Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Dedikasi Buat Seorang Yang Setia

Aku Terima Nikahnya(Dedikasi buat pemilik cintaku)

Tiada ungkapan yang mampu ku lafazkan saat ini iaitu saat bergelar suami orang ialah ucapan syukur ke hadrat Ilahi,Alhamdulillah atas sakinah(ketenangan) yang diberi padaku.

Semenjak ku bergelar suami, rutin hidupku agak sedikit berubah sesuai dengan status yang ada sekarang. Akhirnya pada hari ini, aku sempat jua menulis sedikit sebanyak dalam blog ini.

Untuk pembaca sekalian, ingin ku coretkan serba sedikit apa yang telah berlaku sebelum dan selepas akad nikah berlangsung. Coretan ini menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidupku. Ada yang boleh dicontohi dan ada yang perlu ditinggalkan. Bak kata pepatah “buang yang keruh,ambil yang jernih”.

Sebelum melangkah lebih jauh,izinkanku memberitahu serba sedikit mengenai bagaimana awal perkenalan kami berdua. Terlebih dahulu, ingin diingatkan bahawa semua jodoh pertemuan sudah ditaqdirkan oleh Allah SWT.

Ringkasnya ada seorang sahabatku cuba bertanyakan sebuah soalan yang amat mengejutkanku pada waktu itu. Bukannya soalan itu pelik sebenarnya,tapi timing dia tanya itu kurang kena waktunya iaitu pada exam week. Dia bertanyakan status diriku pada waktu itu,alahai…tapi tak mengapalah benda dah lepas. Dia tanyakan soalan itu untuk cuba untuk matchkan diriku dengan seorang sister. Terkejut bukan kepalang rasanya sebab inilah pertama kali orang cuba buat secara serius. Tanpa berfikir panjang,ku terus nyatakan bahawa diriku tak bersedia lagi kearah itu. Pendek kata,diriku tak sudi lagi.

Tapi lama juga kubiarkan persoalan itu. Aku jadi tak tahu nak buat apa-apa. Tapi dalam masa yang sama,ku memohon padaNYA agar dituntun diri ini dalam menyelesaikan persoalan didepan mata ini. Disamping mencari pendapat daripada orang yang berpengalaman. Yang membuat kuterus berfikir adalah bukan kerana duit, tapi kuberfikir adakah si ‘dia’ yang ku doakan agar dipertemukan sebagai peneman hidup. Pernahlah seingatku pada ramadhan yang lepas, ku ada berdoa agar dipertemukan dengan seseorang yang dapat memahami misi dan visi hidupku. Adakah ‘dia’? berulang-ulang soalan itu berlegar-legar di fikiranku.

Akhirnya,pada suatu hari alkisahnya cerita ini diketahui oleh seorang sahabatku. Terus dia mem’basuh’ku agar menyedari akan hakikat sebenar ciri-ciri seorang isteri yang perlu dicari. Bukan ku tak tahu semua itu,tetapi masalahnya aku kurang mengenalinya,hanya pernah jarang-jarang mendengar. Itu pun masa di matrikulasi dulu. Tetapi sahabatku itu menyatakan bahawa dia telah kenal lama dengan si ‘dia’ itu dan dah kenal hati budinya itu. Pernah sahabatku itu SMS pada ku dengan mesej yang panjang lebar mengenai si’dia’ itu dan mesej itu masih ku simpan hingglah ke saat ini.

Fikiran semakin kusut,hinggalah aku meningati balik apa yang telah diajar oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis sahih Muslim tentang cara pemilihan seorang isteri iaitu lebih kurang bunyi “Dinikahi seorang perempuan itu kerana kecantikannya,kerana hartanya, kerana keturunannya dan kerana agama(akhlaknya). Maka pilihlah yang beragama, nescaya akan beruntung”. Berdasarkan petikan hadis tersebut, seorang ustaz ada mensyarahkan hadis tersebut dengan mengatakan bukanlah seseorang itu perlu memandang pada keempat-empat ciri tersebut,barulah tepat pemilihannya. Tapi yang Nabi SAW mengarahkan hanya pada pemilihan agamanya sahaja. Ayat pertama daripada hadis tersebut perlulah difahami bahawa KEBIASAAN manusia memilih wanita yang ingin dikahwini adalah dengan berdasarkan ciri-ciri tersebut,tetapi ayat suruhan hanya pada agamanya sahaja. Jika kebetulan dia seorang yang cantik,berharta dan berketurunan baik ianya sebagai BONUS sahaja,Alhamdulillah. Ini adalah janji yang diberikan oleh Nabi SAW.

Berkat keyakinan itu, keesokan harinya, dengan tenang aku menyatakan kesudianku untuk mengikat tali pertunanganku dengan si ‘dia’. Aku tak tahu kekuatan itu datang dari mana. Allah sahaja yang tahu bahawa mungkin sudah sampai masanya aku perlu bersedia kearah itu. Bukannya senang nak buat keputusan hidup ini,ibarat hidup mati bagiku. Tapi Alhamdulillah, dia menyatakan dia amat bersyukur sangat-sangat dengan kesudianku itu.

Setelah urusan dengan kedua ibubapaku selesai…..bersambung

0 comments: