِ ما شاءَ الله وشاء فلانٌ، ونحو ذلك لقول النبي صلى الله عليه وسلّم: (( أخوف ما أخافَ عليكم الشرك الأصغر)) فسُئِلَ عنه فقال: (( الرياءُ)) رواه الإمام أحمدُ، والطبراني، والبيهقي، عن محمود بن لبيد الأنصاري رضي الله عنه بإسناد جيد، ورواه الطبراني بأسانيد جيدة عن محمود بن لبيدعن رافع بن خديج عن النبي صلى الله عليه وسلّم

Syirik kecil pula ialah apa yang dinamakan sebagai syirik oleh nas al-Quran dan al-Hadis, akan tetapi ianya bukan daripada jenis syirik besar: seperti riya’ dalam sesetengah amalan, bersumpah dengan selain Allah SWT, berkata “apa yang dikendaki oleh Allah dan seseorang” dan seumpama dengannya seperti sabda Nabi SAW : “aku sangat bimbang apa yang aku sangat takut tertimpa keatas kalian adalah syirik kecil”

Dan baginda ditanya apakah ia, lalu Nabi SAW menjawab : “ Riya’ ” al-Imam Ahmad, al-Thabrani dan al-Baihaqi meriwayatkannya daripada Mahmud Bin Lubaid al-Ansari r.a dengan sanad baik dan al-Thabrani meriwayatkannya dengan sanad-sanad yang baik daripada Mahmud Bin Lubaid daripada Rafi’ Bin Khudaij daripada Nabi SAW.

وقوله صلى الله عليه وسلّم: ((من حلف بشئ دون الله فقد أشرك)) رواه الإمام أحمد بإسناد صحيح عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه،ورواه أبو داؤد والترميذي بإسناد صحيح من حديث ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلّم أنه قال : ((من حلف بغير الله فقد كفر أو أشرك)).

Dan sabda baginda lagi: “ sesiapa yang bersumpah dengan sesuatu selain daripada Allah SWT, maka ia telah syirik”. al-Imam Ahmad meriwayatkannya dengan sanad yang sahih daripada ‘Umar B. al-Khattab r.a. dan Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkannya dengan sanad yang sahih daripada hadis Ibnu ‘Umar r.a daripada Nabi SAW bahawasanya: “sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah SWT, maka ia telah kafir atau berlaku syirik”

وقوله صلى الله عليه وسلّم: (( لاتقولوا ما شاء الله وشاء فلان، ولكن قولوا ما شاء الله ثم شاء فلان)). أخرجه أبو داؤد بإسناد صحيح عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه. وهذا النوع لايوجب الردة، ولا يوجب الخلود في النار، ولكنه ينافي كمال التوحيد.

Dan sabda baginda: “janganlah kalian katakan “apa yang Allah kehendaki dan si fulan”, akan tetapi katakanlah “apa yang Allah kehendaki kemudian si fulan kehendaki”. Abu Daud keluarkan hadis ini dengan sanad yang sahih daripada Huzaifah Bin al-Yaman r.a. Dan yang jenis ini tidak mengakibatkan murtad, dan ia tidak mengakibatkan kekal dalam neraka, tetapi ia menafikan kesempurnaan tauhid yang wajib.

أما النوع الثالث: وهو الشرك الخفي، فدليله قول النبي صلى الله عليه وسلّم: (( ألا أخبركم بما هو أخوف عليكم عندي من المسيح الدجّال؟)) قالوا: بلى يا رسول الله؟ قال ((الشرك الخفي...يقوم الرجل فيصلي فيزين صلاته، لما يرى من نظر الرجل إليه)) رواه الإمام أحمد في مسنده عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه.

Jenis yang ketiga pula ialah syirik khafi(tersembunyi). Dalilnya adalah sabda Nabi SAW: “ apakah kalian tidak mahu aku khabarkan dengan apa yang sangat aku takutkan akan ditimpa pada kalian lebih dari al-Masih al-Dajjal?”. Mereka(sahabat) menjawab: “tidak sama sekali wahai Rasulullah”. Nabi SAW menjawab balik: “ syirik khafi.. seseorang lelaki bangun mengerjakan solat lalu mengelokkkan solatnya, ketikamana dia melihat seseorang yang memerhatikannya.

Al-Imam Ahmad meriwayatkannya dalam musnadnya daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a.

يجوز أن يقسم الشرك إلى نوعين فقط : أكبر و أصغر.

أما الشرك الخفي فإنه يعمهما، فيقع في الأكبر كشرك المنافقين، لأنهم يخفون عقائدهم الباطلة، ويتظاهرون بالإسلام رياءً وخوفا على أنفسهم.

ويكون في الشرك الأصغر كالرياء، كما في حديث محمود بن لبيد الأنصاري المتقدم، وحديث أبي سعيد المذكور. والله ولي التوفيق.

Harus untuk hanya membahagikan syirik kepada dua: Besar dan Kecil

Adapun syirik khafi meliputi kedua-duanya (besar dan kecil). Ia berada dalam syirik besar seperti kesyirikan orang munafiq, kerana mereka menyembunyikan aqidah batil mereka, dan menzahirkan keislaman sebagai riya’ dan takut akan diri mereka.

Dan ia terjadi dalam syirik kecil seperti riya’, sebagaimana dalam hadis Mahmud Bin Lubaid al-Ansari tadi dan hadis Abu Sa’id yang baru disebut tadi.

Dan Allah jua Pemberi Taufiq..

__________________________________________________________________________________________

[1]

· Ini satu ayat yang lengkap, dalam ilmu nahu(tatabahasa) ia dinamakan jumlah ismiyyah الجملة الإسمية (ayat yang bermula dengan kata nama).

Bila disebut jumlah ismiyyah, di sana akan ada bahagian Mubtada’المبتدأ (subjek) dan Khobar الخبر (predikat).

Mubtada’= أقسام , الشرك hanyalah sebagai mudhaf ilaih مضاف إليه sahaja.

Khobar = ثلاثة

· أقسامُ الشركِ bermaksud pembahagian-pembahagian syirik

Dalam ilmu nahu, ia masuk dalam kategori al-Idhafah, الإضافة (penyandaran) yang mengandungi mudhaf مضاف dan mudhaf ilaih مضاف إليه

Dalam mudhaf, syaratnya ia adalah kata nama dan :

1. Tak boleh ada ال

2. Tak boleh tanwin pada baris akhir

Jika kita lihat pada أقسامُ , dua syarat tadi telah dipenuhi.

Dalam mudhaf ilaih, syaratnya ;

1. Kena majrur (berbaris bawah huruf akhir atau dengan kehadiran huruf ي seperti المسلمين ataupun berbaris atas pada keadaan tertentu)

Contoh lain yang biasa kita dengar adalah baitullah بيتُ اللهِ bermaksud rumah Allah.

Jadi yang menjadi objek asal adalah adalah أقسام itu sendiri sedangkan الشرك hanya untuk menyandarkan supaya lebih faham lagi. Andaikan jika penulis tidak mahu menambah الشرك, boleh saja tetapi أقسام akan ditambah ال dan jadilah ayat baru الأقسامُ ثلاثةٌ. Ia akan dapat difahami kerana tajuknya sudah ditulis dengan الشرك

[2] شركٌ أكبرُ

Faedah nahu di sini adalah pelajaran badal البدل . Jika diterjemah secara bahasa bermakna ganti.

Badal adalah dari kumpulan Tawabi’ التوابع iaitu bermaksud “yang mengikuti”. Apa yang diikuti? 1. Baris akhir 2. Samada ada ال atau tidak. 3. Lelaki atau perempuan.

Badal berfungsi sebagai menerangkan lagi apa yang sebelumnya. Ia cuba menggantikan kedudukan perkataan sebelumnya yang tidak jelas. Contoh di atas adalah satu bentuk badal bilamana شركٌ mengikuti keadaan ثلاثةٌ tadi. Ia menerangkan apa itu ثلاثة/tiga tadi. Dan dua jenis syirik lain pun mempunyai kedudukan seperti jenis pertama.

Banyak lagi sebenarnya pelajaran yang boleh diambil, tetapi memadailah dengan dua perkara di atas. Yang penting biar anda betul-betul faham mengenai Mubtada’ dan Khobar terlebih dahulu. Ianya ibu ayat…

Jika ada sebarang teguran membina, silalah mesej saya dengan bahasa yang boleh membimbing. Penulis juga seorang pelajar lagi yang dhaif..

0 comments: