Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Pengalaman pertama..

Alhamdulillah akhirnya ku dapat merasai bagaimana pelajar jurusan agama belajar dalam formal. Semalam(7/5) ku cuba masuk kelas Qawaid wa Furuq Fiqhiyyah(RKFQ4131A) yang diajar oleh Dr Abd Bari Awang. Itulah pengalaman pertama menyertai mereka.

Jika ikutkan kod subjek itu,ianya akan diajar dalam bahasa arab kerana diakhir kod itu ditulis ‘A’. Tapi masa sampai di kelas, rupanya ustaz banyak cakap bahasa melayu juga.

Memang asalnya kalau boleh nak belajar dalam bahasa arab kerana nak tingkatkan penguasaan bahasa arab,tapi tak mengapalah ilmu yang baru banyak dipelajari dalam kelas semalam.

Sebenarnya kemasukanku hanyalah sebagai mustami’ iaitu pendengar tanpa ada credit hour diberikan. Sepanjang kelas ku lihat kelas tak ubah macam kuliah malam yang biasa budak-budak ini jalankan(para pelajar nampaknya ‘tak bermaya’-mungkin kelas itu sahaja). Ingatkan ada perbincangan hangat.hehe

Selepas kelas,kira-kira lepas solat zohor, kawanku ajak pergi cari kitab yang dipelajari di Fajar ulung tapi tak jumpai. Semester ini agak sibuk sikit dengan kelas engineering management, qawaid fiqhiyyah, bahasa arab dan mengajar matematik sains di luar.

Sedang kawan-kawan satu geng sibuk buak praktikal ditempat masing-masing,ku sibuk berjuang untuk mengahadapi satu praktikal yang tidak kurang pentingnya. Apa ye.......

0 comments: