Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Bab 1(Kembara Sepasang Kekasih).

Bermula sebuah pengembaraan yang jauh

“Haah,kau nak pergi ke Yaman? Biar betul kau!! Kenapa aku lambat tahu?? Sampai hati kau Ziyad tak bagitau aku. Tiadalah rakan yang lebih baik yang aku ada melainkan kau,tapi senyap-senyap je kau pergi ye. Apa tujuan kau kesana bersama-sama Qammurah[1] tersayang kau tu?”. Salman mula bertanya pada sahabat karibnya.

“Maaf kan aku,aku ke sana bukan untuk bersukaria bersama kekasih intan berlian aku ni(Ziyad pernah memanggil begitu), tapi pemergianku ke sana adalah demi sebuah pengorbanan. Mungkin di sana adalah penentu nasib hidup kami. Hanya kepadaNYA kami mampu berserah. Bayangkanlah betapa peritnya perasaan zaujah[2]ku yang tak pernah berpisah dengan puteri sulung kami ini akan berpisah jua buat seketika waktu demi pengorbanan sebuah cinta”. Panjang keluhan Ziyad padaku.

Salman merenung wajah si Abu Unaisah[3] ini yang penuh dengan kerutan di dahi sambil beliau mengesat pipi zaujahnya yang sudah berlinangan air mata kasih seorang ibu. Pada mulanya agak sukar bagi si ibu ini nak berjauhan dengan si Unaisah tetapi mengenangkan keadaan kesihatan puteri mereka agak kurang memuaskan mencetuskan titik perpisahan sementara ini. Mungkin bagi seorang ibu, ini merupakan semacam pertemuan terakhir dengan anak, tetapi bagi seorang bapa ianya bukanlah titik terakhir bersama(kerna orang lelaki pandai control perasaan walaupun hati sangat sayu).

Tepat pukul 2pagi,pintu bilik Salman diketuk oleh sesorang. “Oh ya,Ziyad telah memanggilku”. Salman fikir sejenak. Memang daripada tadi Salman yang menyuruh supaya mengingatkan akan tugasnya untuk menghantar mereka ke lapangan terbang kos rendah(LCCT) di Sepang. Setelah bersiap, Salman pun turun ke bilik mereka yang berhampiran dengan bilikku.

“Semua dah ada?passport,handset,kamera,dokumen dan IC?”. Salman cuba ingatkan mereka berdua. “Ziyad,ke mana si Unaisah[4]?”.Dia saja-saja tanya. “Oh,dari tadi aku dah hantar kat jiran sebelah”, Ziyad terus menjawab. Salman saja nak tengok macamana perasaan seorang ibu. Memang mata si ibu itu seakan mencari-cari sesuatu. Dalam hati Salman “nak cari buat apa,Unaisah dah kat jiran sebelahla”. Jadi, Unaisah sekarang mempunyai ibu susuan jugalah. Apa yang dihairankan, Nabi Muhammad SAW pun ada ibu susuan sendiri.

Di Lapangan Terbang

“Ya Aba Unaisah,atuhibbu bintaka?[5]” Salman cuba nak praktis Bahasa Arab di kala orang tengah stress untuk meniggalkan anak berjauhan.

“Man,kalau kau nak tahu, sekarang baru aku tahu apa perasaan ibu bapa kita terhadap anak-anak mereka. Nanti kau ada anak sendiri, barulah kau tahu betapa peritnya bila nak berjauhan. Cuba kau bayangkan ‘darah daging’ berpisah dengan tubuh,boleh ke,boleh ke??” Panjang pula syarahan Ziyad pada soalan kurang cerdik Salman itu.

Ziyad sambung lagi “memang benar seteruk manapun ibubapa itu,pasti dia akan ‘tewas’ dengan naluri kasih seorang ibu atau bapa kepada seorang anak,kecuali jika ia tidak normal atau paranormal”. “ish,sempat lagi dia nak melawak dalam keadaan sedih macam ini”. Getus hati Salman.

“Betul3x”. Salman membalas lawakan sahabatnya itu. Dalam fikirannya,bila disebut tentang ibubapa,teringat pula akan ayat al-Quran dimana Allah ada menyebut

"Dan Rabb-mu telah memerintahkan kepada manusia janganlah ia beribadah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kepada keduanya 'ah' dan janganlah kamu membentak keduanya" [Al-Isra : 23]

Wajah isteri Ziyad, Mustatirah[6] agak lesu. Jauh renungannya kearah kereta terbang[7] di situ. Anak sudah tiada di sisi, perjalanan tinggal sejam lagi.

Satu pengumuman kedengaran bahawa penerbangan ke Yaman akan bertolak setengah jam lagi. Masa itu, semua penumpang perlu berada dalam keadaan siap sedia di tempat menunggu.

Setengah jam kemudian iaitu tepat pukul 4.45 pagi, mereka berdua sudah menaiki tangga pesawat Boieng 767 milik sistem penerbangan Malaysia(MAS). Salman cuba buat-buat lambai,manalah tahu mereka nampak. Tapi malangnya pasangan itu nampak macam tergesa-gesa. Mungkin mereka ingin cepat melupakan apa yang telah berlaku,umpama seorang kekasih yang baru berputus cinta,ingin lari secepat dan sejauh mungkin daripada keadaan tersebut.

Bersambung..



[1] Bermaksud sayangku. Rujuk kamus Tematik Maulana Mohd Asri Yusoff

[2] Zaujah bermaksud isteri

[3] Ini dinamakan kuniyah(menajadi sunnah kepada kita untuk memberi pangkat “abu” kepada anak sulung)

[4] Dalam bahasa ini dinamakan isim tasghir(asalnya Anisah)

[5] “wahai abu Unaisah,adakah kamu sayang anak permpuan kamu?”

[6] Bermaksud yang tersembunyi

[7] panggilan budak kampung kepada kapal terbang

0 comments: