Mengharap Secebis Kasih-Nya

Istiqamah di Atas Manhaj Nabi SAW dan Sahabat r.hum

Faedah-faedah Perkahwinan Awal!


Kalam yang Bernilai Fadhilatus Syaikh Dr Soleh al-Fauzan hafizahullah.

إن الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله بعثه بين يدي الساعة بشيرًا ونذيرًا وداعيًا إلى الله بإذنه وسراجًا منيرًا ، فبلغ الرسالة وأدى الأمانة ، ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده - صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه وأتباعه إلى يوم الدين وسلم تسليمًا كثيرًا - . أما بعد :

Antara faedah-faedah perkahwinan awal adalah untuk mendapatkan zuriat yang akan menjadi penyejuk mata. Firman Allah SWT {dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyejukkan mata melihatnya.} [al-Furqaan:74].

Para isteri dan anak-anak merupakan penyejuk mata, bilamana Allah SWT menjanjikan atau mengkhabarkan bahawa ‘penyejuk mata’ itu terhasil melalui perkahwinan.

Ini antara yang boleh memberi dorongan dan sebab kepada orang muda untuk berkahwin {kurniakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyejukkan mata melihatnya}. Begitu juga anak-anak; Allah SWT telah mengkhabarkan bahawa anak-anak adalah sebahagian perhiasan dunia. {harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia} [al-Kahfi: 46].

Maka anak-anak itu, terdapat pada mereka perhiasan dunia, sedangkan manusia memerlukan perhiasan. Dan sebagaimana dia perlukan harta, demikian juga dia perlukan anak-anak, kerana mereka menyamaï harta pada keadaan mereka sebagai perhiasan hidup dunia.

Ini keadaannya di dunia, kemudian di akhirat, anak-anak yang soleh dapat memberi manfaat secara berterusan kepada ibu bapa mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW: (Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah atau anak soleh yang mendoakan kebaikan kepadanya) [Sahih Muslim]. Oleh itu, terdapat kelebihan yang besar pada anak-anak untuk kehidupan di dunia dan selepas kematian.

Perkahwinan awal juga dapat meramaikan ummat dan masyarakat Islam. Seseorang itu dituntut untuk bersama dalam membina masyarakat Islam( menjadi ramai). Sabda Nabi SAW: (Berkahwinlah kerana aku berbangga dengan ramainya kamu(yakni orang Islam) pada hari kiamat) [Sunan al-Baihaqi dengan sedikit perbezaan lafaz-pent]

Perkahwinan itu mempunyai kepentingan-kepentingan besar yang sebahagiannya sudah kami sebutkan tadi. Apabila kebaikan dan kepentingannya dijelaskan kepada orang muda, maka segala masalah yang mereka fikir akan menghalang mereka daripada berkahwin akan dapat diselesaikan.

Ada pandangan mengatakan bahawa perkahwinan yang awal akan menyibukkan diri mereka daripada mencari ilmu dan proses pembelajaran. (Pandangan) ini tidak dapat diterima. Malah yang lebih tepat ialah (pandangan) sebaliknya. Ini kerana perkahwinan senantiasa akan membuahkan kebaikan yang telah kami sebutkan sebelum ini. Antara lain ialah beroleh ketenangan, kedamaian dan kententeraman hati serta dapat menyejukkan mata memandang.

Inilah yang akan membantu seseorang pelajar(yang berkahwin) untuk mendapatkan hasil (ilmu yang baik) kerana sekiranya hatinya menjadi tenang, fikirannya sudah bersih daripada kerunsingan mudah untuk mendapatkan hasil (ilmu yang baik).

Adapun jika tidak berkahwin, maka inilah yang menghalangnya untuk mendapat apa yang dikehendaki daripada ilmu kerana fikirannya bercelaru akan mengganggu hati, tidak berupaya untuk menuntut ilmu.

Akan tetapi jika dia berkahwin, tenang mindanya, damai jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia boleh berlindung padanya, dan seorang isteri yang dapat menghiburkan serta membantunya, maka inilah yang dapat membantunya untuk memperoleh ilmu.

Perkahwinan awal, jika Allah SWT memudahkannya dan sesuai kepadanya, maka inilah yang akan memudahkan seorang pelajar untuk mengharungi perjalanan bagi mendapatkan ilmu dan tidak seperti yang digambarkan bahawa perkahwinan menjadi batu penghalangnya!

Begitu juga mereka katakana: Sesungguhnya perkahwinan awal akan membebankan orang muda untuk memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri mereka. Kenyataan ini juga tak dapat diterima kerana sebuah perkahawinan akan disertai dengan keberkatan dan kebaikan dimana perkahwinan merupakan satu bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan RasulNYA. Dan semua ketaatan (membawa) kebaikan.

Jika seorang pemuda itu berkahwin mengikut apa yang disuruh Nabi SAW , mengkaji janji Baginda SAW berupa kebaikan pada perkahwinan serta niat yang betul, maka inilah perkahwinan yang ada padanya kebaikan. Urusan rezeki di TanganNya azza wajalla. {dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya} [Hud: 6]. Maka Yang memudahkan perkahwinan bagi kamulah Yang akan memudahkan rezeki bagi kamu dan anak-anak kamu. {(sebenarnya) Kamilah Yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka} [al-An’am:151].

Perkahwinan tidak akan membebankan orang muda sebagaimana yang digambarkan akan membebankannya melebihi kemampuannya, kerana padanya ada kebaikan dan keberkatan. Perkahwinan merupakan sunnatuLlah SWT kepada manusia tidak dapat tidak. Perkahwinan juga buka suatu ‘lembaga’ yang menakutkan bahkan merupakan sebuah pintu daripada pintu-pintu kebaikan untuk orang yang berniat baik.

Adapun mereka yang menghadapi kesusahan dan kesukaran dalam urusan perkahwinan sebenarnya terjadi hasil kesilapan manusia itu sendiri. Perkahwinan itu sendiri tidak mengkehendakinya terjadi. Sebagai contoh, nilai mahar yang tinggi, (belanja) kenduri yang berlebih-lebihan daripada apa yang dituntut dan pelbagai bebanan yang lain. Ini tidak diperintahkan oleh Allah SWT. Bahkan yang dituntut dalam urusan perkahwinan adalalah memudahkannya.

Maka, wajib untuk menjelaskan kepada semua bahawa perkara-perkara yang mereka lakukan dalam urusan perkahwinan adalah merupakan perkara yang salah untuk anak-anak mereka sama ada lelaki atau perempuan dan bukanlah sesuatu yang baik bagi mereka. Perkara ini perlu dicegah dan perlu diambil peduli sehinggalah kesalahan-kesalahan tersebut dapat dibendung daripada (mengganggu) urusan perkahwinan dan perkara perkahwinan kembali menjadi mudah dan senang, bagi mendapatkan tempatnya (yang betul) dalam kehidupan.

نسأل الله - سبحانه وتعالى - أن يمن علينا - جميعًا - بالتوفيق والهداية ، وأن يصلح أحوال المسلمين ، وأن يصلح شباب المسلمين ، وأن يرد للمسلمين مكانتهم وعزتهم ، كما أن الله - سبحانه وتعالى - جعل العزة لهم في أول الأمر نسأله - سبحانه - أن يعيدها وأن يصلح شأنهم ﴿ وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لاَ يَعْلَمُونَ ﴾

نسأل الله - سبحانه وتعالى - أن يبصرهم في دينهم ، وأن يكفيهم شر أعدائهم
وصلى الله وسلم على نبينا محمد ، وعلى آله وأصحابه أجمعين ، والحمد لله رب العالمين


Terjemahan Abu Syifaa' bersumberkan: http://www.ajurry.com/vb/showthread.php?t=13696

0 comments: