Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Daurah Bahasa Arab Terakhir?

Salam..

InsyaAllah saya dan rakan-rakan sekelas akan mengikuti daurah bahasa arab bersama al-Ustaz abu bashir Yazid b. Ismail buat sekalian kalinya..

Dikhabarkan pada kami bahawa beliau akan berusaha menghabiskan talaqqi kitab Durusul lughatil arabiati lighairin naatiqiina biha pada daurah kali ini..

Saya dah pun hampir 2 tahun bertalaqqi dengan beliau dari mula-mula nak kenal tatabahasa arab yang betul sehiggalah boleh membaca sikit-sikit kitab arab. Alhamdulillah Allah dah memudahkan perjalananku ini. Banyak suka duka sepanjang 2 tahun itu.

Kepada rakan-rakan yang masih berminat bolehlah ikut sekali,termasuk yang terasa dirinya sudah power sangat dengan selok belok nahu arab(bukan point sape2).. kelas bermula sabtu ini(18/4-21/4) dari pagi sampai petang setiap hari.

Tak sabar-sabar untuk sama-sama habiskan buku siri ke3 ini kerana buku siri ke4 nanti akan masuk bab-bab halus nahu arab. Masa itu waktu untuk menuai hasil sahaja, kelas untuk perbincangan.

p/s: terasa betul untuk menjejakkan kaki ke bumi arab terutama Mekah dan Madinah(kalau bersama isteri tersayang lagi bermaknaJ)

0 comments: