Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Bab 2 (Kembara Sepasang Kekasih)

Yaman, bumi Allah

Sungguh, perjalanan yang hampir memakan masa selama 17 jam itu amat memenatkan jiwa raga tak kira siapa pun. Termasuklah pasangan kekasih, Ziyad dan isteri kesayangannya,Mustatirah. Perjalanan ditempuh dengan perasaan penuh kesayuan. Ziyad mengambil kesempatan masa yang panjang itu untuk membaca Al-Quran disisi isterinya Mustatirah yang lebih senang menjadi pendengar. Seusai membaca kalamullah itu Ziyad melenakan diri seketika. Semenjak malam tadi lagi Ziyad menahan mata. Mustatirah merelakan bahunya menjadi bantal untuk suami tersayang. Dia tidak dapat tidur. Fikirannya melayang kepada buah hatinya,Unaisah. Sayu rasanya bila air susu yang menjadi minuman Unaisah keluar tanpa henti. Puas Mustatirah ulang-alik ke tandas untuk membuangya tetapi tetap mengalir keluar. Perjalanan itu begitu memeritkan bagi seorang ibu yg terpaksa menahan kesakitan. Mujurlah ada semangat pengorbanan yang tinggi telah melupakan sementara kesakitan itu.

Setibanya mereka berdua di lapangan terbang antarabangsa Sana'a, ibu kota Negara Yaman disambut dengan angin yang sepoi-sepoi sahaja bagaikan tahu akan kehadiran ‘tetamu’ istimewa ini. Setelah tiba di Yaman, pelancong-pelancong akan diberi permit untuk tinggal di Yaman selama 30 hari. Menjadi suatu kemestian untuk mendaftar di Balai Polis dalam tempoh masa 2 minggu setelah tiba di Yaman. Tempoh maksimum menetap adalah 90 hari. Bayaran visa bergantung kepada jenis visa dan kewarganegaraan. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan visa pelancong selama 90 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a.

Selain Sana’a - dengan kepadatan penduduk melebihi 2 juta orang dan ketinggian melebihi 2,300 meter dari paras laut terdapat juga Bandar lain seperti Hudaidah, Hadhramaut, Aden (bandar ekonomi), Mukalla, Taiz, Ibb, Sa’adah, Ma’arib dan Seiyoun.

Setelah mendaftar di sebuah hotel 4 bintang di tengah kota Sana’a, Ziyad dan isterinya langsung ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam. “Alhamdulillah kita sampai juga ye di bumi Allah yang bertuah ni”. Ziyad memulakan bicara. “pengembaraan kita baru je bermula ni bang”. Balas si isteri. Direnung jauh pada sebuah tasik betul-betul berhadapan dengan restoran itu membuatkan Mustatirah diam bersahaja. “mungkin dia teringat puterinya yang jauh kot”. Ziyad bermonolog. “Yang,dulu kita pernah berjanji bahawa kita akan hidup susah senang bersama, abang tak kisah jika hidup kita susah,tapi susah dalam bahagia. Betapa ramai orang yang kaya raya ,tapi akhirnya bercerai juga,siap berdendam lagi”. Panjang pula ‘lirik’ yang Ziyad dendangkan buat si isteri. Mustatirah hanya menunduk kepala tanda setuju. Memang itulah janji mereka.

“Abang bersyukur Allah memudahkan segalanya untuk kita. Ayang menjadi wija’ di hati abang dan menjadi penguat apabila abang lemah. Walaupun apa keadaan ayang tak pernah mengeluh bersama abang”. Luah Ziyad. Indah sekali kata-kata itu mengalir dalam relung hati seorang isteri.

“Abang, sebenarnya ayang yang beruntung bersuamikan abang. Walaupun hidup kita sederhana tapi abang hiasi dengan kekayan jiwa abang. Abang tak pernah menyusahkan ayang. Abang selalu menghiburkan hati ayang dengan ilmu,ayatul Quran dan ingatan dari sabda Nabi sallahualaihi wassalam. Waktu hidup ayang dengan abang sungguh bererti. Tapi yang lagi ayang seronok abang selalu memanjakan ayang. Macam puteri,”Mustatirah mengusik suaminya sambil ketawa. Ziyad ikut ketawa. Sambil itu ingatannya terbang pada peristiwa lalu.

“ahh,kau nak kahwin??? Diri sendiri tak terjaga. Apa yang kau ada untuk pelihara anak orang?!, selama ni mak ayah kita yang tanggung kita. Kau dah betul-betul bertekad ke? nanti jangan menyesal!”.

Marah sebahagian saudara-saudara Ziyad 2 tahun lepas akan keputusan awalnya untuk dia berkahwin pada umur 24 tahun sedangkan isterinya 2 tahun muda darinya. Dia baru tamat pengajian bidang Pengurusan Teknologi dari sebuah IPTA. Mereka bimbang jika Ziyad kahwin awal,kemungkinan ibubapa akan diabaikan oleh Ziyad kerana hendak memulakan hidup bersama isteri. Apapun,Ziyad memang bertekad untuk berkahwin dan mahu memulakan perniagaan madu Yaman yang terkenal dengan keaslian. Dia memang yakin akan firman Allah;

“dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.”

(An-nur:32)

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka Dengan sebaik-baik balasan bagi apa Yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa Yang dikehendakiNya Dengan tidak terhitung.”

(An-nur:38)

0 comments: