Latihan Industri
Oh, sungguh busy hidupku sebulan dua ini.. hanya sempat jenguk sahaja blog.. nak update bahan kena ada kajian yang lama..
Sejak Ummu Mu’awiyah mengandung, aku kena ‘menoreh getah’ lebih sikit. Jadi banyak aktiviti aku terlepas. Tapi Alhamdulillah dapat ikuti melalui internet. Bukan masalah tak mahu join apa-apa,tapi masa tak kena.
Terlalu banyak isu-isu terkini yang hanya dapat ikuti,tapi tak aku tak beri ulasan apa-apa di laman blog ini kerana tak berani. Kepada sahabat-sahabat sekalian,berjuanglah bersungguh-sungguh. Aku akan menyokong kalian dari jauh.
Kepada yang telah dan akan mendirikan rumahtangga, aku ucapkan Barakallahu lakum!!
Terkini, aku sedang menempuh latihan industry atau biasa kita sebut “praktikal” di Perunding Azfar,sebuah syarikat jurutera konsultan di Danau Kota. Apa yang seronoknya, aku dapat tahu macamana sesuatu projek pembangunan berjalan dan macamana sesorang kontraktor menjalankan aktiviti rasuah untuk mendapatkan tender projek. Huhu..
Ok lah, kita jumpa lagi…
This entry was posted on Isnin, April 19, 2010 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Catat Ulasan