Simpatilah pada mereka...
Aku sangat simpati pada malam ini. Melihatkan ramainya couple-couple dikawasan terbuka ini. Tika aku tengah online sambil menunggu habisnya waktu halaqah ummu Muawiyah(Dia sebagai salah seorang naqibah study circle UIA. Setiaku menunggumu..hehehe), mereka tanpa segan silu bermesra-mesra ditempat awam..
Boleh pembaca sekalian memberi sedikit cadangan bagaimana untuk memberi nasihat kepada mereka. Lagipun kebanyakan mereka kawan-kawanku juga. Malang sungguh, percintaan diluar nikah amat melalaikan. Hebat betulkan belitan iblis(talbis iblis). Mana taknya, orang azan pun tak diherankan, asyik bermesra hingga orang habis solat.
Jangan takut dengan perkahwinan, hadapi susah senang bersama. Waktu percintaan amat berbeza dengan alam perkahwinan. Boleh dikatakan ia amat menipu seseorang. Wallahul musta’an…
Rabu, Julai 29, 2009
|
|
This entry was posted on Rabu, Julai 29, 2009
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Catat Ulasan