Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Bab 5(Kembara Sepasang Kekasih).

Subuh yang dingin

Bunyi alarm daripada handset Ziyad telah mengejutkan mereka berdua daripada ulitan mimpi semalam. Agak kebetulan, azan subuh nyaring berkumandang dari sebuah masjid yang berada kira-kira 200 meter dari hotel yang mereka diami.

“Alhamdulillahillazi ahyaana ba’damaa amaatana wa ilaihin nusyur”. Itulah ayat pertama yang dibaca oleh Ziyad sebaik sahaja membuka matanya dan terus dia bingkas dari katil, sambil mengejut isterinya. Terus kakinya melangkah menuju ke bilik air untuk untuk membersihkan diri bagi memastikan dirinya suci daripada hadas kecil dan besar. Sebelum kaki kirinya menjejaki tandas itu, sempat juga dia membaca doa masuk tandas.

10 minit berlalu, dia melangkah dengan kaki kanannya untuk keluar dari tandas. Dia keluar dengan ceria sambil doa keluar tandas dan doa lepas wudu’ dibaca. Jauh dipandang isterinya.

“Ayang, sekarang giliran ayang pula. Oh ya, abang rasa abang nak solat di masjid pagi ni. Banyak pahala orang berjalan menuju ke masjid pada waktu gelap macam ni kan?”. Ziyad cuba mengambil perhatian isterinya.

“Alhamdulillah, beruntung diriku kerana memilikimu”. Mustatirah menjawab sambil mulut tersenyum lebar. Ziyad pantas memakai pakaian yang sesuai untuk bersolat. Sebelum Mustatirah melangkah menuju bilik air, Ziyad memanggil nama Mustatirah agak kuat.

“Apa lagi bang?” Mustatirah mengangkat kedua keningnya.

“Terima kasih yer!”. Ziyad ucap pada isterinya sambil mengenyit mata.

“Sama-sama,dan untukmu jua”. Mustatirah seakan-akan faham ucapan ‘terima kasih’ tadi.

Pagi itu, keadaan di bandar Sana’a agak dingin. Ziyad berjalan dengan langkah yang perlahan kerana dirasakan masih awal lagi azan tadi. Lagipun jarak antara hotel dan masjid tidaklah jauh sangat. Sampai sahaja di masjid, terus dia bersolat dua rakaat sunat qabliyyah iaitu solat sebelum fardhu subuh. Setelah selesai, dia membaca al-Quran sambil menunggu iqamah dari juruazan. Dia membaca surah kegemarannya iaitu surah at-Tahrim(Pengharaman). Dia amat terkesan dengan bacaan seorang qari terkenal dalam sebuah bacaan, dibaca sambil menangis teresak-esak.

Selesai sahaja ayat terakhir dibaca, seorang anak muda telah ditugaskan untuk mengiqamahkan solat. Semua jemaah cepat-cepat mengambil saf di hadapan. Seorang imam bertugas terus mara ke depan untuk mengimami solat al-fajar(subuh) itu. Sebelum memulakan solat, beliau memandang tepat ke arah makmum dan meminta memenuh dan dan merapatkan saf-saf yang ada. Dia mengambil masa setengah minit untuk membetulkan saf tersebut.

“Ini memang betul-betul mengikut sunnah Nabi SAW ni”. Ziyad berkata seorang diri sambil tersenyum.

“Allahuakbar!”. Agak tinggi suara yang diangkat Imam itu. Lalu dibaca surah al-fatihah dan seterusnya ayat lazim.

Solat yang mengambil masa 15 minit itu diakhiri dengan tasyahhud yang agak lama. Kemungkinan Imam membaca doa yang panjang diakhir solat sebelum salam[1].

“Assalamu’alaikum warahmatullah”. Imam memberi salam ke kanan dan ke kiri. Dipandang kea rah makmum sekali lagi sambil bibirnya terkuamat-kamit berzikir. Ziyad hanya memerhatikan semua itu.

Selepas selesai berzikir, ada 3 orang jemaah bingkas bangun dan menyiapkan tempat untuk kuliah pagi itu. Rupanya kebetulan pagi itu kuliah subuh diadakan di masjid tersebut. Ziyad ingin tahu sangat siapakah yang akan bagi kuliah pagi itu. Dia cuba menyapa orang sebelah. Nama syeikh yang akan bagi kuliah sudah diketahui. Namanya Syeikh Yaseer Ahmed , seorang yang agak pertengahan umurnya. Dia memulakan tazkirahnya dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan seterusnya memulakan kuliah tersebut. Mujurlah bahasa yang digunakan agak mudah difahami oleh non-arab yang ada disitu terutama Ziyad.

Dalam tazkirahnya Syeikh ada menyebut tentang kebimbangannya akan perubahan sedikit demi sedikit orang arab terutama yang berada di Yaman mengenai kewajiban menutup aurat dan menyempurnakannya. Dia mendakwa telah ramai juga gadis-gadis Yaman yang melilit tudung mereka paras leher dan sekali gus menampakkan dada. Ini sudah agak jauh dengan budaya di situ yang majoriti penduduknya mengenakan niqab setiap kali keluar rumah.

Kuliah itu juga memberi amaran tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis: "...dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..."[2]

“Sedikit demi sedikit, ramai dari kalangan umat Islam terutama di Negara kita ini sudah terpengaruh dengan budaya asing yang agak jauh menyimpang dari panduan sebenar kita iaitu al-Quran dan al-sunnah. Inilah yang dibimbangi oleh Nabi SAW akan unsur yang tidak elok yang diimport dari Negara luar dan masuk ke Negara kita, dan budaya itu amat bertentangan dengan syariat Islam. Tambahan, mereka berbangga akan budaya rosak orang lain”. Keluh Syeikh Yaseer

Dia menyambung kata “Cuba kita lihat pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah mengarahkan sahabat R.A untuk membunuh semua anjing kerana pada waktu tersebut anjing dijadikan benda yang dibangga oleh pihak Yahudi. Dalam banyak perkara, baginda menyuruh sahabat R.A supaya menyelisihi pihak Yahudi hatta membunuh anjing sekalipun. Tapi lama-kelamaan hukum itu menjadi semakin ringan kerana unsur tersebut sudah tiada,malah baginda melarang pula”.

“Sehinggakan isbal[3] pun dilarang agak keras pada waktu tersebut kerana perbuatan tersebut hanya dilakukan oleh bangsawan yang sangat menyombong diri dan bongkak. Nabi SAW mahu membuang anasir-anasir yang tidak elok dari dalam diri ummat dan lagi teruk jika pada waktu yang sama berbangga dengan kejelikan itu. Dan ada sebahagian ulama’ yang sudah meringankan hukum tersebut kerana trend tersebut sudah tidak ada tetapi ada sebahagian ulama’ yang masih mengekalkan arahan terebut. Apapun, mereka semua ada hujjah masing-masing”. Syeikh cuba memberi penjelasan supaya audien lebih faham.

Ziyad agak khusyuk mendengar kerana dia fikir ulama’ di sini agak konservertif tetapi pandangannya meleset. Memang hebat ulama’ yang ada di sini. Ingin juga dia untuk bersua muka dengan seorang ulama’ terkemuka di Yaman iaitu Dr. Abd Majid Zindani tetapi belum ada kesempatan waktu lagi. Khabarnya, syeikh tersebut berada di Universiti al-Iman. Banyak tokoh-tokoh yang lahir dari Negara ini dan telah berkembang ke Negara-negara jiran. Mungkin inilah hasil yang dapat dilihat melalui jasa utusan Nabi SAW ke sini, Muaz B. jabal R.A untuk melaksanakan misi dakwah Islam. Dan keistemewaan yang ada pada madu Yaman menambahkan lagi keberkatan di Bumi Allah ini. Memang agak tepat keputusan Ziyad untuk mencari pengalaman di sini. Pertama kali datang, sudah pun memikatkan hatinya.

Kuliah itu diakhiri oleh Syeikh Yaseer dengan pesanan ringkas “ingatlah, ummat Islam kita akan sedikit demi sedikit akan mengikut jejak langkah Yahudi sehinggakan kalau mereka masuk lubang biawak pun, kita akan ikut turut sama[4]. Maka berwaspadalah dengan muslihat musuh Islam”. Dan seterusnya dibaca tasbih kaffarah[5] sebagai penutup majlis.

Panjang difikir apa yang diingatkan oleh Syeikh itu tadi, sambil Ziyad memandang ke kiri dan ke kanan.

“Emm, ada betul juga apa yang disebut sebentar tadi”. Luah Ziyad seorang diri sambil kakinya terus menuju ke bilik hotelnya.



[1] Ramai yang tidak mengetahui doa sebelum salam merupakan satu sunnah Nabi SAW

[2] Sahih Muslim

[3] Kain yang dipakai yang melebihi buku lali.

[4] Maksud sebuah hadis

[5] Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu alla ilaha illAllah

2 comments:

pembaca yg baru pandai membaca... berkata...

slm...penulisan yg agak bagus tapi ada bahgian yg kurang wajar dimasukkan...perlu diingat bhw pembaca blog ni terdiri dari pelbagai lapisan umur.bkn semua golongan mutazawwijin...so sesetengah part maybe blh ditafsir secara terpesong bg yg masih x matured pemikirannya...hrp pertimbangkan...blog dan novel berbeza, sbb kalu novel hanya pembeli yg membacanya tapi blog terbuka kpd semua so anda sebagai penulis pasti x dapat mengawal siapa yg akan membaca blog anda...wslm...harap terima dgn hati dan jantung terbuka tapi jgn sampai jantung berlubang okkkkk...teruskan menulis,ops silap, teruskan menaip...

pembaca yg baru pandai membaca berkata...

xpayah la ada kelulusan penulis blog, x glemer la komen sy klau anda reject...hehehe.gurau je...