Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Bab 4(Kembara Sepasang Kekasih).

Angguk tanda setuju

Pasangan kekasih itu seakan-akan terpukau dengan syarahan panjang Sayyid Mahmoud itu. Mereka hanya mampu mengangguk tanda setuju apa yang dikatakan.

“Abang, dia ni cakap betul-betul ke atau cubaan semata-mata”. Usik Mustatirah.

“Yela ayang, macam dia hafal je skrip tu. Hehe”. Balas Ziyad

“Em, takpelah kita husnu zhon [1]je la, mungkin kelebihan dia begitu,walau tak belajar tinggi tapi daya ingatan dia amat hebat kerana dapat mengingati betul-betul sejarah madu ni”. Mustatirah cuba membuat khulasah[2].

Kedua-dua mereka mula menuju ke meja rundingan untuk membuat perjanjian dan kata sepakat mengenai tawaran untuk mengedar madu Yaman ke Malaysia. Di situ ada seorang jururunding syarikat yang bertanggungjawab keatas sesiapa yang mahu buat urusan.

Akhirnya, setelah semua mengangguk setuju, Ziyad menghulurkan tangan bersalam dengan pegawai itu sambil memegang erat tangan Mustatirah. Dia membawa keluar Musatirah kerana semua urusan dah selesai.

“Alhamdulillah bang, Allah telah memudahkan urusan kita,walaupun kita bersusah payah datang ke sini, tapi akhirnya dimudahkan urusan”. Mustatirah berkata-kata.

“Mus, ingat tak ayat al-Quran yang Mus selalu ingatkan kepada abang? Inna ma’al ‘usri yusro[3]”. Ziyad memandang isterinya itu.

“Sayang ingat insyaAllah”. Mustatirah balas sambil dikenyitkan mata kirinya.

Sejurus Mustatirah mengakhiri kata-katanya, kebetulan sebuah teksi berhenti tepat depan mereka. Tanpa berlengah, kedua-duanya mengambil tempat didalam teksi bermeter itu. Mustatirah memainkan peranan untuk berkomunikasi dalam bahasa pasar arab.

Tiba di hotel itu, mereka terus ke restoran berdekatan untuk menikmati makan malam sebelum maghrib masuk waktu. Jam menunjukkan pukul 6:30 petang dan mereka bersedia untuk makan malam. Memang agak sesak restoran kerana ramai pelancong yang hadir.

“Kan elok jika Unaisah ada disamping kita kan bang?”. Renungan jauh Mustatirah menggelisahkan hati Ziyad.

“Ayang, tengok sana cantik bunga perhiasan yang ada sekitar restoran itu!”. Ziyad cuba mengalih pandangan isterinya.

Setelah semua dah selesai, muka masing-masing agak ceria kerana kekenyangan makan lauk kambing kurma tadi. Tiba di bilik, selepas badan dibersihkan mereka berdua berehat sepuas-puasnya. Ziyad cuba membuka mp3 milik isterinya dan memasang earphone di telinga.

Dia cuba memilih lagu kegemaran isterinya, terdengarlah lirik , mendayu-dayu suara seorang penyanyi kanak-kanak;

Satu,

Kasihnya abadi,

Tiada tandingin,

Dia yang SATU.

Dua,

Sayang berpanjangan,

Membawa ke syurga,

Kasihnya ibu.

Tiga,

Lapar dan dahaga,

Rela berpayahan,

Setianya ayah….

Tiba-tiba jiwanya sebak. Seolah-olah puterinya sedang memanggil-manggil.

“Maafkan abi, nak. Abi mengembara ni pun untuk masa depan kita juga”. Getus hati Ziyad.

Dari jauh, Mustatirah memandang Ziyad yang kelihatan sugul. Tiba-tiba mukanya berubah ceria. Mungkin sedaya untuk melupakan apa yang sedang berlaku. Dia memandang tepat ke wajah Mustatirah. Tiba-tiba dia mengenyit mata kanannya ke arah Mustatirah.

“Ayang, jom ‘beriadah’!” Ziyad cuba memancing Mustatirah.

Dengan keadaan malu-malu, Mustatirah hanya mampu mengangguk tanda setuju. Ziyad berjalan ke arah Mustatirah sambil membaca[4]:

بِسمِ اللهِ, اللهّم جَنِّبْنا الشَّيطانَ, و جَنِّبْنا الشَّيطانَ ما رَزَقْتَنا

Dengan nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anugerah yang akan engkau berikan kepada kami."[5]

Lampu romantis mula dipasang. ‘Usailah[6] dinikmati dengan penuh keberkatan. Selamat malam…



[1] Sangka baik

[2] Kesimpulan

[3] Sesungguhnya kesenangan ada bersama kepayahan itu.

[4] Ketika melakukan ‘riadah’ suami isteri, disunnahkan untuk membaca doa ini.

[5] HR. Bukhari dalam kitab shahihnya (9/187), Muslim (16/116)

[6] Madu, diguna dalam hadis sahih riwayat Muslim dalam Kitab an-Nikah (16/111)

0 comments: