Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Di sini kami belajar(catatan setahun jagung)

Dugaan yang sudah diduga

“Berkuranglah kasih sayang pada parent kau jika kau kahwin masa belajar ni”. Seseorang memberi ingatan padaku.

“Aku taknak kahwin lagi, aku nak berbakti pada mak bapak aku dulu, tak macam kau gila nak kahwin”, sindir seorang rakan.

“Eh, umur 20-25 waktu untuk enjoy dulu lah”, lagi rakan menelah.

Begitulah antara kata-kata yang perlu didengar sebagai bayaran untuk orang yang kahwin muda (betul ke muda?) sepertiku. Tapi entahlah, aku tak pedulikan kata-kata itu semua kerana untuk berjaya memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi.

Dari sehari ke sehari, boleh dikatakan bermula dari 0 mengenai rumahtangga hinggalah sekarang, aku melihat kehidupan aku dan isteri semakin dewasa. Aku bersyukur kepada Tuhan semesta alam atas kurniaan ruang waktu yang mencukupi untuk aku buktikan pada semua yang aku boleh!

p/s: sedutan daripada kisah sebenar yang akan dipaparkan pada 3hb Jun 2010 sempena setahun jagung usia perkahwinan

0 comments: