Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Balik kampung daaa..

SubhanaAllah penatnya hari ini(21/4)... dari pagi tadi bertungkus lumus dalam daurah bahasa arab,akhir setelah 4hari berlalu, tamat juga hari ini.. tapi malangnya tak sempat habis kitab,masuk bab yang ke28(semua ada 34 bab).

Bersama dengan seorang teman, saya bergerak ke Pesta buku KLIBF di PWTC untuk mencari atau hanya berjalan-jalan ke gedung ilmu itu. Duit tak banyak sangat dalam poket. Tapi akhirnya tertewas juga dengan kehendak hati bila berada disana. Ada 2,3 bijik buku yang dibeli yang berkaitan motivasi kehidupan masa depan yang dibeli dan sebuah kitab bahasa arab yang dikirim oleh seorang teman(أخطأ شائعة). Mujurlah tak lama di gerai kitab arab, kalua tak banyak pulak kitab yang dibeli.

Lepas itu, malamnya pergi mengajar matematik di rumah orang(home tuition). Dah lama tak ajar subjek ini secara serius,tapi setakat form 3 bolehlah tanpa ulangkaji terlebih dahulu. Tapi lepas pulang dari cuti semester ini, insyaAllah akan mengajar add math kepada anak seorang anak pensyarah UIAM. Yang ini memang kena study dulu la. Adoi penatlah nanti kepalaku ini. Yang bab kira-kira ini OK lagi la sebab dalam engineering, benda itu basic je. Di matrik ambil 4 subjek math, di Gombak ambil 5 pulak, dah 9 kali math takkan tak boleh ajar kot.hehe.. tapi yang best bila ajar bahasa arab dan orang faham bahasa al-Quran itu. Kenangan tak dapat kulupa bila anak TG Nik Aziz pernah sekali menjadi anak muridku.hehe..ajar yang basic je sebab student Law syariah kena ambil BA. Sekali tu je,tapi sempat ambil kesempatan tanya pasal ayahnya yang ku kagumi dengan ketokohannya serta dalam bahasa arabnya. Buat masa sekarang tak boleh tumpu ajar bahasa lagi,kena powerkan lagi.

Okla dah penat ni, esok nak drive balik Kelantan..

Selamat Bercuti!!!

0 comments: