Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Bagaimana Sapu Kepala Semasa Wudu'

Ringkasan Kuliyah Sunan Abi Daud

Pensyarah: Maulana Mohd Asri Yusoff

Kitab: Bazlul Majhud fi Halli Abi Daud oleh Syiekh Khalil Ahmad Saharanfuri

Bab Sifat Wudu’ Nabi(jilid 1, m/s 297)- kuliyah 28

Tarikh kuliyah : 5/9/2004

Perbincangan mengenai bab sapu kepala

  • Dimulakan dengan perbahasan sanad hadis pertama;

Ada sikit kekeliruan pada kata ganti nama(dhomir) “wahuwa” kembali pada siapa

(tak perlu dibahas detail disini,blh dengar sndiri sbb Maulana bahas detail sanad hadis ini)

Perbahasan

· Asas punca khilaf utama adalah pada ayat Quran tentang wudu’

وامسحوا برءوسِكم........))

Surah al-maidah; ayat 6

· Penjelasan ada pada hadis Abdullah B. Zaid yang merupakan sahabat Nabi SAW(jadi perbahasan utama)-sila check hadis penuh dalam sunan Abi Daud atau sape2 boleh paste kan disini-penulis

v Imam Bukhari, Imam Malik, Imam Ahmad(dalam salah satu pendapat) kata wajib sapu semua kepala dengan berdalilkan hadis diatas yang jelas mengatakan Nabi sapu semua kepala dari depan ke belakang dan ditarik ke depan balik. Jika tak buat, wudu’ tidak sah.

v Imam Bukhari buat bab khas dalam kitabnya: bab sapu kepala keseluruhannya & bab sapu kepala sekali sahaja.

· Berdasarkan ayat wudu’ diatas, disimpulkan;

v -Imam Malik berpendapat ba’(ب) pada ayat tersebut adalah ba’ zaidah((زائدة yang berfungsi untuk menguatkan pernyataan atau taukid.

-Jika hanya guna وامسحوا رءوسَكم tak semestinya semua kepala, jadi fungsi ب adalah untuk menguatkan suruhan sapu kepala kesuluruhannya.

-Tambahan, Nabi SAW dalam hadis tersebut jelas setelah menarik tangan ke belakang, terus tarik kedua-dua tangannya ke depan balik untuk memastikan benar-benar telah rata sapuannnya.

§ Bantahan: pihak yang tidak setuju menyatakan ب di sini adalah ب silah(صلة) yang berfungsi sebagai penyambung sahaja dan sebagai ‘hadiah’ dari Allah.

v - Imam Syafie berpendapat ب dalam ayat tersebut adalah littabi’d (للتبعيض) yang bermaksud sebahagian kepala. Tak kisah sebanyak mana pun, sedikit pun dah dikira sah.

-ب itu digunakan untuk menunjukkan sebahagian sahaja kerana kalau dengan erti kata semua, tentulah perkataan seperti kulla كل atau jami’ جميعَ telah digunakan, tapi Allah guna ب sahaja.

- Lagipun, kita diperintahkan untuk sapu sahaja kepala, bukannya basuh. Jadi nampak keringanan sedikit disitu. Kenapa perlu sapu semua sekali, ini semacam menyusahkan sampai kena tarik tangan kedepan balik semasa sapu kepala.

§ Bantahan : mana boleh berpendapat begitu, ini amat berlawanan dengan nas yang jelas yang sapu semua kepala.

v Imam Ahmad dalam pendapat yang masyhur berpendapat ba’ للتبعيض disini bermaksud betul-betul separuh kepala.

v -Imam Abu Hanifah mengatakan ب dalam ayat tersebut adalah ب lil-ilsaq (للاِلصق) yang bermaksud untuk menyatakan ‘lekatan’ antara tangan dan kepala tanpa ada penghalang. Ini suruhan untuk melekatkan tangan dan kepala sahaja (jadi, hanya suku kepala sahaja wajib disapu)

-mereka berpegang juga kepada hadis Mughirah iaitu sahabat nabi( hadis di tempat lain) dimana dia melihat Nabi hanya sapu dibahagian depan kepala atau jambul sahaja.

§ Bantahan: Imam Malik dan Bukhari tidak terima hujah hadis Mughirah kerana Nabi sapu jambul tersebut hanya masa musafir dan bermungkinan sedang uzur, bukannya amalan baginda selalu. Sedangkan solat pun boleh dijamakkan dan diqasarkan kalau kita bermusafir.

· Maulana Asri mengulas bahawa lebih baik bagi kita untuk sapu kesemua kepala, tambah-tambah dalam keadaan sihat. Ini kerana adalah disana ada juga pendapat yang mengatakan sampai tidak sah wudu’ seseorang yang tidak sapu semua bahagian kepala.

· Janganlah kita mengecilkan pendapat-pendapat lain dan orang yang mengamalkan pendapat lain. Walaupun kita kata pendapat Imam Syafie paling lemah, kita boleh guna hasil ijtihad beliau. Ijtihad itu sendiri adalah satu binaan yang kukuh, bukan pendapat main-main.

Perbahasan kali ini banyak menyentuh persoalan bahasa. Perbezaaan pendapat boleh terjadi dengan berbeza penggunaan huruf-huruf arab. Jadi, sama-sama kita mendalami Bahasa al-Quran ini supaya kita akan dapat tahu mengapa berlaku perbezaan dikalangan ulama’ tanpa merendahkan mana-mana pihak.-penulis

والله أعلم بالصواب

0 comments: